Senoi Praaq (dari bahasa Semai bermaksud orang perang) ialah pasukan polis hutan yang dianggotai oleh Orang Asli. Pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 1957 dan bertindak sebagai unit bebas dan berkhidmat di kawasan perkampungan Orang Asli di pedalaman.

Pasukan Senoi Praaq merupakan satu pasukan yang paling dihormati kerana kepakaran mereka menjejak pengganas komunis semasa Darurat Tanah Melayu darurat dahulu. Oleh kerana kecemerlangan pasukan ini membantu pasukan keselamatan menentang komunis pada masa darurat, maka pada tahun 1968 pasukan ini digabungkan dengan Pasukan Polis Hutan (PPH) sebagai Batalion 10 berpengkalan di Kem Keroh, dan Batalion 20 berpengkalan di Kem Bidor, Perak.

Pada masa ini kedua-dua Batalion ini mempunyai 2,000 orang anggota yang terdiri dari pelbagai pangkat.

Rujukan sunting