Sepak takraw (tulisan Jawi: سيڤق تکرو ) merupakan sejenis permainan antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola buatan.

Sepak takraw
Acara sepak takraw beregu wanita di Sukan Asia 2014 di Incheon
Badan induk tertinggiISTAF
Nama samaranbola tampar tendang
Dipiawai1960, Kuala Lumpur, Malaysia
Kelab31
Ciri-ciri
ContactTiada
Ahli pasukan2, 3, atau 4
Jantina bercampurTiada
Jenisluar, dalam, pantai
Peralatanbola plastik tiruan atau rotan, jaring
TempatGelanggang sepak takraw
Kemunculan
Negara atau wilayahAsia
Sukan OlimpikTiada
Sukan ParalimpikTiada
World GamesTiada
Bola takraw.
Permainan bola yang dipanggil "Menjaga bola di atas tanah", Banda, 1601. Bola itu diperbuat daripada dahan yang bengkok.

Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sulalatus Salatin ada diceritakan mengenai Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad, yang tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepaktakraw yang ada sekarang merupakan pengubahsuaian permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940-an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur. En Hamid bin Mydin merupakan orang yang diiktiraf sebagai pencipta dan pengasas kepada Sepakraga Takraw oleh UMNO bahagian Jelutong, cawangan Jalan Patani, Pulau Pinang.[1]

Sepaktakraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku antara wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thai dan Burma bagi membincangkan mengenai nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan SEPAK TAKRAW, iaitu gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw' menjadi satu perkataan[2].

Dan kini permainan sepaktakraw telahpun mengalami evolusi yang mana permainan beregu yang dimainkan oleh dua orang pemain bagi setiap pasukan telahpun diperkenalkan.

Sepakrakraw menjadi popular di seluruh dunia termasuk Rusia [3][4]

Pemain sunting

  • Tekong( - merupakan pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula, bertindak melakukan sepak mula atau servis serta mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang.
  • Apit kanan( - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kanan tekong, bertindak mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan gelanggang.
  • Apit kiri( - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kiri tekong, bertindak mengawal bahagian kiri dan bahagian hadapan gelanggang.

Apit kanan dan apit kiri masing-masing boleh bertindak sebagai pencampak bola untuk tekong melakukan sepak mula atau servis, melakukan libasan (rejaman), mengumpan bola dan membuat hadangan. Ini bergantung kepada keadaan permainan dan kemahiran masing-masing

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ [ THESIS UTM
  2. ^ Виктор Погадаев. Сыграем в волейбол... ногами (Victor Pogadaev. Let’s Play Volleyball… By Foot!) // “Восточная коллекция” (Oriental Collection). M.: Russian State Library. N 3 (34), 2008, 129-134. ISSN 1681—7559
  3. ^ V.A. Pogadaev (1998). «Sepak Takraw di Pinggir Moscow» // « Dewan Siswa». Jilid 20. Bilangan 9. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, pp. 14-15
  4. ^ V.A. Pogadaev (1999). «Diplomasi Sepak Takraw» // «Dewan Siswa». Jilid 21. Bilangan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, pp. 20-21

Pautan luar sunting

Templat:Team Sport Templat:International sepak takraw