Serangan hendap Lahad Datu 1985

Serangan hendap Lahad Datu 1985 ialah sebuah siri rompakan dan tembakan rambang yang berlaku pada 23 September 1985 apabila 15-20[1][2] lanun asing mendarat di pantai Lahad Datu dan mula menyerang pekan tersebut. Setelah mendarat, lanun-lanun tersebut terus melepaskan tembakan rambang, membunuh sekurang-kurangnya 21 orang dan mencederakan 11 yang lain,[1][2] mereka juga sempat merompak $200,000 dari sebuah bank tempatan dan $5,000 dari pejabat Malaysia Airlines.[3]

Serangan hendap Lahad Datu 1985
Map
LokasiLahad Datu, Sabah
Koordinat5°1′48″N 118°20′24″E / 5.03000°N 118.34000°E / 5.03000; 118.34000Koordinat: 5°1′48″N 118°20′24″E / 5.03000°N 118.34000°E / 5.03000; 118.34000
Tarikh23 September 1985 – 24 September 1985
(1 hari)
Waktu petang hingga keesokan paginya (UTC+8)
Jenis serangan
Rompakan bank, rompakan, tembakan rambang
SenjataM-16, karbin, mesingan, pelancar roket dan bom tangan
Kematian26 (termasuk 5 pelaku)
Tercedera13 (termasuk 2 pelaku)
PelakuLanun Sulu dari Selatan Filipina
MotifRompakan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Hampir seluruh kawasan di timur Sabah terkenal dengan jumlah warga Filipina yang tinggi, termasuk yang tinggal secara sah ataupun secara haram.[1][2] Kawasan ini telah menjadi syurga kepada lanun-lanun dari Filipina dan Sabah sendiri telah menderita 10 serangan besar sejak 1976.[2][4] Pada petang 23 September, tiba-tiba sejumlah lelaki bersenjata yang memakai baju hijau seperti askar muncul di pekan tersebut dan mula melancarkan tembakan rambang.[1] Serangan dan tembakan tersebut meninggalkan pekan itu dengan kemusnahan dan darah mereka yang ditembak boleh ditemui hampir di setiap penjuru. Salah seorang mangsa yang merupakan wanita yang sarat mengandung, ditembak ketika beliau sedang dihantar pulang di dalam van. Pemandu van tersebut sempat membawanya ke hospital namun beliau telah disahkan meninggal dunia setibanya di situ.[1] Seorang lagi mangsa, seorang Cina cedera ditembak dalam serangan tersebut. Semasa temu ramah dengannya, beliau memberitahu..

Ketika saya sedang berjalan di sekitar jalan yang berhampiran dengan pantai, saya melihat lapan lelaki berbaju seperti askar membawa M-16 dan mesingan berlari menuju ke pusat pekan. Satu tembakan kemudian kedengaran dengan seorang lelaki berlari ke arah saya. Saya kemudiannya bersembunyi di sebuah kafe bersama pemiliknya, di bawah sebuah meja sambil terus mendengar tembakan dan letupan yang berterusan itu. Saya bersangka bahawa pekan ini telah diserang oleh Tentera Filipina. Tiba-tiba, sebutir peluru memecahkan tingkap kafe tersebut dan melihat kaki saya telah terkena dengan tembakan. Pada masa itu, saya mula terbayang wajah isteri dan tiga anak saya dan berasa yang saya tidak akan dapat melihat mereka lagi. Namun kemudian saya menganggap diri saya bertuah kerana saya masih dapat bertemu dengan mereka. Tetapi walaupun begitu, saya masih tertanya-tanya mengapa kerajaan kita, tidak dapat melindungi kita dari perompak-perompak ini.[2]

Ketidakstabilan Filipina telah menyebabkan masalah ekonomi yang besar untuk Sabah. Serangan tentera Filipina terhadap kumpulan-kumpulan anti-Marcos di kepulauan Sulu dan Mindanao telah mengakibatkan banyak rumah dan ladang-ladang musnah, ini memaksa kira-kira 100,000 orang Moro di selatan Filipina untuk berhijrah ke Sabah.[2] Sementara mereka yang masih tinggal di kepulauan Filipina telah terlibat dengan kegiatan jenayah, sebahagian besarnya dalam penyeludupan dan rompakan bersenjata.[2]

Akibat sunting

Selepas percubaan mereka yang berjaya, lanun-lanun tersebut berundur ke sebuah jeti dimana mereka bertembung dengan sekumpulan polis marin Malaysia.[1] Dua lanun cedera ketika berbalas tembakan dengan polis marin yang mana rakan-rakan mereka masih sempat membawa rakan mereka yang cedera itu ke dua buah bot pam yang sedang menunggu bagi mereka meloloskan diri ke sempadan Filipina.[1] Pada hari yang seterusnya, polis marin melancarkan serangan mengejut ke sebuah pulau yang dipercayai menjadi tempat persembunyian bagi lanun-lanun itu dan berjaya membunuh lima orang lanun.[1][2] Sementara rakan-rakan mereka yang lain telah berjaya melarikan diri ke sempadan antarabangsa,[4] polis berjaya merampas sejumlah senapang M-16 dengan pelbagai lagi senjata lain.[1] Beberapa sumber yang tidak jelas mengatakan semasa serangan balas itu, tentera Malaysia dengan 4 kapal perang dan tiga helikopter menyerang sebuah pulau di Filipina, membakar rumah-rumah dan membunuh 53 warga Filipina.[2][5] Kedutaan Malaysia di Manila menolak untuk menjawab soalan berkaitan laporan itu dan berkata kedutaan Malaysia tidak menerima sebarang maklumat dari kerajaan Filipina ataupun dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.[5]

Reaksi sunting

  •   MalaysiaKerajaan Malaysia menyangkal dakwaan sebuah laporan yang kononnya mengatakan Malaysia melancarkan serangan balas ke atas sebuah pulau Filipina dengan kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina merasakan ada pihak ketiga yang bertanggungjawab ke atas insiden tersebut.[2]
  •   FilipinaKerajaan Filipina mengemukakan protes ke atas tindakan Polis Marin Malaysia semasa mengejar lanun-lanun tersebut sehingga ke sempadan antarabangsa, dengan mengatakan polis Malaysia telah memasuki wilayah Filipina. Walau bagaimanapun, tuduhan ini dapat ditepis kerana tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i "Lahad Datu Recalls Its Blackest Monday". New Straits Times. 24 September 1987. Dicapai pada 30 Oktober 2014.
  2. ^ a b c d e f g h i j Masayuki Doi (30 Oktober 1985). "Filipino pirates wreak havoc in a Malaysian island paradise". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 30 Oktober 2014.
  3. ^ Clement Jaikul (19 Februari 2014). "Thoughts on Sabah's piracy problem". The Star. Dicapai pada 30 Oktober 2014.
  4. ^ a b c Ramli Dollah (9 Disember 2004). "Lanun atau Mundu di Sabah" (PDF). Universiti Malaya. m/s. 176 dan 178 (6 dan 8). Dicapai pada 30 Oktober 2014.
  5. ^ a b "Moslem community attacked in raid?". Spokane Chronicle. 30 September 1985. Dicapai pada 30 Oktober 2014.