Serbuan Limbang
Sebahagian daripada Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1962-1966
Tarikh12 Disember 1962
Lokasi
Keputusan kemenangan pihak British
Pihak yang terlibat
United KingdomUnited Kingdom TNKU
Komandan dan pemimpin
Kapten Jeremy Moore Salleh Bin Sambas
Kekuatan
Satu Kompeni Komando Marin Di-Raja British (Royal Marines Commando) ~150
Kerugian dan korban
5 terbunuh
8 cedera
12 terbunuh
15 ditawan


Serbuan Limbang adalah satu kejadian pada 12 Disember 1962,apabila para pemberontak Tentara Nasional Kalimantan Utara (TNKU) merampas Pekan Limbang,dan menawan 14 orang sebagai tahanan pada 9 Disember.Pemberontakan tersebut berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Komando Marin Di-Raja (Royal Marines Commando) British,setelah mereka melancarkan serangan amfibia keatas Limbang,dan seterusnya membebaskan kesemua 14 tahanan.

Permulaan Serangan sunting

Kejadian bermula pada 9 Disember 1962,sehari selepas Pemberontakan Brunei dilancarkan.Pemberontak TNKU,yang dipimpin oleh Salleh Bin Sambas,bekas anggota Sarawak Constabulary (Polis Sarawak),melancarkan serangan keatas pekan Limbang,dan menawan keseluruhan pekan tersebut.14 orang (termasuk Residen Limbang ketika itu,dan juga isterinya serta seorang warganegara Amerika Syarikat yang bertugas dalam U.S.Peace Corps),dengan niat untuk menggantung mereka hingga mati pada 12 Disember.Dalam serangan tersebut,mereka juga berjaya merampas beberapa laras senjata api dari Balai Polis Limbang (Selaras mesingan ringan Bren,beberapa pucuk submesingan Sterling dan beberapa laras Senapang Lee-Enfield).Ini telah menguatkan lagi kuasa tembak mereka,kerana pada awal serangan tersebut,mereka hanya bersenjatakan dengan senapang patah sahaja.

Serangan balas ke atas Limbang sunting

Setelah mendapat berita terhadap penawanan Limbang oleh pemberontak TNKU,L Company,42 Commando yang dipimpin oleh Kapten Jeremy Moore,telah diarahkan untuk menyelamatkan kesemua para tahanan yang ditawan oleh pihak pemberontak.Mereka mula dihantar untuk beraksi dari kapal pengangkut komando,HMS Albion.Dalam misi itu juga,dua tongkang ringan (yang dipandu oleh Tentera Laut Di-Raja,sebuah darinya dipasang dengan mesingan Vickers) digunakan untuk membawa kesemua komando tersebut.Pada mulanya,Moore bercadang untuk belayar melalui Sungai Limbang,dan melancarkan serangan mengejut ke Pekan Limbang,untuk mengelakkan para pemberontak daripada membunuh kesemua tahanan tersebut.

Sebaik sahaja tongkang mereka memasuki Limbang pada awal pagi 12 Disember,para pemberontak mula mendengar enjin tongkang tersebut,dan kemudian bersiap sedia untuk melancarkan serangan balas terhadap para Komando tersebut.Akibat daripada itu,Pihak Komando telah gagal untuk melancarkan serangan mengejut terhadap mereka.Apabila mereka bersedia untuk mendarat,pihak pemberontak mula melepaskan tembakan bertubi-tubi keatas tongkang pendaratan Komando tersebut,dengan Salleh sendiri mengoperasikan mesingan Bren tersebut (Beliau mahir mengoperasikan mesingan Bren ketika masih lagi bertugas bersama Sarawak Constabulary pada masa dahulu).Dengan hanya sedikit perlindungan,para Komando terus mendarat di tebingan sungai Limbang,dengan dilindungi oleh tembakan mesingan Vickers dan Bren dari pihak mereka.

Setelah mendarat,para komando seterusnya menawan kembali Balai Polis,dan juga merampas satu-satunya mesingan Bren yang digunakan oleh para pemberontak.Ketua pemberontak,Salleh Bin Sambas pula berjaya melarikan diri biarpun beliau mengalami kecederaan.Para tebusan telah berjaya dijumpai semula di Hospital,dan untuk mengelakkan diri daripada dianggap sebagai pemberontak,mereka mula menyanyi dengan kuat.Setelah mendarat,para komando melancarkan misi pencarian dari rumah ke rumah,untuk membersihkan Limbang daripada elemen pemberontak.3 lagi komando marin terbunuh,manakala 2 pemberontak juga terbunuh ketika misi pencarian tersebut.

Kesudahan & Legasi sunting

Setelah menawan kembali Pekan Limbang,pihak British terus mencari mereka yang disyaki sebagai pemberontak,dan 11 lagi berjaya ditahan.Maklumat risikan menyatakan bahawa sebilangan besar pemberontak telah melarikan diri dengan membuang pakaian seragam dan senjata mereka,manakala bagi mereka yang masih lagi untuk meneruskan perjuangan,melarikan diri jauh ke dalam hutan belantara.Ketua mereka,Salleh Bin Sambas,akhirnya berjaya ditangkap,setelah diburu oleh Tentera British dan Unit Gurkha Tentera British.

Diatas keberanian mereka dalam pertempuran,Korporal Lester dan Rawlinsons dikurniakan Military Medal,manakala Kapten Moore pula menerima bar untuk pingat Military Cross beliau.Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Komander Tentera Darat British dalam Perang Falklands.Manakala Jeremy Black,Pegawai Tentera Laut Di-Raja (Royal Navy) yang memimpin salah satu daripada tongkang tersebut,bakal mencatat sejarah dengan menjadi komander kapal pengangkut pesawat HMS Invincible,dalam konflik yang sama.Sebagai memperingati keberanian mereka,L Company telah dinamakan semula sebagai Limbang Company.