Serbuk kari adalah komposisi campuran rempah berbeza-beza berdasarkan masakan Asia Selatan. Serbuk kari dan penggunaan Bahasa Inggeris kontemporari dengan perkataan "curry" adalah ciptaan Barat dan tidak menunjukkan apa-apa makanan Asia Selatan tertentu, walaupun campuran rempah yang sama yang digunakan di utara Asia Selatan dipanggil garam masala. Perkataan "kari" berasal daripada perkataan Tamil kari yang bermaksud "sos, kuah untuk nasi".[1][2] Walau bagaimanapun, penggunaan kari telah tersebar luas dalam Asia Selatan jauh sebelum kedatangan orang Eropah di India. Malah, hampir 4000 tahun sebelum kedatangan orang Eropah, kari dengan bahan-bahan utama halia, bawang putih dan kunyit telah digunakan dalam Tamadun Lembah Indus.[3] Walau bagaimanapun, hari ini cili adalah bahan penting untuk kedua-dua kari Eropah dan Asia Selatan, telah dibawa ke Asia Selatan dari Amerika melalui Pertukaran Columbus dalam abad ke-16.

Serbuk kari
JenisKari
Tempat asalAsia Selatan
Bahan utamaRempah (ketumbar, kunyit, jintan putih, halba dan cili)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bahan-bahan sunting

Kebanyakan resipi serbuk kari termasuk ketumbar, kunyit, jintan putih, halba, dan cili dalam campuran mereka. Bergantung kepada resipi, bahan-bahan tambahan seperti halia, bawang putih, asafutida, jintan hitam, jemuju, kulit kayu manis, cengkih, biji sawi, buah pelaga hijau, buah pelaga hitam, pala, lada panjang, dan lada hitam juga boleh dimasukkan. Serbuk kari berkualiti akan mengandungi daun kari.[4] Walau bagaimanapun, pengimportan cili oleh Portugis dari Brazil dan pencampuran rempah Asia yang lain membolehkan pembangunan 'curi'.[5]

Maklumat pemakanan sunting

1 sudu serbuk kari mengandungi maklumat pemakanan yang berikut menurut USDA:[6]

  • Kalori: 20 kcal
  • Lemak: 0.87 g
  • Karbohidrat: 3.66 g
  • Serat: 2.1 g
  • Protein: 0.8 g

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "curry, n.2". OED Online. June 2013. Oxford University Press. Retrieved: 29 August 2013.
  2. ^ Harper, Douglas (November 2001). "Online Etymology Dictionary". Dicapai pada 8 November 2009.
  3. ^ http://www.slate.com/articles/life/food/2013/01/indus_civilization_food_how_scientists_are_figuring_out_what_curry_was_like.single.html
  4. ^ http://www.mccormick.com/Spices-and-Flavors/Herbs-and-Spices/Spices/Curry-Powder
  5. ^ Page, Martin (2007). The First Global Village: How Portugal Changed the World. Casa das Letras. m/s. 148. ISBN 978-972-46-1313-0.
  6. ^ "NDL/FNIC Food Composition Database Home Page". Nal.usda.gov. Dicapai pada 22 October 2013.

Pautan luar sunting