Serigala boreal Tasik-tasik Besar

Serigala boreal Tasik-tasik Besar ialah istilah tidak formal digunakan untuk memerihalkan kacukan canid antara serigala kelabu dengan serigala timur dan mungkin koyote kepada takat sederhana. Introgresi gen serigala kelabu ke dalam populasi serigala timur telah berlaku di serata Ontario, ke dalam Manitoba dan Quebec, serta negeri-negeri keliling Tasik-tasik Besar iaitu Minnesota, Wisconsin, dan Michigan.[1] Introgresi koyote ke dalam populasi serigala timur juga telah berlaku di Ontario selatan, di Quebec, dan di seluruh negeri-negeri Tasik-tasik Besar. Sementara serigala kelabu di negeri-negeri utara tidak terus mengawan dengan koyote, serigala timur yang mengacuki serigala kelabu di hutan boreal disyaki mungkin juga mengalami introgresi koyote daripada pengacukan awal dengan populasi koyote awal, lalu menyebabkan gen koyote dipindahkan ke dalam serigala boreal Tasik-tasik Besar yang sebaliknya mempunyai kebolehan untuk lanjut memindahkan gen koyote ke dalam populasi serigala kelabu.[2]

Serigala boreal Tasik-tasik Besar
Serigala kelabu (C. lupus)
Serigala timur (C. lycaon)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. lupus x C. lycaon

Serigala boreal adalah 25% lebih besar daripada serigala timur tulen, dan biasanya mempunyai bulu kelabu-perang kekuning-kuningan berwarna serupa, boleh juga berwarna hitam, krim, atau putih. Ia juga mengekhas terhadap mangsa lebih besar seperti moose dan rusa kutub lebih daripada rusa berekor putih. Tidak seperti serigala timur tulen, serigala boreal Tasik-tasik Besar terutamanya mendiami hutan boreal lebih daripada hutan meluruh.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Rutledge, L. Y. (Mei 2010). Evolutionary origins, social structure, and hybridization of the eastern wolf (Canis lycaon), [tesis], Universiti Trent, Peterborough, Ontario, Kanada
  2. ^ http://www.fwspubs.org/doi/pdf/10.3996/nafa.77.0001
  3. ^ Chambers SM, Fain SR, Fazio B, Amaral M (2012). "An account of the taxonomy of North American wolves from morphological and genetic analyses". North American Fauna. 77: 1–67. Dicapai pada 2 Julai 2013.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Pautan luar sunting

Templat:Kacukan mamalia