Serigne Mouhamadou Lamine Bara Mbacké

Khalifah Haji Serigne Mouhamadou Lamine Bara Mbacké atau Sheikh Bara Mbacké (Lahir 1925 - 1 Julai 2010) adalah 'Grand Marabout' / tokoh ulung dari gerakan Mouride di Senegal . Gerakan ini turut menonjol di luar Senegal seperti New York , Paris dan Rom .

Serigne Mouhamadou Lamine Bara Mbacké
Kelahiranc. 1925
Meninggal duniaRalat: Perlu tarikh lahir yang sah (tarikh kedua): tahun, bulan, hari
WarganegaraSenegal
PekerjaanGrand Marabout dalam pergerakkan Mouride

Bara Mbacké menjadi 'Grand Marabout' / ulama tersohor gerakan Mouride selepas kematian bapa saudaranya, Serigne Saliou Mbacke , pada 28 Disember 2007. Beliau meninggal dunia kerana sakit tua , 85 tahun. Beliau meninggal dunia di Touba, 200 dari ibu negara Dakar. Senegal mengumumkan tempoh lapan hari berkabung peringkat nasional. [1]

Biografi sunting

Beliau dikatakan boleh bercakap Bahasa Arab , Perancis , dan Inggeris .

Syekh Bara Mbacké adalah cucu pengasas Mouride. Dia adalah khalifah keenam dari Mouridism dan cucu Sheikh Ahmadou Bamba Mbacke (1853-1927) , pengasas gerakan persaudaraan muslimin Mouride. [2] Touba merupakan bandar kedua terbesar di Senegal dan mendapat kuasa autonomi dsari kerajaan pusat Senegal dan ditadbir oleh jeneral khalifah. Gerakan persaudaraan Islam Mouride diasaskan pada 1883, mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar di Senegal termasuk aspek politik dan ekonomi. Diaspora tersebar hingga ke Harlem, New York dan membentuk 'Little Senegal'.

Bara Mbacké berjaya menjadi Syaikh kerana langkah transformasi desa Touba menjadi bandar kedua terbesar Senegal. Penduduk Touba seramai 1.5 juta dan padat ketika musim haji ke Mekah.

Kematian sunting

Bara Mbacké telah sakit selama berbulan-bulan sebelum kematiannya di Touba pada 30 Jun 2010. Dia dirawat di sebuah klinik di Dakar, ibu negara Senegal. Grand Marabout yang terbaru ialah sepupunya, Cheikh Mary Leye Mbacke. Serigne Saliou Mbacke telah memilih penggantinya dan semua berjanji setia kepada khalifah baru.

Presiden Senegal Abdoulaye Wade dan pemimpin pembangkang Senegal menziarahi jenazah. Presiden Senegal Abdoulaye Wade menaiki helikopter dari Dakar ke Touba untuk bersumpah setia kepada pemimpin baru.

Perdana Menteri Senegal Souleymane Ndéné Ndiaye mengumumkan kematiannya menerusi radio kerajaan . Kematian Bara adalah kerugian besar kepada semua bangsa dan memuji kebijaksanaan saintifik. Senegal berkabung selama lapan hari. Nyanyian rohani dan bacaan dari Al-Quran diperdengarkan menerusi radio dan televisyen. Gambar dan dokumentari ditayangkan menerusi televisyen kerajaan. Jenazah akan dimakamkan di Masjid Touba .

Pada 2007, 3 hari berkabung kerana kematian khalifah sebelumnya yang berusia 92 tahun. 92 % penduduk Senegal berugama Islam. Kebanyakannya penganut Sufi Islam. Pada abad ke-19 Senegal sebahagian daripada tanah jajahan Perancis.

Rujukan sunting

  1. ^ "Leader of Senegal's Muslim brotherhood dies". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-13. Dicapai pada 2010-10-13.
  2. ^ Millions mourn death of Senegal religious leader