Serkam ialah sebuah pekan di Melaka, Malaysia. Ia terletak di laluan Jalan Raya Persekutuan 5, dari Johor Bahru-Batu Pahat-Muar-Melaka. Jaraknya ke Bandaraya Melaka adalah sebanyak 18 kilometer atau 11 batu,dan dari Jasin 24 kilometer dari Muar 27 kilometer.Pekan yang berhampiran dengannya adalah Merlimau.Jaraknya hanya 5 kilometer ke Merlimau.

Serkam

Sejarah sunting

Mengikut sejarah tempatan, adapun Kampung Serkam ini diambil namanya daripada sekam padi. Kata orang tua-tua “ikutlah resmi padi, jangan ikut resmi lalang”. “Ada padi serba jadi,ada beras serba deras”.Kampung Serkam juga diambil dari perkataan arab iaitu 'sir' bermaksud rahsia dan 'kam' bermaksud banyak.Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan menjadilah 'sirkam' tetapi ditukarkan ejaannya menjadi 'serkam'

Jenis-Jenis Serkam sunting

  1. Serkam Darat
  2. Serkam Pantai
  3. Serkam Timur
  4. Serkam Pekan
  5. Serkam Tengah
  6. Serkam Anak Air

Pekan Berdekatan sunting

  1. Umbai
  2. Tedong