Sesi IOC ke-131 berlangsung dari 13 September hingga 16 September 2017 di Pusat Konvensyen Lima , Lima, Peru.[1] Tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024 dan Sukan Olimpik Musim Panas 2028 telah dipilih semasa Sesi IOC ke-131 pada 13 September 2017.

Pembida sunting

Lima, Peru, telah mengalahkan Helsinki, Finland dan dipilih sebagai tuan rumah sesi ini semasa mesyuarat agung IOC dengan 54 undi kepada 30. [2]

Pemilihan tuan rumah sunting

Dua tuan rumah Sukan Olimpik telah dipilih pada Sesi IOC ke-131, iaitu tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2024 dan 2028.

Sukan Olimpik Musim Panas 2024 sunting

 

Calon tuan rumah yang tunggal untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024, Paris, Perancis, telah dipilih semasa Sesi IOC ke-131. Kedua-dua ahli IOC Perancis, Guy Drut dan Tony Estanguet, tidak boleh mengundi mengikut peraturan yang dinyatakan dalam Piagam Olimpik .

Calon tuan rumah
Keputusan pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2024
Bandar Negara Undi
Paris   Perancis Sebulat suara

Sukan Olimpik Musim Panas 2028 sunting

Calon tuan rumah yang tunggal untuk Olimpik Musim Panas 2028, Los Angeles, Amerika Syarikat, telah dipilih semasa Sesi IOC ke-131. Ketiga-tiga ahli IOC Amerika Syarikat, Anita DeFrantz, Angela Ruggiero dan Larry Probst tidak boleh mengundi mengikut peraturan yang dinyatakan dalam Piagam Olimpik .


Calon tuan rumah

Keputusan pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2028
Bandar Negara Undi
Los Angeles   Amerika Syarikat Sebulat suara

Sesi IOC ke-134 sunting

Milan dipilih sebagai tuan rumah Sesi IOC ke-134 yang akan diadakan pada 2019. Sesi tersebut juga menyaksikan pemilihan Milan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026.


Calon tuan rumah

Keputusan pembidaan Sesi IOC ke-134
Bandar Negara Undi
Milan   Itali Sebulat suara

Pemilihan ahli IOC yang baharu sunting

Lapan anggota IOC baharu telah dipilih dalam sesi tersebut: [3]

Pemilihan ahli Lembaga Eksekutif IOC yang baharu sunting

Dua ahli IOC telah dilantik sebagai ahli Lembaga Eksekutif IOC dalam sesi tersebut.

Denis Oswald dan Nicole Hoevertsz terpilih menjadi ahli lembaga eksekutif. Anita DeFrantz terpilih sebagai naib presiden selama empat tahun, menggantikan John Coates.

Suruhanjaya Etika sunting

Anggota baru telah dilantik: [4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "130th IOC Session". Sportcal.
  2. ^ "IOC selects Lima to host 130th session in 2017". Sportsnets. December 9, 2014. Dicapai pada February 28, 2017.
  3. ^ IOC EXECUTIVE BOARD TO PROPOSE NINE NEW MEMBERS TO SESSION IN LIMA
  4. ^ "Ban Ki-moon promises to improve accountability of IOC as members speak out on corruption allegations". InsideThe Games. 14 September 2017.