Setiaraja atau royalisme (Jawi: ستياراج; Inggeris: royalist) merujuk kepada fahaman yang menyokong raja tertentu sebagai ketua negara untuk kerajaan tertentu, atau tuntutan dinasti tertentu. Ia berbeza daripada monarkisme yang mendukung sistem kerajaan monarki namun tidak semestinya bertumpu kepada tokoh raja tertentu. Selalunya, konsep ini merujuk kepada para penyokong ketua yang memerintah semasa mahupun yang baru diggulingkan untuk membentuk sebuah republik ("royalis").

Di United Kingdom, hari ini istilah itu hampir tidak dapat dibezakan daripada "monarkis" kerana tidak ada saingan penting untuk takhta. Sebagai contoh: dalam konteks politik perintahan Perancis abad ke-19, seorang yang dianggap "setia kepada raja" mungkin merupakan salah seorang daripada pihak Legitimis, Bonapartis, atau Orléanis di mana kesemuanya mendokong pemerintahan beraja daripada kerabat diraja tersendiri (yakni, sama ada daripada kerabat Napoleon Bonaparte, cabang sulung [[Wangsa Bourbon ataupun Wangsa Orléans).

Malaysia sunting

Badan Setiaraja Johor بدان ستياراج جوهر (Johor Royalists Club) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan di Johor pada 23 Mac 2015. Misi Badan Setiaraja Johor adalah untuk memulihkan "Order", dan matlamat Badan Setiaraja Johor ialah: menyokong monarki Johor; mewujudkan kesedaran mengenai warisan monarki Johor; dan merapatkan hubungan kaum melalui monarki Johor. Keahlian Badan Setiaraja Johor terbuka kepada Anak Jati Johor (iaitu seorang Bangsa Johor yang lahir di Johor dengan kedua-dua ibu bapa yang juga lahir di Johor) yang taat setia (dan hanya taat setia) kepada Sultan Johor.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Johor Royalists Club - Royalists in Malaysia".