Shō Toku (Jepun: 尚徳, Mandarin pinyin: Shàng Dé; 1441 - 1469) merupakan Raja Kerajaan Ryūkyū (ms. 1460-1469).

Shō Toku
Raja Ryūkyū
Pemerintahan1460–1469
Didahului olehShō Taikyū
Diikuti olehShō En
Keputeraan1441
Kemangkatan1469
KerabatKeturunan Shō pertama
AyahandaShō Taikyū
BondaMiyazato Agunshitari-agomoshirare

Shō Toku merupakan anak Shō Taikyū dan merupakan raja terakhir dinastinya. Dia mendapat kuasa sebagai seorang pemuda dalam kerajaan yang perbendaharaannya telah kering. Dia terbabit dalam usaha menakluk pulau dan mengambil simbol Hachiman sebagai panji-panjinya bagi menekankan semangat tenteranya. Pada tahun 1466, dia memimpin penjajahan Pulau Kikai, yang memberi tekanan pada perbendaharaan Ryūkyūan tanpa sebarang keuntungan.[1] Dia samada mati muda atau kemungkinannya dibunuh oleh kuasa dalam kerajaan kerana maklumat terperinci tiada ataupun kabur.[2] Sebagaimana kebiasaan bagi pemerintah yang memerintah di akhir sesuatu dinasti dia digambarkan sebagai kejam, ganas dan tiada kebaikan.[3]