Shahruddin Md Salleh

ahli politik Malaysia

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh[2] ialah seorang ahli politik Malaysia dari Ahli Parlimen Sri Gading yang menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Wilayah (2018–2020) dan Timbalan Menteri Kerja Raya (Mac–Jun 2020) Malaysia. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan juga merupakan mantan Ahli Dewan Negeri Johor bagi kawasan Jorak di Muar. Beliau kini diletakkan di blok bebas bersama-sama ahli parlimen Bebas yang lain merupakan bekas ahli BERSATU.

Yang Berhormat Datuk Dr.

Shahruddin Md Salleh

PMW (WP); KMN; PhD
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sri Gading, Johor
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Abdul Aziz Kaprawi (UMNO - BN)
Digantikan olehAminolhuda Hassan
Majoriti3,288 (2018)
Timbalan Menteri Kerja Raya
Dalam jawatan
9 Mac 2020 – 4 Jun 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
Menteri Yang Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Didahului oleh Yang Berhormat Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir
Digantikan oleh Eddin Syazlee Shith
Kawasan pilihan rayaSri Gading
Timbalan Menteri Wilayah
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Menteri Khalid Abdul Samad
Didahului oleh Loga Bala Mohan Jaganathan
Digantikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Edmund Santhara Kumar Ramanaidu
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Dalam jawatan
7 September 2016 – 27 September 2018
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan oleh Marzuki Yahya
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Jorak
Dalam jawatan
28 April 2008 – 6 April 2018
Didahului oleh Samat Aripin
Digantikan oleh Najib Lep
(Bukit Pasir)
Kawasan pilihan rayaJorak
Butiran peribadi
Lahir (1956-05-15) 15 Mei 1956 (umur 67)
KerakyatanMalaysia
Parti politik UMNO (sehingga 2016)
PPBM (2016 – 19 Julai 2020)
BEBAS (19 Julai 2020 – 7 Ogos 2020)
Parti Pejuang Tanah Air (7 Ogos 2020 – kini)
Sekutu gabungan
politik lain
BN (sehingga 2016)
PH (2016-2020)
PN (Feb 2020-Jun 2020)
GTA (2022-kini)
PasanganDatin Sharifah Junaidah Sheikh Aljunid[1]
PekerjaanAhli politik
AnugerahP.M.W & K.M.N

Kerjaya politik sunting

Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Institut Terjemahan & Buku Malaysia pada tahun 2010 sehinggalah dipecat pada November 2016[3] oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Mahdzir Khalid kerana menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Setiausaha Agung.

Pada 2 Julai 2018, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Wilayah.[4] Pada 24 Februari 2020 sejurus selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia, tugas-tugas anggota pentadbiran negara dihentikan pada hari yang sama.[5][6]

Pada 9 Mac 2020, beliau antara yang diumumkan dilantik dalam Kabinet Malaysia 2020 sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.[7][8]

Pada hari Jumaat 29 Mei, beliau dan Mohd Redzuan Md Yusof (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dilaporkan mahu mengadakan sidang media berkenaan kedudukan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan peletakan jawatan dalam Kabinet Malaysia. Keesokan harinya pula, beliau menyatakan bahawa khabar angin mengenai keputusan beliau untuk meninggalkan gabungan Perikatan Nasional (PN) adalah tidak benar.[9] Namun tiga hari kemudian pada hari Selasa 2 Jun, beliau yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyatakan ketersediaannya meninggalkan PN lalu kembali kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) andai dapat menjamin parti tersebut "kuat dan terus hidup".[10][11]

Pada hari Khamis 4 Jun, beliau mengumumkan peltakan jawatan beliau sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuat kuasa serta-merta. Peletakan jawatan beliau adalah kerana menyertai kerajaan PN dikatakannya "kurang tepat".[12][13]

Pada 19 Julai 2020, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan keputusan memecat Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Sharuddin Mat Salleh daripada keahlian parti itu. Tindakan tersebut di ambil ekoran beliau mengeluarkan notis pemakluman pertukaran kedudukan kerusi beliau di Dewan Rakyat daripada blok kerajaan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat. Berikutan itu, beliau menegaskan keahlian Sharuddin telah terhenti serta-merta menurut fasa 12.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu.[14]

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Johor: N8 Jorak P143 Pagoh[15][16][17][18][19]
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
2008 Shahruddin Md Salleh (UMNO) 10,097 63.21% Othman Hashim (PAS) 5,493 34.39% 15,974 4,604 75.48%
2013 Shahruddin Md Salleh (UMNO) 12,663 57.43% Nor Hayati Bachok (PAS) 8,937 40.53% 22,049 3,726 87.10%
Parlimen Malaysia: P149 Sri Gading, Johor[16][20][21]
Tahun Kerajaan Undian Peratusan Pembangkang Undian Peratusan Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
2018 Shahruddin Md Salleh (PPBM) 21,511 48.58% Abd Aziz Kaprawi (UMNO) 18,223 41.15% 45,193 3,288 86.71%
M. Ash'ari Sidon (PAS) 4,548 10.27%

Anugerah sunting

  Malaysia

  •   Kesatria Mangku Negara (KMN)

  Wilayah Persekutuan

  •   Panglima Mahkota Wilayah (PMW) - Datuk

Rujukan sunting

  1. ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-09-01.
  2. ^ "Maklumat Ahli Parlimen". Portal Rasmi Parlimen Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  3. ^ Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dipecat sebagai pengerusi ITBM Malaysian Review 24 Oktober 2017
  4. ^ "13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri angkat sumpah". BH Online. 2 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  5. ^ "Semua jawatan menteri Kabinet, timbalan menteri dan setiausaha politik dihentikan". Astro Awani. 24 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  6. ^ Kementerian Wilayah Persekutuan [@kw_seriwilayah] (25 Februari 2020). "Seluruh warga kerja Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi juga mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YB Tuan Haji Khalid Bin Abdul Samad dan YB Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh atas budi dan jasa selama menerajui KWP dan agensi. #kwpmalaysia" (Twit). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020 – melalui Twitter.
  7. ^ "Fadillah ketuai semula Kementerian Kerja Raya". BH Online. 9 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  8. ^ "Pengumuman Pembentukan Kabinet Baharu Kerajaan". Pejabat Perdana Menteri Malaysia. 9 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  9. ^ Yusmizal Dolah Aling (31 Mei 2020). "'Saya jumpa negarawan, pengasas parti' - Shahruddin". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  10. ^ Zulhisham Isahak (2 Jun 2020). "'Saya sedia tinggalkan PN demi survival Bersatu'". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  11. ^ Zulhisham Isahak (2 Jun 2020). "Nasihat Ketua Armada Sri Gading buat Shahruddin..." Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  12. ^ "Timbalan Menteri Kerja Raya letak jawatan". Astro Awani. 4 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  13. ^ Mohd Anwar Patho Rohman (4 Jun 2020). "Shahruddin letak jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya". BH Online. Foto oleh Essa Abu Yamin. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 4 Jun 2020.
  14. ^ Bersatu pecat Ahli Parlimen Sri Gading, Sinar Harian, Dicapai pada 19 Julai 2020
  15. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 14 April 2010. Percentage figures based on total turnout, including votes for third parties. Results before Malaysian General Election, 1986 unavailable.
  16. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 Malaysian general election.
  17. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  19. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
  20. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  21. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 25 Mac 2020. Percentage figures based on total turnout.

Pautan luar sunting