Shalin Zulkifli

Pemain boling Malaysia

Datuk Shalin Zulkifli (lahir 28 Mac 1978) ialah seorang pemain boling 10 pin profesional Malaysia dan bekas pemain Nombor 1 Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa, dan beberapa kali dalam kerjaya beliau menduduki kedudukan #1 pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia.

Datuk
Shalin Zulkifli
PMW JSM KMN AMN
Maklumat peribadi
Nama lahirShalin Nazirah binti Zulkifli
Lahir (1978-03-28) 28 Mac 1978 (umur 46)
London, England
Tempat tinggalKuala Lumpur, Malaysia
Sukan
SukanBoling

Shalin dilahirkan di North Islington dan menghabiskan zaman kanak-kanak beliau di Kuala Lumpur. Beliau mula bermain boling pada usia 9 tahun dan menyertai pasukan boling kebangsaan pada akhir 1980-an.[1] Pada tahun 1991 beliau digelar Olahragawati Muda Harapan Selangor, dan pada tahun 1994 menjadi pemain termuda dan rakyat Malaysia pertama untuk menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars.

Shalin memegang ijazah dalam Sains Sukan yang mengkhusus dalam Psikologi dan Latihan Sukan. Kini, beliau dahulu pernah memiliki dan mengendali sebuah gelanggang boling 10 pin di The Curve, Mutiara Damansara.

Kejayaan sunting

1994 sunting

  • Kent Malaysian All-Stars - Juara Terbuka Wanita

1996 sunting

1998 sunting

  • Piala Dunia AMF (Kobe, Jepun) - Rekod untuk layak ke 3 peringkat akhir step ladder berturut-turut; tempat ke-3 keseluruhan

1999 sunting

  • Kejohanan Belia Asia (Singapura)
    • Pingat Emas Bergu
    • Pingat Emas Pasukan
  • Sukan SEA (Brunei)
    • Pingat Emas Bergu
    • Pingat Emas Kumpulan Bertiga
    • Pingat Emas Pasukan
    • Pingat Emas Semua Acara
    • Pingat Emas Masters
    • Pingat Gangsa Perseorangan

2001 sunting

  • World Tenpin Masters (Essex, England) - Juara Wanita Pertama
  • Sukan SEA (Malaysia)
    • Pingat Emas Perseorangan
    • Pingat Emas Semua Acara
    • Pingat Emas Kumpulan Berdua
    • Pingat Emas Pasukan
    • Mencatat 8 Rekod Sukan SEA baru
  • Terbuka Kota Kinabalu - Juara perseorangan

2002 sunting

  • Terbuka Antarabangsa Thailand - Juara Masters Terbuka Wanita
  • Terbuka Antarabangsa Filipina - Juara Wanita

2003 sunting

  • World Tenpin Team Cup - Juara Pasukan Wanita[2]
  • Kejohanan Boling Tenpin Sedunia - Pingat Emas Pasukan Berlima Wanita[3]
  • Terbuka Santa Claus - Tempat ke-2
  • Asian Bowling Tour Grand Slam - Juara Wanita
  • Asian Bowling Tour (pusiangan Filipina) - Juara Wanita
  • World Tenpin - Pingat Emas Berpasukan

2004 sunting

  • Terbuka Bahrain - Juara Terbuka Wanita
  • Terbuka Sinai - Juara Wanita
  • ABF Tour (pusingan Thailand) - Juara Wanita
  • Terbuka Antarabangsa Malaysia - Juara Wanita

2005 sunting

  • Kejohanan Boling Komanwel ke-2 (Cyprus)
    • Pingat Emas Masters
    • Pingat Emas Bergu Campuran
    • Pingat Emas Berpasukan
    • Pingat Gangsa Berseorangan
  • Kejohanan Kebangsaan Malaysia - Juara Terbuka Wanita

Penghargaan sunting

  • Anugerah Olahragawati Malaysia (1997, 1996, 1994, 2001 & 2002)
  • Juara Kebangsaan Malaysia (1996, 2001, 2002 & 2003)
  • Anugerah Olimpik Malaysia (1994 & 1999)
  • Kedudukan Nombor 1 Asia (2000, 2001, 2002 & 2004)
  • Pemain Boling Antarabangsa Tahun (2002)
  • Masukan Dewan Kemasyhuran Boling Antarabangsa (2004)

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Yusoff, Ruslina (2007-03-28). "Mutiara Damansara: What bowls her over". The New Straits Times.CS1 maint: date and year (link)
  2. ^ World Tenpin Team Cup 2003
  3. ^ World Tenpin Bowling Championship 2003
  4. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-11-10.
  5. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-11-10.
  6. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Dicapai pada 2021-11-13.
  7. ^ https://www.istiadat.gov.my/semakan-penerima-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat/ Senarai penerima darjah kebesaran]

Pautan luar sunting