Share-alike atau ShareAlike ialah istilah pelesenan hak cipta, yang asalnya digunakan oleh projek Creative Commons, bagi memerikan karya atau lesen yang mewajibkan salinan atau pengubahasuaian diterbitkan di bawah syarat lesen yang sama atau seakan dengan lesen karya asli.[1] Lesen Copyleft merupakan lesen kandungan bebas atau perisian bebas dengan syarat share-alike.

Ikon Creative Commons bagi Share-Alike, satu variasi lambang copyleft

Dua lesen (yang disokong buat masa ini) Creative Commons mempunyai syarat ShareAlike: Creative Commons Attribution-ShareAlike (sebuah lesen copyleft, kandungan bebas) dan Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike (lesen tuan punya).

Copyleft sunting

Lesen Copyleft atau libre merupakan kelompok terbesar lesen-lesen share-alike. Kelompok ini termasuk kedua-dua lesen kandungan bebas seperti Creative Commons Attribution-ShareAlike dan lesen-lesen perisian bebas seperti Lesen Awam Am GNU (GNU General Public License, GPL'). Lesen-lesen ini pernah dicemuh sebagai lesen virus, kerana kemasukan bahan copyleft dalam karya yang lebih besar lazimnya memerlukan karya besar tersebut juga dilesenkan di bawah copyleft. Istilah lesen salingan pernah digunakan bagi memerikan copyleft, tetapi juga digunakan bagi lesen 'tak-libre' (lihat lesen sumber kongsi).

Kandungan bebas dan lesen perisian tanpa syarat yang diperlukan share-alike digelar lesen 'permisif' atau copyfree.

Creative Commons sunting

Sama juga dengan kesemua enam lesen dalam kelompok mutakhir Creative Commons, CC Attribution-ShareAlike and CC Attribution-NonCommercial-ShareAlike memerlukan 'atribusi'. Mengikut Creative Commons, manfaat lesen ini ialah pengguna pada masa mendatang tidak boleh menambah kekangan kepada hasil terbitan daripada karya anda; hasil kerja mereka perlu dilesenkan dalamcara yang sama.[2]

Kendatipun CC Attribution-ShareAlike layak dikira copyleft oleh sebab ia merupakan kandungan bebas, CC Attribution-NonCommercial-ShareAlike ialah tidak bebas dan oleh itu, ia bukan copyleft.[3]

Versi 3.0 lesen ShareAlike mengandungi fasal berkaitan keserasian, membenarkan Creative Commons mengisytihar sesebuah lesen itu serasi dengan satu daripada lesen ShareAlike, dan dengan itu membolehkan ia digunakan tanapa memerlukan lesen yang sama bagi kerja-kerja terbitan.

Rujukan sunting

  1. ^ "Glossary". Dicapai pada 2012-03-05.
  2. ^ "Share Alike". Dicapai pada 2010-12-17.
  3. ^ "NonCommercial Sharealike is not Copyleft". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-02. Dicapai pada 2012-08-30.

Lihat juga sunting

Templat:Intellectual property activism