Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah

isteri Perdana Menteri

Tun Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakbah (1920 – 12 Mac 2000) merupakan isteri ketiga kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan merupakan Pasangan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Mereka mendirikan rumah tangga ketika Tunku kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.


Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah

SMN; SPMT (Terengganu)
Pasangan Perdana Menteri Malaysia pertama
Dalam jawatan
31 Ogos 1957 – 22 September 1970
Yang di-Pertuan AgongTuanku Abdul Rahman
Sultan Hisamuddin Alam Shah
Tuanku Syed Putra Jamalullail
Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Perdana MenteriTunku Abdul Rahman
Didahului olehPenyandang pertama
Digantikan olehTun Hajah Rahah Tan Sri Mohamed Noah
Butiran peribadi
Lahir1920
Alor Setar, Kedah, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia12 Mac 2000 (berumur 79–80)
Pulau Pinang, Malaysia
Tempat persemadianMakam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah
PasanganTunku Abdul Rahman (k. 1939; m. 1990)
Anak-anakSulaiman (anak angkat lelaki sulung)
Mariam (anak angkat perempuan sulung)
Sharifah Hanizah (cucu tiri; anak angkat perempuan)
Faridah (anak angkat perempuan bongsu)

Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah merupakan adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Tunku berkahwin dengannya selepas kematian Mariam dan perceraian dengan Violet Coulson. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.

Beliau meninggal dunia akibat pneumonia pada usia 80 tahun pada 12 Mac 2000, dan telah disemadikan bersebelahan dengan makam Almarhum Tunku Abdul Rahman di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah.

Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah, yang terletak di kawasan Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZ0NE) dinamakan sempena nama beliau.