Shashi Kapoor PB (dilahirkan Balbir Prithviraj Kapoor; 18 Mac 1938 - 4 Disember 2017[1]) merupakan pelakon dan penerbit filem India. Beliau pernah muncul dalam sejumlah besar filem Hindi dan juga filem berbahasa Inggeris, terutama filem terbitan Merchant-Ivory. Beliau merupakan pengarah dan pembantu pengarah dalam industri perfilemen Hindi.[2]

Shashi Kapoor

Kapoor pada 2011
Kelahiran
Balbir Prithviraj Kapoor

(1938-03-18)18 Mac 1938
Meninggal dunia4 Disember 2017(2017-12-04) (umur 79)
PekerjaanPelakon, pengarah, penerbit
Tahun aktif1941–1999 (bersara)
PasanganJennifer Kendal
(1958–1984; kematian Kendal)
Anak-anakKunal Kapoor
Karan Kapoor
Sanjana Kapoor
Ibu bapaPrithviraj Kapoor
Ramsarni Kapoor
SaudaraLihat Keluarga Kapoor
AnugerahPadma Bhushan (2011)
Anugerah Dadasaheb Phalke (2015)

Shashi Kapoor merupakan salah seorang ahli keluarga Kapoor, sebuah dinasti perfileman Bollywood. Beliau dilahirkan di Calcutta[3] (sekarang Kolkata) semasa Raj British. Beliau merupakan anak ketiga dan lelaki bongsu Prithviraj Kapoor, adik kepada Raj Kapoor dan Shammi Kapoor, dan balu kepada Jennifer Kendal (kakak kepada pelakon Felicity Kendal), dan bapa kepada Karan Kapoor, Kunal Kapoor, dan Sanjana Kapoor. Pada tahun 2011, beliau dianugerahkan Padma Bhushan oleh Kerajaan India untuk sumbangannya dalam industri perfileman India.[4]

Pada tahun 2015, Kapoor dianugerahkan pula Anugerah Dadasaheb Phalke 2014, menjadikan beliau sebagai ahli keluarganya yang ketiga menerima pengiktirafan tertinggi dalam perfileman India selepas ia turut pernah dimenangi oleh Prithviraj Kapoor dan Raj Kapoor.[5] Beliau dilaporkan telah ditahan di Hospital Kokilaben pada 3 Disember 2017 akibat jangkitan dada[6][7][8][9] dan meninggal dunia pada 4 Disember 2017 akibat sirosis hati yang berpanjangan.[10][9]

Bacaan tambahan sunting

  • The Kapoors: The First Family of Indian Cinema, by Madhu Jain. Penguin, Viking, 2005. ISBN 0-670-05837-8.

Rujukan sunting

  1. ^ "Veteran actor Shashi Kapoor passes away at 79". BollywoodPapa (dalam bahasa Inggeris). 2017-12-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-05. Dicapai pada 2017-12-04.
  2. ^ "Shashi Kapoor Biography – Bollywood Actor". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2013. Dicapai pada 28 Julai 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Team, Tellychakkar. "Surjit Saha to re-enter SAB TV's Badi Dooooor Se". Dicapai pada 4 December 2017.
  4. ^ "Brajesh Mishra, Azim Premji, Montek in list of 128 Padma awardees". The Times Of India. India.
  5. ^ "Actor Shashi Kapoor chosen for Dadasaheb Phalke Award for 2014". NetIndian. Dicapai pada 23 March 2015.
  6. ^ "Bollywood icon Shashi Kapoor passes at the age of 79. The funeral will be held on Tuesday morning". Times Now. December 4th, 2017. Dicapai pada 2017-12-04. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ "Veteran actor Shashi Kapoor passes away at 79". Times of India. 4 December 2017. Dicapai pada 4 December 2017.
  8. ^ "Veteran Bollywood Actor Shashi Kapoor Passes Away At 79". Republic TV. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ^ a b "Remembering Shashi Kapoor: The Veteran, Versatile Bollywood Actor". NDTV. 4 December 2017.
  10. ^ "Shashi Kapoor was always the best man, never the groom - Latest News & Updates at Daily News & Analysis". 4 December 2017. Dicapai pada 4 December 2017.

Pautan luar sunting