Shaziman Abu Mansor

Dato' Shaziman Abu Mansor merupakan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia dan Ahli Parlimen Tampin. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. Shaziman dilahirkan di Ipoh, Negeri Perak pada 20 Januari 1964.


Shaziman Abu Mansor

SPMP (Prk), DSNS (NS), DGSM (Mel)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tampin
Dalam jawatan
1999–2018
Didahului oleh Mohd Noh Rajab
Digantikan oleh Hasan Baharom
Menteri Kerja Raya Malaysia
Dalam jawatan
10 April 2008 – 15 Mei 2013
Perdana Menteri Najib Razak
Didahului oleh Mohd Zin Mohamed
Digantikan oleh Fadillah Yusof
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia
Dalam jawatan
19 Mac – 8 April 2008
Didahului oleh Lim Keng Yaik
Digantikan oleh Peter Chin Fah Kui
(Tenaga dan Air)
Rais Yatim (Komunikasi)
Butiran peribadi
Lahir (1964-01-20) 20 Januari 1964 (umur 60)
Ipoh, Perak, Malaysia
Parti politikUMNO
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
PasanganDatin Seri Rozana Mohd. Khalid
Anak-anakJohan As'ari
Alma materTrine University
PekerjaanAhli politik

Keluarga sunting

Shaziman ialah sepupu kepada mantan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin daripada sebelah bapanya.

Bapanya Abu Mansor Abu Bakar ialah adik kepada Allahyarham Dato' Seri Jamaluddin Abu Bakar, beliau seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM). Ibu Khairy Jamaludin, Datin Seri Dato' Rahmah Abdul Hamid, orang Kedah, sementara ibu Shaziman yang bernama Ramlah berasal dari Kampung Tanah Datar, Rembau yang bersebelahan Kampung Gadong.

Hanya ayah mereka adik-beradik dan berasal dari Kampung Gadong, dalam daerah Rembau di Negeri Sembilan walaupun beliau dilahirkan di Ipoh, Perak kerana tugasan ayahnya dengan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad. Makanya, Shaziman dan Khairy ialah cucu kepada Penghulu Abu Bakar melalui jurai sebelah bapa.

Shaziman dilahirkan ketika bapanya menetap di kuarters Stesen Kereta Api Ipoh, Ipoh, Perak dan setelah bersara, bapanya pulang ke negeri asal mereka, iaitu Negeri Sembilan lalu menetap di Taman Woon, Tampin.

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin pada 1971. Kemudian, beliau meneruskan pembelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin dari 1977 hingga 1979 dan Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Seremban dari 1980 hingga 1981.

Kemudian, beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti Teknologi Malaysia dengan mendapat Diploma Kejuruteraan awam pada 1986. Setelah berjaya dengan cemerlang, beliau meneruskan pengajian beliau dalam bidang akademik ke Tri-State University, Indiana, Amerika Syarikat dengan mendapat Ijazah Kejuruteraan Awam pada 1988.

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Eksekutif Pengurusan di Aokam Tin Berhad dan Malaysian Assurance Alliance dan kemudia dilantik sebagai Pengerusi di Inter Builders Sdn Bhd. Beliau juga pernah menduduki kerusi Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad pada tahun 2001.

Politik sunting

Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dari 2001 hingga 2004, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan (1999), Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Tampin.

Pilihan raya sunting

Pada tahun 1999, beliau mewakili Barisan Nasional/UMNO menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dan mempertahankan parlimen Tampin pada tahun 2004 dan 2008. Pada 1999, Shaziman menewaskan calon PAS, Abdul Razakek Abdul Rahim dengan majoriti sebanyak 18,084 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Shaziman Bin Abu Mansor bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tampin, Negeri Sembilan. Shaziman Bin Abu Mansor telah menang dengan mendapat undi sebanyak 24022. Calon lawan ialah Abdul Razakek Bin Abdul Rahim daripada PAS yang mendapat 10,943 undi – kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 76.%. Undi rosak sebanyak 1115.[perlu rujukan]