Sheryl Sheinafia

Pelakon dan penyanyi wanita Indonesia

Sheryl Sheinafia (lahir di Jakarta, 4 Disember 1996; umur 27 tahun) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pemuzik, dan penulis lagu Indonesia yang berketurunan Cina dan Madura.

Sheryl Sheinafia
Kelahiran
Sheryl Sheinafia Tjokro

(1996-12-04) 4 Disember 1996 (umur 27)
WarganegaraIndonesia
Pekerjaan
Tahun aktif2012 - kini
Ibu bapaChris Tjokro (ayah)
Irta C. Tjokro (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal, Gitar, Piano, Dram
Syarikat rakaman
Musica Studio's

Sejarah sunting

Sheryl Sheinafia lahir di Jakarta pada tarikh 4 Disember 1996. Sheryl Sheinafia merupakan anak bungsu dari 5 bersaudara puteri pasangan Chris Tjokro dan Irta C. Tjokro.

Alat muzik pertama yang di pelajari dari umur 5 tahun hingga 11 tahun adalah piano. Tertarik untuk belajar gitar kerana melihat penjaga lingkungan sekitar rumah sering memainkan gitar.

Melalui fasiliti YouTube, Sheryl Sheinafia belajar teknik bermain gitar dari penyanyi antarabangsa mahupun nasional. Sheryl Sheinafia sangat terinspirasi dengan teknik permainan gitar John Mayer.

Kemampuannya bermain gitar dan mengarang lagu, membuat Ibu Acin, Pemilik Musica Studios mengontraknya ketika dia berumur 15 tahun. Sheryl Sheinafia meluncurkan single pertamanya adalah "Demi Aku" yang dikeluarkan tahun 2012. Lagu tersebut merupakan hasil ciptaannya dan aransemen dibantu oleh Irwan Simanjuntak. Singel kedua bertajuk "Rasa Sunyi" juga merupakan ciptaannya dan dilancarkan Februari 2013. Aransemen lagu "Rasa Sunyi", Sheryl dibantu oleh David Kurnia Albert yang merupakan anggota sekaligus pemain kibor kumpulan muzik Noah.

Sejak pertengahan tahun 2013, Sheryl melancarkan album pertamanya adalah "Sheryl Sheinafia" yang dikeluarkan tahun yang sama dan juga memiliki kesibukan lainnya di luar menjadi seorang pemuzik, iaitu dengan membawakan program muzik di stesen televisyen swasta Nasional milik Wishnutama Kusubandio, NET. lewat acara Breakout bersama Boy William yang masih ia bawakan hingga sekarang.[perlu rujukan]

Pada tahun 2015, Sheryl Sheinafia melancarkan single non-album bertajuk "Kutunggu Kau Putus" yang ia nyanyikan bersama Nazril Irham vokalis Noah.

Pada tahun 2016, Sheryl Sheinafia menerbitkam single barunya bernama "Kedua Kalinya" yang digunakan sebagai soundtrack dari filem layar lebar Koala Kumal garapan Raditya Dika.

Sejak pertengahan 2017, Sheryl Sheinafia melancarkan album kedua kalinya adalah "II" yang dikeluarkan tahun yang sama.

Pada tahun 2018, Sheryl Sheinafia menerbitkan beberapa single seperti "Fix You Up", "I Don't Mind", "Dream High", dan "Bright As The Sun" yang juga merupakan lagu rasmi dari Sukan Asia 2018.

Sheryl Sheinafia bersama dengan Ariel NOAH, Rian, dan Cakra Khan menjadi penyanyi penutup yang membawakan lagu "Bright As The Sun" pada upacara pembukaan Pesta Olahraga Asia 2018.

Pada awal Mac 2019, Sheryl Sheinafia kembali menerbitkan singel terbarunya yang bertajuk "Setia". "Setia" merupakan lagu remake dari Chrisye yang diciptakan oleh Guruh Soekarnoputra. Mengusung konsep setia dengan budayanya, Sheryl memasukan pelbagai ornamen yang mewakili dirinya dalam video muzik "Setia".

Menjelang penghujung tahun 2019, Sheryl Sheinafia kembali menerbitkan single terbaru "Positif" remake dari lagu legendaris band Naif bertajuk "Posessif". Single ini juga merupakan projek kerjasama Sheryl Sheinafia bersama dengan Aqua untuk menjalankan campaign #BijakBerplastik.

Selepas selesai promosi "Positif", Sheryl berencana akan melakukan terbitan untuk lagu-lagu terbarunya di San Francisco, Amerika Syarikat mula bulan Februari 2020.

Diskografi sunting

Album sunting

Filemografi sunting

Filem sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting