ShinMaywa PS-1 dan US-1A (Bahasa Jepun: 新明和 PS-1, US-1A) adalah pesawat STOL besar yang direka bagi tugasan peperangan anti-kapal selam (ASW) dan penyelamat udara-laut (SAR) berikutnya. PS-1 merupakan kapal terbang laut yang membawa gear pendaratnya sendiri di geladak, sementara US-1A merupakan pesawat amfimbia penuh.

US-1A
US-1A di Muzium Konoya, Jepun
Peranan Pesawat penyelamat amfibia udara-laut
Pengeluar ShinMaywa
Penerbangan sulung 5 Oktober 1967 (PX-S)
Mula digunakan 1971 (PS-1)
Pengguna utama Tentera Pertahanan Diri Maritim Jepun
Kelainan ShinMaywa US-2

Pada 1960, ShinMaywa (ketika itu Shin Meiwa) menunjukkan prototaip bot terbang, UF-XS yang menonjolkan sistem kawalan lapisan sempadan baru bagi memberikan peningkatan kepada keupayaan STOL. Syarikat itu turut menggunakan pengalaman perangnya (sebagai Kawanishi) untuk meningkat badan Grumman Albatross yang merupakan asas pesawat tersebut. Pada 1966, JMSDF menganugerahkan kontrak kepada syarikat tersebut bagi meneruskan idea ini kepada pesawat peronda ASW. Dua prototaip dibina dibawah nama PS-X dan ujian penerbangan bermula pada 5 Oktober 1967, mendorong kepada tempahan bagi pengeluaran dengan nama PS-1 pada 1969.

Selain dari sistem kawalan lapisan sempadan (dikuasai oleh turbin gas bebas yang terdapat dalam badan), kapal terbang ini memiliki beberapa ciri-ciri inovatif, termasuk sistem bagi memendam percikan semasa pendaratan air, dan mengarah eksoz dari empat enjin turboprop melalui sayapnya bagi meningkatkan daya angkatan. Antara 1971 dan 1978, JMSDF menempah 21 kapal terbang ini, dan menggunakannya sehingga 1989 apabila ia perlahan-lahan dihentikan dan digantikan dengan P-3 Orion. Pengeluaran yang kecil menyebabkan kos seunit yang amat tinggi bagi pesawat ini, dan program ini turut mencetus kontroversi politik.

PS-1 baru sahaja berkhidmat apabila JMSDF memohon pembangunan pesawat variasi cari dan selamat. Penyingkiran peralatan tentera PS-1 membolehkan keupayaan bahan api lebih tinggi, gear pendaratan boleh guna, dan perkakasan penyelamat. Kelainan baru, US-1A, boleh diubah suai kepada tugas membawa tentera. Pertama kali diterbangkan pada 15 Oktober 1974, ia diterima untuk bertugas pada tahun berikutnya, dan akhirnya 19 pesawat dibeli. Dari pesawat ketujuh dan seterusnya, versi enjin yang dipertingkat berbanding enjin asal digunakan, tetapi kesemua pesawat akhirnya diubah kepada piwaian US-1A ini. Operasi penyelamat US-1A pertama adalah dari kapal Greek pada 1976. Antara tempoh itu sehingga 1999, US-1A telah digunakan dalam 500 kes menyelamat, dan berjaya menyelamatkan lebih 550 nyawa.

Dengan armada US-1A mula menunjukkan dimamah usia, cubaan JMSDF untuk mendapatkan dana bagi menggantikannya pada 1990-an, tetapi gagal mendapatkan jumlah yang mencukupi bagi memajukan kapal terbang baru sepenuhnya. Dengan itu, pada 1995, ShinMaywa mula merancang versi US-1A dipertingkat, US-1A kai (US-1A 改 - "US-1A dipertingkat"). Kapal terbang ini menonjolkan ciri-ciri penghalusan aerodinamik, badan bertekanan, dan enjin Rolls-Royce AE 2100 lebih berkuasa. Penerbangan ujian bermula pada 18 Disember 2003. Ia dijangka bahawa JMSDF akhirnya membeli sehingga 14 kapal terbang ini, untuk mula berkhidmat seawal 2007 sebagai ShinMaywa US-2.

Pengguna sunting

Spesifikasi (US-1A) sunting

Ciri umum

  • Anak kapal: sembilan (juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera penerbangan, pemandu arah, pengendali radio, pengendali radar, dua pemerhati)
  • Kapasiti: 20 penumpang atau 12 tandu
  • Panjang: 33.46 m (109 ka 9 in)
  • Rentang sayap: 33.15 m (108 ka 9 in)
  • Tinggi: 9.82 m (32 ka 3 in)
  • Sayap luas: 136 m² (1,463 ka²)
  • Berat kosong: 25,500 kg (56,220 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 45,000 kg (99,200 lb)
  • Loji kuasa:General Electric T64 (Ishikawajima 10J) turboprop, 2,603 kW (3,490 hp) setiap satu

Prestasi

Avionik

  • Radar pencarian lautan

Rujukan sunting

Pautan luar sunting