Templat:Artis berkumpulan Korea

Shinhwa
Shinhwa at KCON 2015
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan
Genre
Tahun aktif1998–sekarang
Syarikat rakaman
SM Entertainment
(1998–2003)
Good Entertainment
(2004–2008)
Shinhwa Company
(2011–present)
Pengkarya berkait
Battle
Laman sesawang
Shinhwa Company
AhliEric Mun
Lee Min-woo
Kim Dong-wan
Shin Hye-sung
Jun Jin
Andy Lee
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanSinhwa
McCune–ReischauerSinhwa

Shinhwa (Hangul신화; Hanja神話) adalah sebuah kumpulan penyanyi idol Korea Selatan yang berpangkalan di Seoul dan mempunyai enam anggota terdiri daripada Eric Mun, Lee Min-woo, Kim Dong-wan, Shi Hye-sung, Jun Jin dan Andy Lee. Dilancarkan oleh SM Entertainment pada 24 Mac 1998, kumpulan ini menandatangani kontrak dengan Good Entertainment pada 2004 sebelum mewujudkan syarikat sendiri, Shinhwa Company yang menguruskan karier mereka sebagai kumpulan. Kumpulan ini pada awalnya bergelut dengan album pertama mereka sebelum mencapai kejayaan komersial dengan album kedua mereka berjudul T.O.P (April 1999). Apabila kontrak mereka dengan SM Entertainment tamat pada Julai 2003, kesemua enam anggota menandatangani kontrak dengan Good Entertainment dan mengambilalih kawalan kreatif dengan pelancaran lagu Brand New (Ogos 2004). Pada tahun yang sama, mereka mula untuk meneruskan karier solo.

Setelah empat tahun terhenti kerana kebanyakan ahli melengkapkan khidmat tentera mereka, keenam-enam anggota menubuhkan Shinhwa Company yang membantu menguruskan mereka sebagai kumpulan. Pelancaran album kesepuluh mereka berjudul The Return (2012) membuatkan mereka sebagai kumpulan idol lelaki pertama di Korea Selatan untuk meneruskan kerjaya selepas tamat khidmat tentera. Shinhwa juga merupakan kumpulan K-pop idol pertama yang berjaya meneruskan karier yang cemerlang selepas meninggalkan agensi pertama mereka, walaupun beberapa tahun bergelut di mahkamah dengan SM Entertainment untuk hak cipta nama "Shinhwa". Sepanjang karier mereka selama 20 tahun, Shinhwa telah menghasilkan 13 album studio Korea, sebuah album Jepun dan pelbagai album kompilasi.

Kumpulan ini adalah kumpulan penyanyi lelaki paling lama bertahan dalam sejarah K-pop dan seringkali dirujuk sebagai sebahagian daripada generasi pertama K-pop, di samping kumpulan H.O.T, S.E.S, G.o.d, Fin.K.L antara lain. Kerjaya dan dirgahayu mereka menjadi pengaruh kepada bakal kumpulan-kumpulan K-pop idol, menjurus ramai orang untuk menggambarkan kumpulan tersebut sebagai legenda.[1]

Sejarah sunting

1998-2001: Pembentukan, perjuangan komersial, dan penemuan arus perdana sunting

Dengan kumpulan yang sudah kukuh bertapak seperti H.O.T dan S.E.S, SM Entertainment mahu menubuhkan sebuah lagi kumpulan untuk meneruskan kejayaan dua kumpulan sebelum ini. Terdiri daripada Eric Mun, Lee Min-woo, Kim Dong-wan, Jun Jin, Shin Hye-sung dan Andy Lee, kumpulan ini dinamakan "Shinhwa", perkataan Korea untuk mitos atau legenda, dan debut dengan lagu Resolver pada 9 Mei 1998. Album ini disokong oleh tiga single: lagu utama "Eusha! Eusha!" (Hangul: "으쌰! 으쌰!"), dan "Sharing Forever" (Hangul: "천일유혼"). Prestasi lagu Resolver di carta-carta musik agak suram, walaubagaimanapun Shinhwa dituduh tidak asli dan meniru irama kumpulan H.O.T.. Kumpulan ini juga terlibat dengan kontroversi apabila insiden kapal selam Sokcho berlaku pada 1998 dan "Eusha! Eusha!" yang merupakan lagu tentang keseronokan di pantai, menjadi peringatan kepada insiden ini. Walaupun Shinhwa memenangi Artis Baru Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet, Resolver tidak mencapai prestasi komersial dan kumpulan ini hampir dibubarkan.[2]

Shinhwa menemukan kejayaan arus perdana dengan album-album mereka yang seterusnya. Album kedua mereka, T.O.P (April 1999) diberi ulasan positif untuk lagu utama dan konsep mereka yang lebih menarik. Single kedua "Yo" dipromosikan juga namun sambutan tidak memberangsangkan. Album ini debut di kedudukan keempat dan memuncak ke kedudukan ketiga, terjual sebanyak 377,500 unit dan duduk di carta selama 24 minggu di carta bulanan Korea. Kumpulan ini menerima Anugerah Muzik Video Terbaik dari Kumpulan Pop Lelaki Baru dari Anugerah Muzik Asia Mnet.

Only One (Mei 2000) menjadi lagu pertama mereka untuk debut di kedudukan teratas carta. Mempunyai tiga single, "Only One", "All Your Dreams" dan "First Love", ia terjual sebanyak 423,000 unit, dan Shinhwa memenangi tiga anugerah pada tahun tersebut: Anugerah Populariti SBS Gayo, Anugerah Bonsang KMTV dan Anugerah Penyanyi Popular. Pada Januari, Shinhwa menganjurkan konsert pertama, First Mythology. Album keempat Shinhwa berjudul Hey, Come On! dilancarkan pada 8 Jun 2001, debut di kedudukan ketiga dan mempromosikan dua single: "Hey, Come On!" dan "Wild Eyes", lagu kemudian telah memulakan pelbagai cover tarian kerana penggunaan kerusi di dalam koreografi lagu tersebut. Album tersebut merupakan sebuah kejayaan komersial, terjual melebihi 430,700 unit dan menduduki kedudukan kesebelas dalam carta akhir tahun pada 2011. Shinhwa seringkali dikaitkan pada banyak kontroversi pada waktu tersebut, termasuk ketiadaan Andy buat sementara waktu dan peniruan lagu "Hey, Come On!" oleh kumpulan penyanyi lelaki dari Taiwan, Energy.

2002-2003: Mencipta sejarah, perubahan dalam pengurusan, dan aktiviti solo sunting

Album kompilasi pertama mereka berjudul My Choice (Januari 2002), menampilkan lagu-lagu kegemaran mereka dan beberapa lagu-lagu hit mereka. Dibandingkan dengan jualan album "Hey, Come On!" yang lebih tinggi, album My Choice hanya menerima kejayaan yang sederhana, terjual melebihi 171,300 unit semasa pelancaran dan menduduki kedudukan keempat dalam carta bulanan Korea sebelum terkeluar. Dalam carta akhir tahun, album ini berada di kedudukan ke-31, terjual sebanyak 183,000 unit. Beberapa bulan selepas pelancaran album My Choice, Shinhwa melancarkan album studio kelima mereka berjudul Perfect Man pada 29 Mac 2002. Album ini juga menandakan kepulangan Andy. Album Perfect Man debut di kedudukan teratas dalam carta bulanan Korea, menjadikan ia album kedua Shinhwa yang menjuarai carta. Bersama dengan lagu utama, Shinhwa mempromosikan single kedua "I Pray 4 U". Rekod jualan rasmi album ini telah melebihi 355,000 unit dan menduduki tangga ke-14 dalam carta album Top 100 pada akhir tahun 2002 dengan jualan melebihi 362,000 unit.

Shinhwa telah melakar sejarah dalam industri muzik Korea dengan menjadi kumpulan penyanyi lelaki paling lama bertahan di Korea dengan pelancaran album keenam, Wedding (Disember 2002). Album ini debut pada kedudukan ketiga dan terjual melebihi 273,700 unit. Wedding juga menandakan tamatnya kontrak mereka dengan SM Entertainment, yang menawarkan kontrak kedua kepada semua ahli Shinhwa kecuali Dongwan. Semua ahli secara sebulat suara memilih untuk menandantangani kontrak dengan Good Entertainment, menyebabkan mereka terlibat dalam pertempuran mahkamah diatas penggunaan nama kumpulan, dimana pihak Shinhwa menang. Kerana kontrak dengan Good Entertainment tidak akan bermula sehingga 2004, ahli-ahli lain mula melancarkan aktiviti solo pada 2003: Min-woo menggunakan nama pentas "M", melancarkan album solo pertama beliau berjudul Un-touch-able, manakala Hye-sung bekerjasama dengan Kangta dan Lee Ji-hoon untuk projek kumpulan S. Jun Jin memulakan karier lakonan dengan drama Forbidden Love berganding dengan pelakon Kim Tae-hee. Andy dan Jun Jin menyertai sitkom Korea berjudul Nonstop 4 dan juga Banjun Drama. Eric mula berlakon dalam drama selepas berlakon untuk beberapa iklan.

Ahli-ahli bergabung kembali dan melancarkan album kompilasi Winter Story 2003 - 2004 pada 30 Disember 2003, yang terjual melebihi 100,000 unit. Mereka mengadakan konsert kedua mereka, The Everlasting Mythology dari 18 April hingga 20 April 2003 dan juga memulakan Winter Story Tour, sebuah siri jelajah konsert, ke enam bandar: Seoul, Pusan, Daejeon, Incheon, Daegu dan Kwangju. Mereka kemudian menjelajah ke Jepun untuk konsert Shinhwa First Live in Tokyo, mengadakan pertemuan bersama peminat yang berjudul Have Fun With Shinhwa On M.Net Tour.

2004-2006: Kawalan Kreatif, kejayaan komersial, dan konsert jelajah Asia sunting

Album Shinhwa yang pertama dengan Good Entertainment, Brand New (Ogos 2004), debut di kedudukan ketiga dalam carta bulanan Korea, naik ke tangga pertama pada November dan terjual melebihi 320,000 unit. Album ini melihatkan peningkatan kawalan kreatif oleh ahli Shinhwa sendiri, dengan Eric dan Min-woo menyumbang kepada produksi album dan Jun Jin dalam penghasilan koreografi, membuatkan lebih banyak lagu tarian dimasukkan ke hasil akhir berbanding muzik pop mereka. Dengan menggunakan empat buah lagu untuk mempromosikan album ini iaitu "Angel", "Oh!", "Crazy" dan lagu utama, album ini menduduki tangga keempat dalam carta akhir tahun 2004. Ia memberikan penghormatan kepada Shinhwa dengan memenangi banyak anugerah, antaranya termasuk Artis Terbaik untuk pertama kali di Seoul Gayo Daesang Awards. Beberapa minggu kemudian, pada 29 Disember, Shinhwa dianugerahkan daesang kedua di anugerah SBS Gayo Daejun Awards 2004, memenangi dua daripada empat kemungkinan pemenang, Rain dan Lee Soo Young memenangi yang lain. Pada 2004, antara semua artis dan kumpulan, Shinhwa menerima anugerah paling banyak dalam tahun tersebut, berjumlah tiga belas atau lebih, dari banyak tempat: Festival Video Muzik KMTV anjuran M.net, Seoul Gayo Daesang, Golden Disc Awards dan Anugerah Gayo anjuran MBC, KBS dan SBS. Anugerah yang diterima selain Artis Terbaik adalah Artis Lelaki Terbaik, Artis Tarian Terbaik dan Anugerah Pilihan Antarabangsa.

Selepas kejayaan album Brand New, Shinhwa memulakan siri jelajah konsert, mengadakan kem musim panas Korea-Cina-Jepun berjudul Shinhwa Summer Story 2004. Kem ini didedikasikan sepenuhnya kepada peminat yang di luar Korea. Beratus peminat luar Korea terbang dari seluruh pelusuk Asia untuk tidak melepaskan peluang menghabiskan hari-hari percutian musim panas bersama kumpulan ini. Mereka juga menjelajah Jepun dan mengadakan konsert, terjual 13,000 tiket dalam masa seminggu. Walaupun kebanyakan tahun 2005 mereka tidak aktif, Shinhwa tetap melancarkan dua single popular, "How Do I Say" dan "Hey Dude!" dan mengadakan konsert Tropical Summer Story Festival. Kebanyakan tahun 2005, Shinhwa mengacara rancangan hiburan realiti berjudul Let's Coke Play Battle Shinhwa!, sebuah pertandingan untuk mencari Shinhwa generasi baru, dengan kumpulan yang menang akan debut sebagai kumpulan penyanyi yang agak singkat tempohnya, Battle di bawah Good Entertainment. Untuk mengakhiri tahun 2005, Shinhwa melancarkan album Winter Story 2004-2005, yang terjual melebihi 102,300 unit.

Selepas memperbaharui kontrak mereka dengan Good Entertainment untuk 3 tahun lagi, album kumpulan ini berjudul State of the Art dilancarkan pada 11 Mei 2006. Album ini menduduki tangga teratas dalam carta dan terjual lebih 215,600 unit di Korea sahaja. Album Brand New dan State of the Art menjadi album yang menduduki tangga pertama berturut-turut, dimana album ini kemudiannya menjadi album ketiga terlaris untuk tahun 2006, di belakang album SG Wannabe, The 3rd Masterpiece dan album TVXQ "O"-Jung.Ban.Hap. Mengikuti persembahan di Dewan Budokan, Tokyo untuk meraikan pelancaran Mnet Jepun, album Jepun mereka berjudul Inspiration #1 dan lagu utamanya, "This is the Sun in Our Hearts" dilancarkan pada 14 Jun 2006. Album yang dilancarkan di Jepun pada 16 Ogos mencapai tangga keempat dalam Carta Oricon terjual melebihi 100,000 unit setiap satu. Shinhwa kemudian memulakan konsert jelajah Asia pertama mereka, Shinhwa 2006 Tour: State of the Art, dengan dua konsert di Arena Gimnastik Olimpik, Seoul dan menjelajah ke Jepun, Cina, Singapura, Hong Kong, Thailand dan negara-negara lain. Mereka juga mengadakan persembahan di Dewan Budokan, Tokyo dan Dewan Osaka-jo pada 24 dan 26 September yang merupakan sebahagian daripada siri konsert jelajah Japan Tour Inspiration #1 2006.

2007–2012: Aktiviti solo, ulangtahun ke-10 dan khidmat tentera sunting

Pada 2007, ahli-ahli terus mengembangkan aktiviti solo mereka semasa aktiviti sebagai Shinhwa tidak banyak, dengan setiap ahli memulakan syarikat mereka sendiri - M Rising (Min-woo), New Dream Entertainment (Andy), JF Story Entertainment (Jun Jin), H2 Entertainment (Dong-wan) dan Top Class Entertainment (Eric) - untuk menguruskan kerjaya solo mereka. Dong-wan juga melancarkan album solo pertama beliau berjudul Kim Dongwan is pada 5 Julai 2007. Min-woo melancarkan album ketiga beliau pada 10 Julai 2007 dan walaupun beliau berniat untuk melancarkan album di amerika Syarikat, beliau tetap melancarkannya di Korea dahulu.Hye-sung melancarkan album kedua beliau pada 8 Ogos 2007.

Walaupun album kesembilan mereka sebagai Shinhwa telah ditetapkan untuk pelancaran pada Oktober 2007, ia terpaksa ditangguhkan dan sebaliknya mereka melancarkan album Winter Story 2007 pada 6 Disember 2007 yang debut pada tangga ketiga dan terjual sebanyak 24,500 unit. Tidak lama selepas pelancaran Winter Story 2007, Shinhwa mengadakan Konsert Asia dengan persembahan sepanjang dua hari pada 8 dan 9 Disember di Saitama, Jepun diikuti dengan sebuah konsert di Shanghai. Sebagai meraikan ulangtahun kesepuluh, Shinhwa telah mengadakan konsert ulangtahun kesepuluh dan melancarkan album studio kesembilan mereka berjudul Volume 9. Kerana konsert ini merupakan konsert terakhir mereka sebelum mereka pergi khidmat tentera, semua 22,000 kerusi untuk konsert ini laris dijual.

Selepas konsert meraikan ulangtahun kesepuluh dan pelancaran album kesembilan mereka, ahli-ahli Shinhwa terus aktif dengan kerjaya solo mereka sehingga tarikh rasmi mereka mula menjalani khidmat tentera, dimana Eric bermula pada Oktober 2008 dan Dong-wan pada November tahun yang sama di Gongju, Chungcheongnam-do. Keduanya berkhidmat dalam perkhidmatan tidak aktif (bekerja sebagai pekerja khidmat awam), selepas menjalani latihan asas selama empat minggu. Jun Jin memulakan khidmat tentera pada 22 Oktober 2009 di Kem Tentera Nonsan di Provinsi Chungcheongnam-do selama empat minggu untuk latihan asas dan diikuti sebagai pekerja khidmat awam. Pada 11 Januari 2010, Andy menyusul untuk menunaikan khidmat tentera dan satu-satunya ahli yang berkhidmat secara penuh selama 21 bulan. Min-woo merupakan ahli terakhir yang menyertai pada Februari 2010. Beliau juga berkhidmat secara tidak penuh selepas menjalani latihan asas selama empat minggu. Hye-sung sahaja yang dikecualikan dari khidmat tentera kerana kecederaan serius dan berulang di lututnya semasa konsert pada 2001.

Pada 30 Oktober 2010, Eric telah dilepaskan dari khidmat tentera. Dong-wan dilepaskan pada 17 Disember selepas berkhidmat selama 24 bulan sebagai pekerja pentadbiran di Pejabat Daerah Seodaemun-gu. Andy dilepaskan dari khidmat aktif pada 31 Oktober 2011 daripada pejabat Kementerian Pertahanan Korea di Yongsan-gu, Seoul. Jun Jin dilepaskan pada 14 November 2011 selepas berkhidmat di pejabat Gangnam Management Corporation, menguruskan kelab kesihatan dan kawasan parkir pejabat itu. Ini diikuti oleh Min-woo pada 2 Mac 2012 selepas berkhidmat sebagai pegawai khidmat awam di Stesen Seoul.

2012–2017: Shinhwa Company dan jelajah konsert sunting

Selepas kontrak mereka dengan Good Entertainment tamat, Shinhwa menubuhkan syarikat mereka sendiri yang menguruskan aktiviti mereka sebagai kumpulan, dimana Eric dan Min-woo adalah CEO bersama dan ahli-ahli lain sebagai pemegang saham. Aktiviti solo setiap ahli tetap diuruskan oleh syarikat pengurusan masing-masing. Satu sidang akhbar dilancarkan untuk mengumumkan kemunculan semula Shinhwa sebagai satu kumpulan pada 5 Mac 2013 di panggung CGV di Cheongdamdong, yang disiarkan secara langsung oleh Mnet Media. Mereka melancarkan album studio kesepuluh mereka berjudul The Return pada 23 Mac 2012. Untuk mempromosikan album tersebut, Shinhwa mengadakan siri jelajah konsert Shinhwa Grand Tour in Seoul: The Return 2012 yang bermula di Arena Gimnastik Olimpik, Seoul pada 24 dan 25 Mac 2012 dan diikuti dengan persembahan di Jepun, Cina, Taiwan dan Singapura. Mereka juga mengacara rancangan hiburan eksklusif pertama mereka, Shinhwa Broadcast yang disiarkan di siaran kabel JTBC. Penerbit-penerbit rancangan ini mengadakan rakaman awam dan sidang akhbar untuk mempamerkan rancangan ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Han, Eun-Hwa; Park, Hyun-Taek (2015-03-02). "Shinhwa at it again with 12th album". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2018-07-13. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Eric Steps Out of Character for 'Recruit'" Chosun Ilbo. 7 April 2005. Retrieved 2011-11-08

Pautan Luar sunting

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Rain
Gayo Daejun Award for Daesang (=Best Prize)
2004
Diikuti oleh:
Kim Jong Kook
Didahului oleh
Lee Hyori
15th Seoul Music Awards - Daesang (=Best Prize) Award
2004
Diikuti oleh:
TVXQ

Templat:Shinhwa Templat:Good Entertainment

Templat:Golden Disk Awards for New Artist of the Year Templat:Seoul Music Awards for Grand Prize Award