Shireen Sungkar (lahir di Jakarta, 28 Januari 1992; umur 32 tahun) ialah seorang pelakon wanita Indonesia berketurunan Yemen dan Minangkabau

Shireen Sungkar
Kelahiran (1992-01-28) 28 Januari 1992 (umur 32)
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2006–kini
Ketinggian166 cm (5 ka 5 in)
PasanganTeuku Wisnu (k. 2013)
Anak-anak3
Ibu bapaMark Sungkar (bapa)
Fanny Bauty (ibu)

Latar belakang sunting

Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Fitri dalam sinetron, Cinta Fitri. Shireen merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Bapanya ialah Mark Sungkar, juga seorang pelakon. Kakaknya ialah, Zaskia Sungkar yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi.

Kerjaya sunting

Shireen memulakan kerjayanya sebagai finalis separuh akhir Gadis Sampul 2006. Meminati untuk berlakon sejak kecil, Shireen dikatakan beruntung kerana semasa menghantar ibu saudaranya berlakon di SinemArt. Tidak dinyata beliau juga dilirik. Sinetron pertamanya adalah berlakon dalam sinetron Bukan Diriku bersama Baim Wong dan Ririn Dwi Ariyanti. Namanya mula dikenali sejak membintangi sinetron Wulan bersama Dhini Aminarti. Sinetron lain yang juga lakonannya antara lain, Putri Duyung dan Perempuan Teraniaya.

Selepas daripada Sinemart, Shireen berpindah ke MD Entertainment dan terus menjadi pelakon utama sebagai Fitri dalam Cinta Fitri sebanyak tujuh musim yang menjulang namanya.

Tidak hanya berlakon, Shireen juga memiliki bidang seni suara. Bersama kakaknya, Zaskia Sungkar, beliau membentuk kumpulan dua olak The Sister. Album sulung perdana adik beradik ini yang diberi tajuk The Journey of Love dikeluarkan pada 25 Julai 2008.

Kehidupan peribadi sunting

Sebagai wujud syukur atas kejayaannya dalam berlakon sebagai Fitri, Shireen melakukan ibadah umrah sekaligus meraikan hari raya Aidilfitri 1428 Hijrah di tanah suci Mekah. Shireen berangkat ke sana bersama dengan kedua-dua ibu bapanya, Mark Sungkar dan Fanny Bauty, juga Zaskia, 17, kakak kandungnya, dan Yusuf, 12, adik kandungnya. Mereka berangkat sejak 6 Oktober dan kembali ke Jakarta pada hari Selasa, 16 Oktober 2007.[1]

Dalam kehidupan peribadinya, Shireen bercinta dengan pelakon, Adly Fairuz yang juga berlakon di sinetron Cinta Fitri. Bahkan dalam album perdana The Sister, Aldy turut mencipta lagu dengan tajuk "Satu". Tetapi, pada bulan Jun 2010 dikhabarkan hubungan Shireen dengan Adly telah putus. Dan kini Shireen Sungkar menjalin hubungan kekasih bersama Teuku Wisnu. Pada tarikh 17 November 2013 mereka telah menikah dengan adat Aceh.[2]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2009 Suka Ma Suka Shireen
2013 Wanita Tetap Wanita Kinan Segmen "In Between"
2013 Honeymoon Farah
2016 Ketika Mas Gagah Pergi

Sinetron sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2006 Bukan Diriku Rhea
2006-2007 Wulan Shinta
2007 Bunga Dewi 20 episode
2007-2011 Cinta Fitri Fitri Rahayu 7 musim
200 episode (musim 1)
168 episode (musim 2)
150 episode (musim 3)
115 episode (musim 4)
144 episode (musim 5)
116 episode (musim 6)
109 episode (musim 7)
2008 Annisa Aisyah
2011 Ranum Ranum 38 episode
2012 Dia Ayu Ayu 86 episode
2013 Ali James Bon Jamila
2013 Istri Yang Dikhianati Yasmin/Jingga 52 episode
2015 Di Bawah Lindungan Abah Jasmine 30 episode
2015 Cinta Di Langit Taj Mahal 2 Aisyah 25 episode

FTV sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
200? Legenda Lutung Kasarung
2011 Cinta Di Ujung Kartu Kredit
2012 Maaf yang Tertunda Qasidah
2012 Ibu Dengarkan Laguku Syahrifa

Videografi sunting

Muzik video sunting

Tahun Judul lagu Artis
2008 "Dik" Wali
2008 "Egokah Aku" Wali
2008 "Aku Sakit" Wali

Televisyen sunting

Acara
Guest Star

Iklan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Lebaran di Mekkah, Shireen Sungkar Boyong Keluarga. Diakses 26 November 2007
  2. ^ "Wisnu dan Shireen Ingin Bulan Madu ke Norwegia". November 17, 2013.

Pautan luar sunting