Dr. Syukri Ghanam (Arab: شكري محمد إمحمد غانم 9 Oktober 1942 – 29 April 2012) merupakan seorang ahli politik Libya dan mantan Perdana Menteri Libya dari tahun 2003 sehingga 2006. Beliau menjabat jawatan ini di era pemerintahan Muammar al-Gaddafi. Akibat perselisihan faham, beliau diturunkan pangkat sebagai Perdana Menteri pada tahun 2006, dan kekal sebagai Menteri Minyak Libya sehingga tahun 2011. Jawatan Perdana Menteri, disandang oleh timbalannya, Baghdadi Mahmudi. Pada 29 April 2012, jenazahnya di temui terapung di sebatang sungai di New Danube, Vienna selepas tercetusnya perang saudara.[1][2]

Shukri Mohammed Imhemed Ghanem
شكري محمد إمحمد غانم
Menteri Minyak Libya
Dalam jawatan
1 Mac 2006 – 16 Mei 2011
Didahului olehFathi Ben Shatwan
Digantikan olehJawatan diwujudkan
Perdana Menteri Libya
Dalam jawatan
14 Jun 2003 – 5 Mac 2006
Didahului olehImbarek Shamekh
Digantikan olehBaghdadi Mahmudi
Butiran peribadi
Lahir(1942-10-09)9 Oktober 1942
Tripoli, Italian Libya
Meninggal dunia29 April 2012(2012-04-29) (umur 69)
Vienna, Austria
Alma materUniversiti Garyounis
Universiti Tufts

Kehidupan awal sunting

Ghanem dilahirkan di Tripoli, ketika itu dibawah pentadbiran kerajaan Itali-Libya, pada 9 Oktober 1942.[3] Beliau menyambung pengajiannya dalam bidang ekonomi di Universiti Garyounis di Benghazi dan tamat pengajian pada tahun 1963. Memperoleh ijazah kedoktoran falsafah (PhD) dalam bidang yang sama di Fakulti Fletcher Perundangan dan Diplomasi, Univeraiti Tufts dan Universiti Harvard pada tahun 1975. Hasil perkahwinannya, beliau mempunyai tiga orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.[4]

Kematian sunting

Beliau ditemui mati terapung di sebatang sungai di New Danube, Vienna.[5] Jenazahnya yang berusia 69 tahun ketika itu, di temui dan masih lengkap berpakaian. Beliau, isterinya dan anak perempuannya tinggal di sebuah apartmen di Vienna, Austria.[6] Kematiannya berkait rapat dengan kesan tunjuk perasaan, Revolusi Arab 2011 sebelum tercetusnya perang saudara Libya.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Former Libyan PM, Oil Exec Ghanem Dies in Austria". Tripoli Post. 29 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2012. Dicapai pada 30 April 2012.
  2. ^ "Ex-Libyan oil minister's body found in Danube". Al Jazeera. 30 April 2012. Dicapai pada 30 April 2012.
  3. ^ a b Mostyn, Trevor (8 May 2012). "Shukri Ghanem obituary". The Guardian. Dicapai pada 8 February 2013.
  4. ^ "Shukri Ghanem obituary". The Guardian. Dicapai pada 23 April 2018.
  5. ^ Vinter, Phil (30 April 2012). "Gaddafi's former oil minister found floating in river Danube". Daily Mail. Dicapai pada 8 February 2013.
  6. ^ "Obituary: Libya's Shukri Ghanem". Al Jazeera. 30 April 2012. Dicapai pada 8 February 2013.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Mubarak Abdallah al-Shamikh
Perdana Menteri Libya
14 Jun 2003 – 5 Mac 2006
Diikuti oleh:
Baghdadi Mahmudi