simpleLinux ialah sebuah edaran Linux berasaskan Slackware (dan Slax). Didatangkan dengan dua versi yang berbeza, iaitu Simplelinux EXT serta Simplelinux Mini. SimpleLinux EXT adalah versi utama Simplelinux, yang telah siap dipasangkan beberapa aplikasi yang mungkin berguna kepada para pengguna. Manakala SimpleLinux Mini adalah versi Simplelinux yang sangat kecil, hanya menyertakan beberapa aplikasi serta alatan yang asas. SimpleLinux lahir di Ampang, Selangor, Malaysia.

Simplelinux
Logo simpleLinux
Meja Simplelinux
PembangunFariz Luqman
Keluarga OSUnix
Model sumberSumber terbuka
Keluaran terbarusimpleLinux GNU/Linux 1.10 (codename Optimist Oncilla) / 28 September 2012; 11 tahun yang lalu (2012-09-28)
Jenis IntiMonolit
Antaramuka pengguna
terasal
Antara muka baris perintah, Sistem Tetingkap X
LesenPelbagai
Laman rasmiwww.simpleLinux.my

Pengurus tetingkap asal sunting

XFCE adalah window manager lalai bagi simpleLinux EXT. Manakala simpleLinux Mini tidak dipasangkan pengurus tetingkap XFCE tetapi menggunakan Openbox. Pengurus tetingkap Openbox adalah sangat kecil saiznya.

Fungsi tambahan sunting

Peranti (perisian) tambahan boleh ditambah menggunakan pakej-pakej Slackware serta modul Slax. Pakej-pakej Slackware boleh dialih-format ke modul Slax menggunakan arahan tgz2lzm. Lebih-lebih lagi, pengguna boleh memuat turun aplikasi yang disediakan oleh Slax bagi kegunaan Simplelinux.

Versi sunting

Versi EXT sunting

Banyak menyertakan aplikasi-aplikasi, seperti KDE 3.5 Desktop Window Manager, KOffice, Kopete, KDE Games, JuK, Konqueror dan banyak lagi. Menggunakan XFCE sebagai pengurus tetingkap lalai.

Versi Mini sunting

Sangat serupa dengan versi EXT. Tetapi, Openbox adalah pengurus tetingkap lalai bagi versi ini. Sedikit kecil saiznya kerana hanya disertakan sedikit aplikasi serta alatan. Hanya bersaiz 90 MB.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Linux-distro