Sinkretisme (Syncretism ) merupakan usaha bagi menyelaraskan kepercayaan-kepercayaan berbeza atau bertentangan, sering kali semasa mengabungkan amalan-amalan dan pelbagai cara pemikiran. Istilah ini mungkin merujuk kepada percubaan untuk mengabungkan dan membuat analogi beberapa tradisi yang pada asalnya berbeza, terutama dari segi teologi dan mitos keagamaan, dan dengan itu menegaskan satu perpaduan asas yang membenarkan bagi untuk satu pendekatan yang menyeluruh dengan kepercayaan-kepercayaan lain.

Sinkretisme turut wujud dalam penulisan, muzik, seni gambaran (representational art) dan gambaran kebudayaan yang lain. (Banding dengan konsep eclecticism.) Sinkretisme turut wujud dalam seni bina. Sinkretisme turut wujud dalam politik, sungguhpun dalam pengelasan politik istilah ini mempunyai erti yang lain.

Asal perkataan sunting

Kamus Inggeris Oxford pertama kali mengesahkan perkataan syncretism dalam bahasa Inggeris pada 1618. Ia terhasil dari Latin moden syncretismus, diambil dari Greek συνκρητισμός (synkretismos), bererti "Penyelarasan dengan Crete".

Perkataan Yunani wujud dalam rencana Plutarch (abad ke-1 AD) berkanaan "Fraternal Love" dalam Moralianya (2.490b). Dia menyebut contoh Cretans, yang menyelesaikan perbezaan mereka dan bergabung apabila berhadapan dengan ancaman luar. "Dan itulah yang mereka kenali sebagai Sinkretisme - And that is their so-called Syncretism".

Erasmus kemungkinannya mencipta kegunaan moden dari perkataan Latin (dalam Adagianya ("Adages"), diterbitkan pada musim sejuk 1517–1518) bagi mewakili perpaduan penentang sungguhpun terdapat perbezaan dalam pendapat theologi mereka. Dalam suratnya kepada Melanchthon pada 22 April 1519, Erasmus secara khusus menyebut Cretans dari Plutarch sebagai contoh kata-katanya "Konkord merupakan tembok lebih kukuh- Concord is a mighty rampart"

Rujukan sunting