Sirhan Bishara Sirhan (Arab: سرحان بشارة سرحان, Sirḥān Bishārah Sirḥān; lahir 19 Mac 1944) ialah seorang berketurunan Palestin berkerakyatan Jordan yang disabitkan membunuh Senator Amerika Syarikat, Robert F. Kennedy pada 5 Jun 1968. Kennedy meninggal pada hari berikutnya di Good Samaritan Hospital. Sirhan disabitkan bersalah atas pembunuhan dan sedang menjalani hukuman seumur hidup di dalam penjara Richard Corp. Donovan Correctional Facility di San Diego County, California.

Sirhan Sirhan
Sirhan Sirhan, 23 Mei 1969
Kelahiran
Sirhan Bishara Sirhan
سرحان بشارة سرحان

(1944-03-19) 19 Mac 1944 (umur 80)
PekerjaanPenjaga kuda
Status jenayahDipenjarakan di Richard J. Donovan Correctional Facility di San Diego County, California
Pertuduhan jenayahPembunuhan Robert F. Kennedy
PenaltiMati pada 1969; diringankan ke penjara seumur hidup pada 1972

Sirhan dilahirkan di Jerusalem, Palestin sebagai seorang Kristian berbangsa arab dan dia bersekolah di sekolah aliran kristian lutheran di sana. Pada tahun 1989, dia mengatakan kepada David Frost, Satu-satunya hubungan saya dengan Robert Kennedy adalah satu-satunya sokongannya kepada Israel dan percubaannya yang sengaja untuk menghantar 50 pengebom jet pejuang itu ke Israel untuk jelas membahayakan rakyat Palestin. Sebilangan sarjana percaya bahawa pembunuhan itu adalah insiden keganasan politik pertama di Amerika Syarikat yang berpunca dari konflik Arab-Israel di Timur Tengah.

Kehidupan awal sunting

Sirhan dilahirkan dalam keluarga kristian Arab Palestin di Jerusalem, Palestin. Sebagai seorang anak yang dibesarkan di Tepi Barat, Sirhan mengalami trauma dengan keganasan perang Arab-Israel, termasuk kematian kakaknya, yang terkorban akibat bedilan kereta kebal milik tentera Jordan.

Ketika Sirhan berusia 12 tahun, keluarganya berhijrah ke Amerika Syarikat, bermula di New York dan kemudian berpindah ke California. Di Altadena, dia memasuki alam persekolahan di Eliot Junior High School kemudian di John Muir High School dan seterusnya di Pasadena City College, Pasadena. Bapa Sirhan, Bishara, seorang lelaki yang tegas dan sering memukul anak-anaknya dengan kasar. Tidak lama selepas keluarga berpindah ke California, Bishara kembali sendirian ke Timur Tengah semula. Beliau berketinggian 5 kaki 5 inci (165 cm) dan memepunyai berat 120 paun (54 kg) pada usia 20 tahun, Sirhan berpindah ke Corona untuk berlatih untuk menjadi seorang joki lumba kuda, tetapi kehilangan pekerjaannya dan meninggalkan pengajiannya setelah mengalami kecedaraan kepala dalam kemalangan lumba kuda tersebut.

Sirhan tidak pernah menjadi menyatakan kewarganegaraannya sebagai rakyat Amerika Syarikat, malah mempertahankan kewarganegaraannya sebagai rakyat Jordan. Ketika di peringkat dewasa, dia mengubah kewarganegaraannya setelah di baptiskan di dalam gereja Advent Tujuh Hari. Tahun 1966, dia bergabung dengan organisasi okultisme Ancient Mystical Order of the Rose Cross, dan dikenali sebagai Rosicrucians.

Pembunuhan Robert F. Kennnedy sunting

Kesan dan akibat sunting

Hukuman mati sunting

Penjara seumur hidup sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Jansen, Godfrey, Why Robert Kennedy Was Killed: The Story of Two Victims, New York, Third Press, 1970. OCLC 137100.
  • Kaiser, Robert Blair, "R.F.K. Must Die!": A History of the Robert Kennedy Assassination and Its Aftermath, New York, E.P. Dutton & Co, Inc. 1970. ISBN 978-1-59020-070-4.
  • Kaiser, Robert Blair, "R.F.K. Must Die!": Chasing the Mystery of the Robert Kennedy Assassination, New York, Overlook Press, Peter Mayer Publishers, Inc. 2008. ISBN 978-1-59020-124-4.
  • Melanson, Philip H., Who Killed Robert Kennedy?, Berkeley, California, Odonian, 1993. ISBN 978-1-878825-12-4.
  • Turner, William V., and John G. Christian, The Assassination of Robert F. Kennedy: A Searching Look at the Conspiracy and Cover-up 1968–1978, New York, Random House, 1978. ISBN 978-0-394-40273-4.
  • Ayton, Mel, The Forgotten Terrorist: Sirhan Sirhan and the Assassination of Robert F. Kennedy, Washington, D.C., Potomac Books, 2007. ISBN 978-1-59797-079-2.
  • Mehdi, Mohammad Taki, Kennedy and Sirhan: Why?, New World Press, 1968. Edition: Illustrated Paperback, 100 pages. ISBN 978-0-911026-04-7.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting