Sistem Tempur Aegis

Sistem Tempur Aegis adalah sebuah sistem persenjataan bersepadu tentera laut buatan Amerika Syarikat yang dibangunkan oleh Divisyen Radar Permukaan dan Peluru Berpandu, RCA yang kini dikeluarkan oleh Lockheed Martin. Ia menggunakan komputer dan teknologi yang berkuasa untuk menjejak dan memacu senjata panduan untuk memusnahkan sasaran musuh.

USS Lake Champlain, sebuah penjajap peluru berpandu kelas-Ticonderoga dengan sistem Aegis, telah dilancarkan pada tahun 1987. Bermula dengan USS Bunker Hill (CG-52), versi ini dilengkapi dengan VLS Mark 41, di mana versi-versi sebelumnya telah dipasang dengan sistem pelancar peluru berpandu berkembar dua Mark-26.

Asalnya, ia digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, kini Aegis juga digunakan oleh Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun, Tentera Laut Sepanyol, Tentera Laut Diraja Norway, Tentera Laut Republik Korea dan Tentera Laut Diraja Australia. Lebih daripada 100 buah kapal telah dipasang dengan sistem Aegis. Ia juga merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan peluru berpandu yang digunakan oleh NATO di Eropah.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Fact Sheet on U.S. Missile Defense Policy - A "Phased, Adaptive Approach" for Missile Defense in Europe". Office of the Press Secretary. The White House. 17 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2010. Dicapai pada 23 August 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting

Templat:Lockheed Martin