Sistem bekalan elektrik sesalur dunia

rencana senarai Wikimedia

Soket dinding sunting

 
Jenis plag yang digunakan.

Sistem huruf yang digunakan di sini adalah daripada sebuah dokumen kerajaan AS[1], yang memberikan kod huruf serta senarai plag yang digunakan (tetapi tidak semestinya betul). walaupun berguna untuk rujukan pantas, dokumen tersebut mungkin meragukan di sesetengah tempat. Biasanya plag dan soket yang mempunyai klasifikasi kod huruf yang sama boleh dipadankan, tetapi tidak betul-betul dijamin. Satu rujukan yang lebih terkini serta lebih rasmi mengenai plag dan soket adalam Laporan Teknikal IEC 60083[2].

Banjaran voltan sunting

 
Voltan dan frekuensi.

Harus dibezakan di antara voltan bekalan (voltan sistem nominal) dengan kadaran voltan peralatan (voltan penggunaan). Lazimnya voltan penggunaan adalah 3 hingga 5% lebih rendah daripada voltan sistem nominal; contohnya, sistem bekalan nominal 208 V akan disambungkan ke motor elektrik berkadaran "200 V" seperti yang tertera pada labelnya. Ia membenarkan jatuhan voltan antara peralatan dengan bekalan. Voltan di dalam rencana ini adalah voltan bekalan nominal dan peralatan yang menggunakan sistem tersebut akan membawa voltan yang lebih rendah sedikit.

Jadual voltan dan frekuensi bekalan elektrik sesalur sunting

Kawasan Jenis plag / soket Voltan Frekuensi Komen
Afghanistan C, D, F 240 V 50 Hz Voltan mungkin berubah dari 160 hingga 280.
Afrika Selatan M 220 V 50 Hz Grahamstown & Port Elizabeth 250 V; juga didapati di King Williams Town
Albania C, F 220 V 50 Hz
Algeria C, F 230 V 50 Hz
Amerika Syarikat A, B 120 V 60 Hz Diseragamkan pada 120 V. Pembekal elektrik mensasarkan untuk memastikan bekalan elektrik pengguna berada pada lingkungan 114 hingga 126 V pada kebanyakan waktu. 240 V/60 Hz digunakan pada peralatan berkuasa tinggi seperti penyaman udara, pengering pakaian, dapur elektrik, ketuhar dan pemanas air. Bangunan dengan lebih daripada dua litar cabang mempunyai kedua-dua sistem 120 dan 240 V. Soket Jenis B kini diwajibkan oleh Kod Elektrikal Kebangsaan AS dalam pembinaan rumah baru serta pengubahsuaian rumah. Soket Jenis B berkadaran 20 ampere bagi kegunaan dapur atau kawasan lain yang menggunakan peralatan 120 V yang besar.
Andorra C, F 230 V 50 Hz
Angola C 220 V 50 Hz
Anguilla A (mungkin B) 110 V 60 Hz
Antigua A, B 230 V 60 Hz Voltan bekalan elektrik di lapangan terbang dilaporkan pada 110 V.
Antilles Belanda A, B, F 127 V
dan
220 V
50 Hz St. Martin 120 V, 60 Hz; Saba & St. Eustatius 110 V, 60 Hz, A, mungkin B
Arab Saudi A, B, F, G 127 V
and
220 V
60 Hz
Argentina C, I 220 V 50 Hz Terminal hidup dan neutral adalah berlawanan dengan kebanyakan negara lain yang menggunakan penyambung jenis I.
Armenia C, F 220 V 50 Hz
Aruba A, B, F 127 V 60 Hz Jajahan Lago 115 V.
Australia I 230 V 50 Hz Setakat 2000, voltan bekalan elektrik sesalur ditetapkan dalam AS 60038 pada 230 V dengan toleransi +10% -6%[3]. Ia dilakukan untuk pengharmonian voltan - walau bagaimanapun 240 V masih dalam lingkungan toleransi dan sering digunakan.
Austria C, F 230 V 50 Hz
Azerbaijan C 220 V 50 Hz
Azores C, F 220 V 50 Hz
Bahamas A, B 120 V 60 Hz bersama-sama 50 Hz di sesetengah tempat
Bahrain G 230 V 50 Hz Awali 110 V, 60 Hz.
Bangladesh A, C, D, G, K 220 V 50 Hz
Barbados A, B 115 V 50 Hz
Belanda C, F 230 V (sebelum ini 220v) 50 Hz
Belarus C 220 V 50 Hz
Belgium C, E 230 V 50 Hz
Belize A, B, G 110 V
dan
220 V
60 Hz
Benin C, E 220 V 50 Hz
Bermuda A, B 120 V 60 Hz
Bhutan D, F, G, M 230 V 50 Hz
Bolivia A, C 220 V 50 Hz La Paz & Viacha 115 V.
Bonaire 127 V 50 Hz Soket adalah gabungan Jenis B & C tanpa wayar bumi.
Bosnia C, F 220 V 50 Hz
Botswana D, G, M 231 V 50 Hz
Brazil A, B, C, I 127 V
dan
220 V
60 Hz Jenis I adalah lazim bagi soket dan peralatan 220 V di kawasan 127 V. Pendawaian dwivoltan adalah lazim bagi peralatan berkuasa tinggi, seperti pengering pakaian dan pancuran mandi elektrik yang cenderung kepada 220 V walaupun di kawasan 127 V. Bergantung kepada kawasan, voltan sebenar boleh jadi 115 V, 127 V, atau 220 V. Jenis A, B dan C kadang-kala digunakan bersama (rata di bahagian tengah tetapi melengkung di tepi serta mempunyai alur pin bumi) supaya ketiga-tiga jenis A, B atau C boleh digunakan. Perlu diambil perhatian juga bahawa menjelang 2009, Brazil akan beralih kepada plag antarabangsa IEC 60906-1 yang menyerupai Jenis J tetapi tidak serasi.
Brunei G 240 V 50 Hz
Bulgaria C, F 230 V 50 Hz
Burkina Faso C, E 220 V 50 Hz
Burundi C, E 220 V 50 Hz
Cambodia A, C, G 230 V 50 Hz
Cameroon C, E 220 V 50 Hz
Cape Verde C, F 220 V 50 Hz
Chad D, E, F 220 V 50 Hz
Chile C, L 220 V 50 Hz
China (tanah besar sahaja) A, C, I 220 V 50 Hz Kebanyakan soket dinding menyokong Jenis A, I, dan C. Sesetengah soket menyokong kedua-dua Jenis A dan Jenis C (lubang soket adalah rata di tengah dan melengkung di tepi) agar kedua-dua plag Jenis Type A dan C plug boleh digunakan. Soket Jenis I terletak bersebelahan dengan soket Jenis A & C. Soket Jenis A hanya boleh memuatkan plag tidak berkutub -- plag berkutub A memerlukan penyuai. NOTA: Walau apa pun jenis plag dan soket yang digunakan, voltan di China sentiasa ditetapkan pada 220 volt.
Colombia A, B 120 V 60 Hz Penyaman udara berkuasa tinggi, peralatan restoran, dapur elektrik dan ketuhar menggunakan bekalan 240 volt. Kenvensyen pendawaian, penggunaan dan piawaian adalah mengikut Kod Elektrikal Colombia.
Comoros C, E 220 V 50 Hz
Congo-Brazzaville C, E 230 V 50 Hz
Congo-Kinshasa C, D 220 V 50 Hz
Costa Rica A, B 120 V 60 Hz
Côte d'Ivoire C, E 230 V 50 Hz
Croatia C, F 230 V 50 Hz
Cuba A, B 110 V 60 Hz
Cyprus G 240 V 50 Hz
Denmark C, K 230 V 50 Hz Type E ditambah bermula Julai 2008.[4]
Djibouti C, E 220 V 50 Hz
Dominica D, G 230 V 50 Hz
Ecuador A, B 120 V 60 Hz
Egypt C 220 V 50 Hz
El Salvador A, B 115 V 60 Hz
Emiriah Arab Bersatu C, D, G 220 V 50 Hz
Equatorial Guinea C, E 220 V 50 Hz
Eritrea C 230 V 50 Hz
Estonia C, F 230 V 50 Hz
Ethiopia C, E, F, L 220 V 50 Hz
Fiji I 240 V 50 Hz
Filipina A, B 220 V 60 Hz Kebanyakan plag dan soket adalah Jenis A, tetapi terdapat juga Jenis B. Soket dan suis dibina mengikut dimensi AS dan boleh dimuatkan pada kotak pemasangan AS. Sesetengah kawasan menggunakan 110V seperti di Baguio.
Finland C, F 230 V 50 Hz
French Guiana C, D, E 220 V 50 Hz
Gabon C 220 V 50 Hz
Gambia G 230 V 50 Hz
Ghana D, G 230 V 50 Hz
Gibraltar G, K 240 V 50 Hz Jenis K telah digunakan di dalam pembangunan Europort oleh syarikat binaan Denmark. Selebihnya menggunakan soket British.
Greece C, F 230 V (formerly 220v) 50 Hz Jenis F adalah piawaian de-facto bagi pemasangan soket baru. Soket Jenis C hanya ada pada bangunan lama. Peralatan ringan menggunakan plag Jenis C manakala peralatan yang menggunakan lebih tenaga elektrik menggunakan plag Jenis E&F atau F.
Greenland C, K 220 V 50 Hz
Grenada G 230 V 50 Hz
Guadeloupe C, D, E 230 V 50 Hz
Guam A, B 110 V 60 Hz
Guatemala A, B 120 V 60 Hz
Guinea C, F, K 220 V 50 Hz
Guinea-Bissau C 220 V 50 Hz
Guyana A, B, D, G 240 V 60 Hz
Haiti A, B 110 V 60 Hz
Honduras A, B 110 V 60 Hz
Hong Kong G digunakan pada hampir kesemua produk, manakala M digunakan (tetapi jarang) apabila kadaran arus yang diperlukan sekitar 13~15A. Jenis D kini sudah lapuk di Hong Kong. 220 V 50 Hz Sebahagian besarnya berasaskan sistem UK. Kadang-kadang soket 'pencukur' (menyerupai Jenis C) boleh didapati pada sesetengah tandas yang menyediakan arus rendah pada beberapa jenis plag lain. Soket ini biasanya mempunyai soket 110 V dan 220 V pada unit yang sama, ataupun suis pemilih voltan, yang kadang-kala dilabelkan sebagai 110 V dan 220 V. Pemasangan berkembar ini tidaklah begitu meluas di HK jika dibandingkan di UK.
Hungary C, F 230 V (sebelumnya 220V) 50 Hz
Iceland C, F 230 V 50 Hz
India C, D, M 230 V 50 Hz Voltan piawai yang digunakan di India ialah 230V/50 Hz dengan toleransi antara 216V hingga 253V. Sesetengah hotel menyediakan soket berkembar bagi peralatan asing yang menggunakan kedua-dua jenis voltan 120V dan 230V.
Indonesia C, F, G 127 V
dan
230 V
50 Hz Plag/soket Jenis G kurang digunakan.
Iran C, F 220 V 50 Hz Soket dinding Jenis C adalah kurang lazim, dan hanya ada pada bangunan lama. Jenis F digunakan pada bangunan baru. Plag Jenis C adalah lazim bagi peranti berkuasa rendah.
Iraq C, D, G 230 V 50 Hz
Ireland G boleh didapati pada kesemua pemasangan biasa - Sistem legasi (jarang/pupus): (D dan M (seperti di UK); dan Jenis F (Schuko) ) 230 V (sebelum ini 220 V) 50 Hz Piawaian soket dan plag Jenis G tertakluk kepada Lembaga Piawaian Kebangsaan Ireland (NSAI) I.S. 401 (Plag) dan I.S. 411 (Soket). Plag Jenis F ("Bumi Tepi") kadang-kadang boleh didapati pada pendawaian lama mungkin kerana kebanyakan rangkaian elektrik awal Ireland banyak dpengaruhi oleh Siemens. Soket 'pencukur' (menyerupai Jenis C) kadang-kadang boleh didapati di tandas yang menyediakan arus rendah pada beberapa plag jenis lain. Ia selalunya mempunyai soket 110 V dan 230 V dalam unit yang sama, ataupun sius pemilih voltan, yang kadang-kala dilabelkan sebagai 115 V dan 230 V. Soket Jenis G selalunya mempunyai suis. Transformer titik tengah 110 V yang dibumikan sering digunakan pada peralatan industri mudah alih.
Isle of Man C, G 240 V 50 Hz
Israel C, H, M 230 V 50 Hz Piawaian bagi plag dan soket Jenis H yang terkini telah diubahsuai untuk membolehkan pin bulat digunakan, maka kebanyakan soket moden boleh menerima kedua-dua plag Jenis C dan H. Soket Jenis M digunakan pada penyaman udara. Plag dan soket yang sama turut digunakan di kawasan Palestin.
Itali C, F, L 230 V (sebelum ini220 V)[5] 50 Hz
Jamaica A, B 110 V 50 Hz
Jepun A, B 100 V 50 Hz
dan
60 Hz
Jepun Timur 50 Hz (Tokyo, Kawasaki, Sapporo, Yokohama, dan Sendai); Jepun Barat 60 Hz (Okinawa, Osaka, Kyoto, Kobe, Nagoya, Hiroshima). Bangunan lama mempunyai soket tidak berkutub, di mana plag berkutub Amerika tidak boleh dimuatkan. Kebanyakan bangunan tidak mempunyai pin bumi. Soket dan suis dimuatkan dalam kotak pemasangan piawaian Amerika.
Jerman C, F 230 V (sebelum ini 220v) 50 Hz Jenis F ("Schuko", kependekan bagi "Schutzkontakt") merupakan jenis piawai. Plag Jenis C ("Euro-Stecker") adalah lazim bagi peralatan berkuasa rendah. Soket Jenis C adalah sangat jarang didapati, dan jika ada pun hanyalah di bangunan lama.
Jordan B, C, D, F, G, J 230 V 50 Hz
Kanada A, B 120 V 60 Hz Diseragamkan kepada 120 V. 240 V digunakan pada aplikasi seperti pengering pakaian, penyaman udara, dapur elektrik serta mesin-mesin. Bangunan dengan lebih daripada satu voltan cabang miwajibkan menyediakan kedua-dua voltan tersebut. Soket Jenis A hanya untuk kerja-kerja pembaikan sahaja, Jenis B kini diwajibkan dalam pembinaan baru serta pengubahsuaian bangunan. Soket 20 A Jenis B tetapi dengan slot T digunakan di dapur-dapur pada bangunan yang lebih baru. [6]
Kazakhstan C, E, F 220 V 50 Hz Tiada piawaian rasmi. Toleransi voltan ialah 220 V ±10%. Voltan sebenar mungkin berubah (biasanya 150-200 V) disebabkan sistem elektrik yang tidak stabil.
Kepulauan Baleares C, F 220 V 50 Hz
Kepulauan Canary C, E, F, L 220 V 50 Hz
Kepulauan Cayman A, B 120 V 60 Hz
Kepulauan Channel C, G 230 V 50 Hz
Kepulauan Cook I 240 V 50 Hz
Kepulauan Faroe C, K 220 V 50 Hz
Kepulauan Falkland G 240 V 50 Hz
Kepulauan Virgin A, B 110 V 60 Hz
Kenya G 240 V 50 Hz
Kiribati I 240 V 50 Hz
Korea Selatan A, B, C, F (Jenis A & B digunakan pada pemasangan 110 volt serta pada bangunan yang sangat lama. Jenis C & F digunakan untuk 220 volt.) 220 V 60 Hz Jenis F biasanya digunakan di pejabat, lapangan terbang, hotel serta sesetengah rumah yang lebih mewah; manakala Jenis Type C (jenis CEE 7/17) adalah lazim pada kebanyakan rumah. Bekalan 220 volt dibekalkan dengan menggunakan kedua-dua wayar fasa pada sistem 110 volt (neutral tidak digunakan). Bekalan 110 V/60 Hz dengan plag Jenis A & B (di bawah pengaruh penjajah Jepun) pernah digunakan tetapi sudah dimansuhkan. Sesetengah penduduk memasang transformer serta litar khas sendiri supaya mereka boleh menggunakan peralatah 110 V yang diimport dari Jepun atau Amerika Utara. Kebanyakan hotel hanya ada soket 220 V, tetapi sesetengah hotel turut menawarkan kedua-dua soket 110 V (Jenis A atau B) dan 220 V (Jenis C atau F). Suis dan soket boleh dimuatkan pada kotak pemasangan jenis Amerika.
Korea Utara C 220 V 50 Hz
Kuwait C, G 240 V 50 Hz
Kyrgyzstan C 220 V 50 Hz
Laos A, B, C, E, F 230 V 50 Hz
Latvia C, F 220 V 50 Hz
Lesotho M 220 V 50 Hz
Liberia A, B, C, E, F 120/240 V 50 Hz Sebelum ini 60 Hz, kini ditukar secara rasmi kepada 50 Hz. Kebanyakan stesen janakuasa swasta masih menjana elektrik pada frekuensi 60 Hz. Soket Jenis A & B digunakan untuk bekalan 110 V; C & F pula digunakan untuk bekalan 230/240 V. Kebanyakan sistem bekalan elektrik pusat telah musnah akibat perang saudara yang bermula tahun 1990, malah bekalan kuasa awam masih terhad. Bekalan tempatan mungkin berubah dan mungkin tidak berpadanan dengan voltan biasa pada sesebuah soket dinding. [7]
Libya D, L 127 V 50 Hz Barce, Benghazi, Derna, Sebha & Tobruk 230 V.
Lithuania C, F 220 V 50 Hz Villa Monarchy 127 V 50 Hz
Liechtenstein C, J 230 V 50 Hz Swiss Norm, C hanya dalam bentuk CEE 7/16.
Lubnan A, B, C, D, G 110
and
200 V
50 Hz
Luxembourg C, F 230 V (formerly 220v) 50 Hz
Macau S.A.R. di China D, M, G, sebilangan kecil jenis F 220 V 50 Hz Tiada piawaian rasmi. Walau bagaimanapun, di Pelabuhan Feri Macao-HK yang dibina oleh kerajaan Portugis sebelum pemulangan Macau kepada kerajaan China, piawaian yang digunakan ialah Jenis E & F. Selepas pemulangan, Macau mengguna pakai soket Jenis G di bangunan kerajaan dan persendirian.
Macedonia C, F 220 V 50 Hz
Madagascar C, D, E, J, K 127 V
and
220 V
50 Hz
Madeira C, F 220 V 50 Hz
Malawi G 230 V 50 Hz
Malaysia G (M untuk pendingin udara dan pengering pakaian) 240 V (walaupun penarafan rasmi ialah 230 V) 50 Hz Voltan rasmi adalah AC 230 V dengan toleransi +10%,-6%.[8] Walau bagaimanapun, voltan bekalan dikekalkan pada 240 V, memandangkan voltan tersebut masih dalam lingkungan toleransi yang dibenarkan. Kawasan yang banyak bergantung kepada stesen jana kuasa swasta seperti Pulau Pinang dan beberapa tempat di Kedah memperoleh bekalan 230 V sebenar. Perkampungan terpencil yang bergantung kepada penjana elektrik diesel luar grid tempatan (seperti perkampungan di pedalaman serta resort percutian di kepulauan yang jauh dari tanah besar) mungkin memperoleh bekalan elektrik yang kurang stabil dengan voltan yang lebih tinggi, ada kalanya dengan voltan setinggi 260 V di sesetengah kawasan. Plag Jenis C sangat lazim pada peralatan audio/video. Dipalamkan ke soket Jenis G dengan menggunakan penyuai yang mudah didapati ataupun dengan memaksanya masuk dengan menolak penutup lubang dengan memasukkan bendasing ke dalam lubang pin bumi. Amalan menolak penutup lubang sering dilakukan, walaupun berbahaya. Sejak lewat 90an, soket Jenis C khas boleh didapati di sesetengah soket sambungan tambahan yang dijual untuk memudahkan peralatan dengan soket Jenis C disambungkan. Soket Jenis C juga boleh didapati pada soket pencukur elektrik khas di tandas kebanyakan hotel. Soket Jenis M biasanya digunakan pada penyaman udara (terutamanya jika penyaman udara tersebut memerlukan suis penghidup magnetik), peralatan industri berat, lampu limpah, dan yang lebih jarang, mesin basuh dan pengering pakaian. Ia jarang digunakan pada mesin basuh kerana kebanyakan mesin basuh yang dijual di Malaysia adalah dari jenis separuh automatik (dwitab) dan automatik (berkongsi tab yang sama untuk cucian dan pengeringan) yang menggunakan plag Jenis G.
Maldives A, D, G, J, K, L 230 V 50 Hz
Mali C, E 220 V 50 Hz
Malta G 230 V 50 Hz
Martinique C, D, E 220 V 50 Hz
Mauritania C 220 V 50 Hz
Mauritius C, G 230 V 50 Hz
Mexico A, B 120 V 60 Hz Jenis B adalah lebih lazim. Voltan boleh berubah dari 105 ke 145 V bergantung kepada transformer tempatan. Belahan fasa boleh didapati dan pendawai elektrik sering melakukan pendawaian ke kedua-dua soket Jenis A/B untuk membekalkan 240 V untuk penyaman udara, mesin basuh atau pengering pakaian.
Micronesia A, B 120 V 60 Hz
Moldova C, F 220-230 V 50 Hz Serasi dengan piawaian Eropah dan bekas Kesatuan Soviet (GOST).
Monaco C, D, E, F 127 V
and
220 V
50 Hz
Mongolia C, E 230 V 50 Hz
Montenegro C, F 220 V 50 Hz
Montserrat (Leeward Is.) A, B 230 V 60 Hz
Morocco C, E 127 V
dan
220 V
50 Hz Peralihan ke 220 V hanya sekerat jalan.
Mozambique C, F, M 220 V 50 Hz Jenis M didapati terutamanya berhampiran sempadan Afrika Selatan, berhampiran ibu negara Maputo.
Myanmar/Burma C, D, F, G 230 V 50 Hz Jenis G boleh didapati di hotel yang lebih baik. Juga, kebanyakan rangkaian hotel utama dikatakan mempunyai soket yang boleh menerima plag Jenis I dan mungkin jenis lain juga.
Namibia D, M 220 V 50 Hz
Nauru I 240 V 50 Hz
Nepal C, D, M 230 V 50 Hz
New Caledonia E 220 V 50 Hz
New Zealand I 230 V 50 Hz Peraturan Elektrik 1997 menyatakan voltan bekalan ialah 230 V ±6%
Nicaragua A, B 120 V 60 Hz
Niger A, B, C, D, E, F 220 V 50 Hz
Nigeria D, G 240 V 50 Hz
Norway C, F 230 V 50 Hz

Sistem pembumian IT

Okinawa A, B 100 V 60 Hz Bangunan ketenteraan 120 V.
Oman C, G 240 V 50 Hz Variasi voltan adalah lazim.
Pakistan C, D, M, G 230 V 50 Hz Piawaian rasmi ialah 230 V / 50 Hz. Toleransi voltan ialah 230 V ±5% (218 V hingga 242 V) manakala toleransi frekuensi ialah 50 Hz ±2% (49 Hz hingga 51 Hz), tetapi Perbadanan Bekalan Elektrik Karachi (KESC) membekalkan 240 V / 50 Hz.
Plag dan soket Jenis C dan D adalah lazim pada peralatan berkuasa rendah. Plag / soket Jenis M adalah lazim pada peralatan berkuasa tinggi serta penyaman udara. Soket / plag Jenis G kurang digunakan.
Panama A, B 110 V 60 Hz Bandaraya Panama 120 V.
Papua New Guinea I 240 V 50 Hz
Paraguay C 220 V 50 Hz
Perancis C, E 230 V (sebelum ini 220v) 50 Hz
Persekutuan Rusia C, F 220 V 50 Hz Piawaian lapuk 127 V/50 Hz AC digunakan di sesetengah kampung berjajar. Selebihnya piawaian telah ditukar pada tahun 1970an kepada piawaian 220V. Peralatan industri menggunakan bekalan 3 fasa 380V AC.
Peru A, B, C 220 V 60 Hz Talara 110/220 V; Arequipa 50 Hz
Poland C, E 230 V 50 Hz
Portugal C, F 220 V[9] 50 Hz
Puerto Rico A, B 120 V 60 Hz
Qatar D, G 240 V 50 Hz
Republik Afrika Tengah C, E 220 V 50 Hz
Republik Czech C, E 230 V 50 Hz
Republik Dominica A, B 110 V 60 Hz
Réunion E 220 V 50 Hz
Romania C, F 230 V (sebelum ini 220 V) 50 Hz Menyerupai piawaian Jerman. Kebanyakan soket rumah masih serasi dengan piawaian Eropah Timur (pin 4.0 mm). Perkakasan industri (mesin basuh, peralatan mengimpal) menggunakan bekalan 3 fasa 380V AC.
Rwanda C, J 230 V 50 Hz
Samoa Amerika A, B, F, I 120 V 60 Hz
Samoa Barat I 230 V 50 Hz
Semenanjung Gaza C, H, M 230 V 50 Hz (sila rujuk butiran mengenai Israel di dalam jadual ini)
St. Kitts dan Nevis A, B, D, G 110v-230 V 60 Hz Plag setempat adalah sama seperti di Amerika Syarikat (2 pin) 110-120 V
St. Lucia (Winward Is.) G 240 V 50 Hz
St. Vincent (Winward Is.) A, C, E, G, I, K 230 V 50 Hz
São Tomé dan Príncipe C, F 220 V 50 Hz
Senegal C, D, E, K 230 V 50 Hz
Sepanyol C, F 230 V (sebelum ini 220v) 50 Hz
Serbia C, F 220 V 50 Hz
Seychelles G 240 V 50 Hz
Sierra Leone D, G 230 V 50 Hz
Singapura G (M untuk penyaman udara dan pengering pakaian) 230 V 50 Hz Jenis A dan C digunakan pada peralatan audio/video dan plag penyuai boleh didapati dengan mudah.
Slovakia C, E 230 V 50 Hz
Slovenia C, F 230 V 50 Hz 360 V digunakan pada aplikasi tugas berat.
Somalia C 220 V 50 Hz
Sri Lanka D, M, G 230 V 50 Hz Penggunaan soket Jenis G yang semakin meningkat di rumah-rumah baru, terutamanya di Colombo dan hotel mewah.
Sudan C, D 230 V 50 Hz
Suriname C, F 127 V 60 Hz
Swaziland M 230 V 50 Hz
Sweden C, F 230 V 50 Hz
Switzerland C, J 230 V 50 Hz Jenis C hanya dalam bentuk CEE 7/16.
Syria C, E, L 220 V 50 Hz
Tahiti A, B, E 110 V
and
220 V
60 Hz/50 Hz Kepulauan Marquesas 50 Hz [10]
Taiwan A, B 110/220 V 60 Hz Sebanyakan soket adalah Jenis A. Jika soket adalah Jenis B, lubang bumi tidak disambung langsung. Kebanyakan peralatan menggunakan plag Jenis Type A, tetapi sesetengah peralatan menggunakan plag Jenis B. Soket dan suis dibina mengikut dimensi AS dan dimuatkan pada kotak penyambung bersaiz AS. Soket khas membekalkan 220V untuk penyaman udara.
Tajikistan C, I 220 V 50 Hz
Tanzania D, G 230 V 50 Hz
Thailand A, B, C 220 V 50 Hz Soket di hotal dan bangunan baru biasanya adalah kombinasi Jenis B dan C yang boleh menerima plat Jenis A, B dan C. Soket di bangunan lama biasanya adalah Jenis A. Peralatan elektrik pada jumlah yang lebih kurang sama menggunakan plag Jenis A atau C, atau B jika memerlukan sambungan bumi. Jenis F juga digunakan secara meluas, tetapi selalunya digunakan untuk peralatan berkuasa tinggi seperti penyaman udara, cerek elektrik dan periuk nasi elektrik. Soket A, B dan kombinasi B/C direka untuk dimuatkan pada kotak penyambung bersaiz AS/Jepun.[11]
Timor Leste C, E, F, I 220 V 50 Hz
Togo C 220 V 50 Hz Lome 127 V.
Tonga I 240 V 50 Hz
Trinidad & Tobago A, B 115 V 60 Hz
Tunisia C, E 230 V 50 Hz
Turki C, F 230 V 50 Hz
Turkmenistan B, F 220 V 50 Hz
Uganda G 240 V 50 Hz
Ukraine C, F 230 V 50 Hz
United Kingdom G (D dan M pada pendawaian yang sangat lama serta aplikasi khas) 230 V (sebelum ini 240v) 50 Hz Toleransi voltan adalah 230 V +10%/−6% (216.2 V hingga 253 V), akan diperluaskan kepada 230 V ±10% (207 V hingga 253 V) pada tahun 2008. Voltan bekalan sistem akan terus diseragamkan kepada 240 V RMS. [12] Soket 'pencukur' (menyerupai Jenis C) juga kadang-kadang ditemui di tandas yang menyediakan arus rendah ke beberapa jenis plag yang lain. Soket ini biasanya mempunyai soket 110 V dan 220 V pada unit yang sama, ataupun suis pemilih voltan, yang kadang-kala dilabelkan sebagai 110 V dan 220 V. Soket Jenis B sering dilengkapi suis. Transformer 110 V berpusat yang dibumikan digunakan pada peralatan industri mudah alih. Plag dan soket IEC 60309 digunakan dalam industri serta lokasi pembinaan di samping kegunaan luar di premis domestik dan perniagaan.
Uruguay C, F, I, L 230 V (sebelum ini 220v) 50 Hz Jenis F menjadi semakin lazim akibat penggunaan komputer. Terminal hidup dan neutral disongsangkan, seperti di Argentina.
Uzbekistan C, I 220 V 50 Hz
Vanuatu I 230 V 50 Hz
Venezuela A, B 120 V 60 Hz Jenis G didapati di rumah dengan bekalan 220V hanya untuk penyaman udara serta beberapa peralatan berkuasa tinggi.
Vietnam A, C 220 V 50 Hz Jenis A sering digunakan di Selatan Vietnam manakala Jenis C pula sering digunakan di Utara Vietnam. Soket Jenis G hanya didapati di beberapa hotel mewah baru, terutamanya yang dibina oleh pemaju Singapura dan Hong Kong, tetapi tidak didapati di rumah, pejabat dan kedai.
Yemen A, D, G 230 V 50 Hz
Zambia C, D, G 230 V 50 Hz
Zimbabwe D, G 220 V 50 Hz
 
A (NEMA 1-15 AS 2 pin)
 
B (NEMA 5-15 AS 3 pin)
 
C (CEE 7/16)
 
C (CEE 7/17 Euro 2 pin)
 
D (BS546 versi 5 A bagi Jenis M )
 
E (Perancis)
 
F (CEE 7/4 "Schukostecker" atau "Bumi Tepi")
 
E+F (CEE 7/7)


 
H (SI 32 Israel)
 
I (AS-3112 Argentina / Australia / New Zealand)
 
I, soket kombinasi untuk A, C dan I (China)
 
J (SEV-1011 Switzerland)
 
K (SRAF 1962/DB Denmark)
 
L (CEI 23-16 Itali)
 
M (Versi 15 A bagi Jenis D BS546)

Rujukan sunting

  1. ^ Electric current abroad
  2. ^ IEC/TR 60083: Plag dan soket bagi kegunaan domestik dan umum yang diseragamkan di negara-negara anggota IEC. Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa, Mei 2004. Laporan teknikal setebal 359 halaman tersebut menerangkan kesemua piawaian kebangsaan bagi plag dan soket domestik. Pendahulunya pada tahun 1963, Penerbitan 7 CEE, hanya mencakupi plag dan soket di benua Eropah.
  3. ^ Piawaian Australia AS60038-2000 - Voltan Piawai
  4. ^ Danish Safety Technology Authority (Sikkerhedsstyrelsen)
  5. ^ Enel
  6. ^ Rick Gilmour et. al, editor, Canadian Electrical Code Part I, Twentieth Edition, C22.1-06 Safety Standard for Electrical Installations, Canadian Standards Association, Toronto, Ontario Canada (2002) ISBN 1-55436-023-4, diagram 1 and rule 26-700
  7. ^ "History". Liberia Electricity Corporation. Dicapai pada 2008-10-26.
  8. ^ Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman[pautan mati kekal] - oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
  9. ^ Ministérios da Indústria e Energia e do Equipamento Social - Decreto Regulamentar n.º 90/84
  10. ^ http://www.worldstandards.eu/electricity.htm#plugs_f Electricity around the world
  11. ^ http://www.leoni-electrical-appliances.com/Plugs.6775.0.html?&L=1&cHash=29a5cfda7a&mode=DETAILS&cpid=2082&uid=237
  12. ^ Lighting Industry Federation Ltd (2001) LIF Technical Statement No. 15,European Voltage Harmonisation. Dicapai pada 2008-08-20

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting