Sistem pelancaran menegak

Sistem pelancaran menegak (Vertical Launching System atau VLS) adalah sebuah sistem termaju untuk menyimpan dan melancarkan peluru berpandu di atas pelantar-pelantar laut bergerak, seperti kapal permukaan dan kapal selam. Setiap sistem pelancaran menegak mengandungi sejumlah sel-sel, yang mana boleh menyimpan sebuah atau lebih peluru berpandu yang tersedia untuk dilancarkan. Biasanya, setiap sel boleh menyimpan beberapa jenis peluru berpandu yang berlainan, membolehkan sesebuah kapal untuk memuatkan set padanan terbaik bergantung kepada misi yang akan dilaksanakan. Selain itu, apabila sesebuah peluru berpandu dibangunkan, ia biasanya boleh dipadankan dengan sistem pelancaran menegak yang telah sedia dipakai oleh sesebuah negara, membolehkan kapal-kapal yang sedia ada menggunakan peluru berpandu baharu ini tanpa sebarang kerja semula yang mahal. Apabila arahan dikeluarkan, peluru berpandu akan dilancarkan ke atas secukupnya untuk mengelakkan sel dan dan kapal, sebelum membelok yang terbang ke arah sasarannya.

Sel-sel VLS di atas kapal USS San Jacinto
Sebuah peluru berpandu Tomahawk sedang diisi ke dalam sebuah VLS di atas kapal pembinasa kelas-Arleigh Burke, USS Curtis Wilbur

Sebuah VLS membolehkan penempur permukaan memiliki jumlah persenjataan yang lebih besar yang sedia untuk dilancarkan pada sebilang masa dibandingkan dengan sistem pelancaran lama seperti pelancar tunggal Mark 13 dan pelancar berkembar Mark 26, di mana ia dimuatkan melalui belakang oleh sebuah kelongsong di bawah dek utama. Selain kuasa tembak yang lebih besar, VLS juga membawa kesan kerosakkan yang lebih besar dan kebolehupayaan yang lebih tinggi berbanding sistem sebelumnya, dan memiliki keratan rentas radar yang lebih rendah. Tentera Laut A.S. kini banyak bergantung kepada VLS bagi kapal-kapal pembinasa peluru berpandu dan kruisernya.

Apabila dipasang pada sebuah kapal selam penyerang berkuasa nuklear (SSN, sebuah VLS membolehkan kepelbagaian jenis senjata dan jumlah yang boleh dibawa, dibandingkan hanya menggunakan tiub torpedo.

Sistem-sistem yang digunakan oleh negara sunting

  Australia
  Belgium
  Kanada
  Chile
  Republik Rakyat China
Kapal permukaan
Kapal selam
  Denmark
  Perancis
  Jerman
  Yunani
  India
  Indonesia
 
Sel SYLVER di atas kapal pembinasa Itali, Caio Duilio
  Israel
  Itali
  Jepun
  New Zealand
  • Frigat kelas Anzac – Mark 41 (8 sel)
  Filipina
  Korea Selatan
  Belanda
  Norway
  Portugal
 
Kruiser peluru berpandu Soviet, Frunze menembak sebuah peluru berpandu daripada Tor VLS
 
Pandangan atas Kelas Ticonderoga USS Lake Champlain (CG-57) dengan kotak-kotak berwarna kelabu VLS boleh dilihat berdekatan dengan haluan dan buritan kapal.
  Afrika Selatan
  Rusia
  Singapura
  Sepanyol
  Thailand
  Turki
  United Kingdom
Kapal permukaan
Kapal selam
  Amerika Syarikat
Kapal permukaan
 
VLS jenis kanister Mark 41
Kapal selam

Rujukan sunting

  1. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-07. Dicapai pada 2009-04-01. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)

Pautan luar sunting