Sistem pembiakan lelaki

Untuk sistem pembiakan jantan untuk organisma yang lain, sila lihat Pembiakan seks

Sistem pembiakan lelaki merupakan satu siri organ yang terletak di luar tubuh berhampiran dengan kawasan pelvis lelaki.

Sistem pembiakan lelaki
Sistem pembiakan lelaki
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa Latinsystema genitale masculinum
MeSHD005837
TAA09.0.00.002
FMAFMA:45664
Terminologi anatomi

Peranan lelaki dalam pembiakan ialah pemancutan sperma ke dalam faraj perempuan. Sperma itu mensenyawakan telur dalam tubuh perempuan, dan telur yang tersenyawa akan mengembang menjadi fetus, dan kemudian dilahirkan sebagai bayi.

Testis sunting

Setiap lelaki mempunyai dua biji testikel yang terletak di dalam pundi yang digelarkan "skrotum". Skrotum pula terletaknya di luar rongga abdomen lelaki kerana suhu badan dalam tubuh adalah terlalu tinggi untuk menghasilkan sperma yang berdaya hidup. Di atas organ ini ialah epididimis yang merupakan tempat simpanan untuk sperma yang dihasilkan.

Sewaktu fetus, testis memulakan perkembangannya di dalam rongga abdomen tetapi akan menurun ke dalam pundi skrotum semasa dua bulan terakhirnya sebelum dilahir.

Zakar sunting

Zakar mempunyai rakis yang panjang serta hujung yang lebih besar. Hujung ini digelarkan glans penis. Zakar ialah organ persetubuhan lelaki. Sewaktu syahwat lelaki dibangkitkan, zakarnya akan menjadi tegang dan tersedia untuk persetubuhan. Ketegangan ini terjadi kerana sinus darah di dalam tisu erektil zakar diisikan dengan darah. Arteri-arteri zakar akan mengembang, sedangkan vena akan memampat, supaya darah dapat mengalir ke dalam tisu erektil di bawah tekanan.

Sperma & air mani sunting

Sperma yang matang mempunyai tiga bahagian: kepala, bahagian tengah dan ekor. Ekor sperma terdiri daripada mikrotubul yang membentukkan silium dan flagelum, sedangkan bahagian tengah mengandungi mitokondria yang menghasilkan tenaga. Kepalanya mengandungi 23 kromosom di dalam nukleus. Hujung nukleus itu diliputi dengan penutup yang dipanggil akrosom dan mengandungi enzim yang diperlukan untuk memecahkan telur bagi persenyawaan. Seorang lelaki yang normal biasanya menghasilkan beberapa ratus juta sperma setiap hari. Sperma dihasilkan secara berterusan sepanjang hayat pembiakan lelaki, walaupun penghasilannya menyusut dengan umur.

Sewaktu pemancutan, sperma meninggalkan zakar melalui bendalir yang digelar "air mani". Bendalir ini dihasilkan oleh tiga jenis kelenjar:

Setiap komponen air mani mempunyai fungsi yang tertentu. Sperma lebih berdaya hidup dalam larutan yang beralkali. Oleh sebab itu, air mani mempunyai pH yang cenderung sedikit beralkali. Air mani juga bertindak sebagai sumber tenaga untuk sperma dan mengandungi kimia-kimia yang menyebabkan uterus mengecut.

Pemancutan sunting

Sewaktu perangsangan seks semakin teguh, sperma akan masuk ke dalam uretra. Air mani, iaitu sperma dalam bendalir, berada di dalam uretra, pengecutan otot yang ritmik akan menyebabkannya dipancut dari zakar. Sewaktu pemancutan, pundi kencing akan ditutup supaya tiada kencing akan memasuki uretra. Pengecutan yang memancutkan air mani merupakan sebahagain orgasma lelaki. Terdapatnya lebih daripada 400 juta sperma di dalam 3.5 mililiter air mani yang dikeluarkan sewaktu pemancutan. Bagaimanapun, persenyawaan masih boleh terjadi jika bilangan sperma adalah lebih rendah.

Selepas pemancutan dan/atau kehilang kebangkitan nafsu berahi, zakar akan kembali ke keadaan lembik yang normal, dan lelaki itu lazim mengalami satu tempoh masa yang digelarkan "tempoh refraktori" yang mana perangsangan tidak akan menyebabkan ketegangan zakar.

Lihat juga sunting

Sistem pembiakan - sunting
Perempuan - Serviks | Klitoris | Tudung klitoris | Salur falopia | Kelenjar Bartholin | Titik-G | Himen | Labium | Kelenjar mama | Ovari | Kelenjar Skene | Uretra | Uterus | Faraj | Vulva
Lelaki - Kelenjar bulbouretra | Duktus pemancutan | Epididimis | Kulit khatan | Frenulum | Glans penis | Zakar | Kelenjar prostat | Skrotum | Vesikel semen | Korda spermatik | Testikel | Uretra | Vas deferens