Sistem tulisan abjad

Sistem tulisan abjad ialah suatu jenis sistem tulisan yang terdiri daripada huruf-huruf yang mewakili bunyi konsonan. Antara sistem-sistem tulisan yang tergolong dalam abjad konsonan ialah abjad Arab, abjad Ibrani, abjad Arami, abjad Phoenicia dan abjad Suryani.

Jenis sistem tulisan ini dikenali dengan pelbagai nama dalam bahasa Inggeris, antaranya consonantary dan consonantal alphabet. Nama "abjad" diperkenalkan oleh Peter T. Daniels bersempena sebuatan empat huruf pertama dalam abjad Arab, iaitu alif, ba, jim, dan dal (A B J D).[1]

Catatan sunting

  1. ^ Namun begitu, nama "abjad" tidak sesuai digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk kepada sistem tulisan jenis ini kerana dalam bahasa Melayu, perkataan "abjad" mempunyai maksud umum.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.