Siti Ashah Ghazali

Yang Berhormat Ustazah Dato' Hajah Siti Ashah Ghazali adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas, Kedah bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri Kedah. Ketika berlakunya kemelut politik Kedah 2020, beliau dipilih semula menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan mengetuai Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan Negeri Kedah

Yang Berhormat Dato' Hajah

Siti Ashah Ghazali

DSDK, AMK (Kedah)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmi Kemiskinan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Memegang jawatan
2020
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Merbau Pulas
Memegang jawatan
2008
Didahului olehMohd Hadzir Ismail (BN-UMNO)
Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah
Memegang jawatan
2007
Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
2008 – 2013
Butiran peribadi
Lahir (1962-10-03) 3 Oktober 1962 (umur 61)
Parti politik PAS
KediamanKedah Kedah
PekerjaanAhli politik, pendakwah

Pendidikan sunting

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jeneri, Sik, dari tahun 1969 sehingga tahun 1971 sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Cemara, Jeniang. Pada tahun 1973, beliau berpindah pula ke Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang, Gurun, Kedah. Seterusnya beliau telah menyambung pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Taufiqiah Khairiah Halimiah, Batu 16, Padang Lumat dari tahun 1975 hingga tahun 1981. Pada tahun 1988, beliau telah menerima Diploma Tasawwur Islam dari ILHAM.[1]

Kerjaya sunting

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Kedah
    • Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) - Dato' - 2012

Rujukan sunting

  1. ^ YB Ustazah Hajjah Siti Aishah binti Hj Ghazali Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah