Sivalingam a/l Arumugam Karuppiah

ahli politik Malaysia

Dato' Sivalingam a/l Arumugam Karuppiah (1948 - 4 April 2007) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan India yang merupakan Ahli Dewan Negeri (DN) N11 Ijok.


K. Sivalingam

DPMS (Sel); KMN
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Ijok
Dalam jawatan
25 April 1995 – 4 April 2007
Didahului olehPerlembagaan diwujudkan
Digantikan olehK. Parthiban - BN
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Seri Cahaya
Dalam jawatan
21 Oktober 1990 – 25 April 1995
Didahului olehM. Mahalingam - BN
Digantikan olehPerlembagaan digugurkan
Butiran peribadi
LahirJan 1948
Selangor, Malaysia
Meninggal dunia4 April 2007 (umur 59)
Chennai, India
Parti politikKongres India Malaysia (MIC)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (BN)
PekerjaanAhli politik, wartawan

Beliau merupakan ahli Kongres India Malaysia (MIC), satu komponen parti daripada parti pemerintah perikatan Barisan Nasional (BN), dan merupakan timbalan pengerusi MIC negeri Selangor.[1]

Sebelum memasuki politik, Sivalingam telah terlibat dalam bidang kewartawanan. Beliau telah memasuki MIC dalam tahun 1968 pada umur 20, dan dalam tahun 1986 beliau telah dipilih sebagai senator Dewan Undangan Negeri Selangor.[2] Sivalingam telah bertanding di Dewan Undangan Negeri Seri Cahaya pada pilihan raya negeri Selangor 1990 sebagai calon baru dan telah menang. Dalam pilihan raya negeri Selangor 1995, beliau telah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Ijok dan telah menang dengan selesa, menewaskan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP). Dalam tahun 1997, beliau telah dilantik menjadi ahli majlis eksekutif negeri Selangor, satu kedudukan yang beliau pegang sehingga kematiannya.[2] Beliau berjaya mengekalkan kerusi Ijok dalam pilihan raya negeri Selangor 1999 dan pilihan raya negeri Selangor 2004.[2]

Pada 4 April 2007, ketika perjalanan ke India selatan dengan anak perempuan dan menantunya, Sivalingam telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di Chennai, India, semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai dari Kuala Lumpur.[3] Kematian beliau menyebabkan berlakunya Pilihan raya kecil Ijok 2007 bagi mengambil alih tempatnya di kawasan beliau.

Rujukan sunting

  1. ^ "Selangor MIC deputy chief Sivalingam dies at 61". thestar.com.my. 2007-04-05. Dicapai pada 2007-04-05.
  2. ^ a b c "Selangor exco K Sivalingam dies" (dalam bahasa Inggeris). malaysiakini.com. 2007-04-04. Dicapai pada 2007-04-05.
  3. ^ Vijian, P. (2007-04-05). "Selangor Exco Member Sivalingam Dies Of Heart Attack In Chennai" (dalam bahasa Inggeris). bernama.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2007-04-05.