Skala panjang dan pendek

Skala panjang dan pendek ialah dua dari beberapa sistem penamaan bilangan besar untuk bilangan bulat pangkat 10, yang menggunakan kata-kata yang sama dengan makna yang berbeza-beza.[1][2][3][4][5][6][7]

Untuk bilangan bulat kurang dari seribu juta (< 109) dua skala tersebut identik (sama). Untuk bilangan sama dengan dan lebih dari seribu juta (≥ 109) dua skala tersebut terbahagi/berbeza. Kedua skala tersebut menggunakan kata-kata atau penamaan yang sama untuk nombor yang berbeza; hal ini sering menyebabkan salah faham.

Negara-negara yang menggunakan skala panjang pada masa kini termasuk sebahagian besar negara-negara di Eropah daratan dan sebahagian besar dari negara-negara berbahasa Perancis, negara-negara berbahasa Sepanyol, dan negara-negara berbahasa Portugis kecuali Brazil. Skala pendek kini digunakan di banyak negara-negara berbahasa Inggeris, negara-negara berbahasa Arab, di Brazil, di negara-negara bekas Kesatuan Soviet dan beberapa negara lain. Nama-nama angka tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa negara-negara di dunia, tetapi serupa di mana-mana kerana etimologi yang sama (misalnya, bilion ialah billón dalam bahasa Sepanyol). Beberapa bahasa, khususnya di Asia Timur dan Asia Selatan, memiliki sejumlah besar sistem penamaan yang berbeza dari kedua skala tersebut, misalnya sistem penomboran India.

Rujukan sunting

  1. ^ ""BILLION" (DEFINITION) — HC Deb 20 December 1974 vol 883 cc711W–712W". Hansard Written Answers. Hansard. 20 December 1972. Dicapai pada 2 April 2009.
  2. ^ O'Donnell, Frank (30 July 2004). "Britain's £1 trillion debt mountain – How many zeros is that?". The Scotsman. Dicapai pada 31 January 2008.
  3. ^ "Who wants to be a trillionaire?". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 7 May 2007. Dicapai pada 11 May 2010.
  4. ^ Comrie, Bernard (24 March 1996). "billion:summary". http://www.linguistlist.org/issues/7/7-451.html. Diperolehi 24 July 2011.
  5. ^ "Oxford Dictionaries: How many is a billion?". Oxford University Press. Dicapai pada 7 May 2018.
  6. ^ "Oxford Dictionaries: Billion". Oxford University Press. Dicapai pada 24 July 2011.
  7. ^ Nielsen, Ron (2006). The Little Green Handbook. Macmillan Publishers. m/s. 290. ISBN 978-0-312-42581-4.