SmartTAG atau Sistem Membayar Automatik Rangkaian Tol adalah alat pemancar data inframerah dan sistem pembayaran elektronik tambahan pandu terus dalam kenderaan yang berfungsi bersama Touch 'n Go, sistem pembayaran elektronik kad pintar tanpa sentuh. Ia digunakan secara khusus untuk pembayaran tambang tol di lebuh raya.[1]

SmartTAG
Sekeping kad Touch 'n Go

Latar belakang sunting

SmartTAG dibangunkan sepenuhnya oleh Teras Teknologi Sdn. Bhd. dan dipasarkan oleh Rangkaian Segar.

Sebelum pengenalan SmartTAG, terdapat pelbagai jenis sistem kutipan tol elektronik pandu terus seperti FasTrak, PLUS TAG dan Saga TAG. SmartTAG mula diperkenalkan pada 15 Mac 1999 apabila PLUS Expressways Berhad mengantikan sistem kutipan tol elektronik pandu terus PLUS TAG di lebih 20 buah plaza tol sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan kemudian diperluaskan ke 4 buah plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah.

Pada bulan Disember 2003, kerajaan Malaysia telah mengarahkan semua pengendali lebuh raya bertol bertukar kepada kemudahan sistem pembayaran elektronik SmartTAG dan Touch 'n Go bagi mengantikan semua sistem kutipan tol elektronik pandu terus yang lain bagi memudahkan para pengguna. Keputusan tersebut secara tidak langsung menjadikan Rangkaian Segar Sdn. Bhd. satu-satunya pengendali kutipan tol elektronik di Malaysia pada Julai 2004.

Ciri-ciri SmartTAG sunting

Kegunaan sunting

Tambang tol sunting

Kegunaan utama SmartTAG adalah untuk membayar tambang tol melalui sistem kutipan tol elektronik pandu terus. Di Malaysia, terdapat dua jenis sistem tol iaitu sistem tol tertutup dan terbuka.

Sistem tol tertutup sunting

Sistem tol tertutup memerlukan pengguna lebuh raya mengambil tiket transit di plaza tol masuk dan membuat bayaran tambang tol di plaza tol keluar. Kadar bayaran tambang tol ditentukan mengikut jarak pemanduan pengguna di lebuh raya. Bagi pengguna lebuh raya yang menggunakan kemudahan SmartTAG, pengguna hanya perlu memandu masuk dan keluar di lorong pandu lalu SmartTAG di plaza-plaza tol yang berkenaan.

Panduan pembayaran sunting

Berikut adalah panduan pembayaran tambang tol menggunakan SmartTAG di lebuh raya sistem tol tertutup.

 
Lorong SmartTAG di lebuh raya
Plaza Tol Masuk
  1. Pastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi
  2. Pasangkan SmartTAG pada alat pendakap di bahagian tengah cermin hadapan kenderaan
  3. Pandu masuk ke lorong SmartTAG yang dibuka
  4. Pastikan jarak keselamatan minimum 2 meter dari kenderaan di hadapan
  5. Kurangkan kelajuan kenderaan pada sekitar 20 km/j sebelum menghampiri zon pengimbas
  6. Tunggu SmartTAG mengeluarkan bunyi "beeb"
  7. Baki kad dipaparkan di panel paparan tambang tol
  8. Penghadang tol automatik akan terbuka
  9. Teruskan perjalanan
Plaza Tol Keluar
  1. Pandu masuk ke lorong SmartTAG yang dibuka
  2. Pastikan jarak keselamatan minimum 2 meter dari kenderaan di hadapan
  3. Kurangkan kelajuan kenderaan pada sekitar 20 km/j sebelum menghampiri zon pengimbas
  4. Tunggu SmartTAG mengeluarkan bunyi "beeb"
  5. Tambang tol dan baki kad baru dipaparkan di panel paparan tambang tol
  6. Penghadang tol automatik akan terbuka
  7. Teruskan perjalanan
Lebuh raya sistem tol tertutup sunting

Berikut adalah senarai lebuh raya sistem tol tertutup yang menyediakan kemudahan SmartTAG.

E 1   Lebuhraya Utara-Selatan
E 1 Lebuhraya Baru Lembah Klang
  Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah
  Lebuhraya Pantai Timur

Sistem tol terbuka sunting

Sistem tol terbuka memerlukan pengguna lebuh raya membayar tambang tol di setiap plaza tol yang dilalui pengguna. Kadar tambang tol adalah kadar tetap yang ditentukan oleh pengendali lebuh raya. Bagi pengguna lebuh raya yang menggunakan kemudahan SmartTAG, pengguna hanya perlu memandu masuk dan keluar di lorong pandu lalu SmartTAG di setiap plaza tol yang dilalui.

Panduan pembayaran sunting

Berikut adalah panduan pembayaran tambang tol menggunakan SmartTAG di lebuh raya sistem tol terbuka.

Plaza Tol
  1. Pastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi
  2. Pasangkan SmartTAG pada alat pendakap di bahagian tengah cermin hadapan kenderaan
  3. Pandu masuk ke lorong SmartTAG yang dibuka
  4. Pastikan jarak keselamatan minimum 2 meter dari kenderaan di hadapan
  5. Kurangkan kelajuan kenderaan pada sekitar 20 km/j sebelum menghampiri zon pengimbas
  6. Tunggu SmartTAG mengeluarkan bunyi "beeb"
  7. Tambang tol dan baki kad baru dipaparkan di panel paparan tambang tol
  8. Penghadang tol otomatik akan terbuka
  9. Teruskan perjalanan
Lebuh raya sistem tol terbuka sunting

Berikut adalah senarai lebuh raya sistem tol terbuka yang menyediakan kemudahan SmartTAG.

E 1 Jambatan Pulau Pinang
  Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura
  Lebuhraya Shah Alam
  Lebuhraya Cheras-Kajang
  Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
  Lebuhraya Sungai Besi
  Lebuhraya Pantai Baru
  Lebuhraya Damansara-Puchong
  Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur
  Lebuhraya Butterworth-Kulim
  Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang
  Lebuhraya Penyuraian Trafik KL Barat
  Lebuhraya Seremban-Port Dickson
  Lebuhraya Koridor Guthrie
  Terowong SMART

Tambah nilai sunting

SmartTAG berfungsi bersama dengan kad Touch 'n Go. Oleh yang demikian pengguna SmartTAG perlu memastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi bagi memastikan kelancaran sistem SmartTAG. Bagi kaedah tambah nilai kad Touch 'n Go, sila rujuk halaman Touch 'n Go.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting