Snus (/ˈsnʉːs/) atau snus Sweden ialah bahan perangsang tanpa asap yang mengandungi nikotin.

Snus Sweden terdiri daripada tembakau yang dikisar halus yang dicampurkan dengan garam dan air. Perisa seperti minyak bergamot, minyak mawar atau likuoris boleh ditambahkan.

Snus Sweden tidak seharusnya dikelirukan dengan sentil tembakau atau produk Amerika yang ditapai sebelum dikilangkan. Snus Sweden dipasteur dalam proses pemanasan (tanpa ditapai).

Nikotin diserap daripada mulut dan diedarkan melalui aliran darah, bertindak sebagai perangsang. Ramai orang melihat snus yang lembap sebagai pilihan yang lebih sihat berbanding menghisap tembakau. Di Sweden hari ini lebih ramai lelaki (19%) menggunakan sedutan berbanding menghisap rokok (10%).

Sejarah sunting

Tembakau tanpa asap pertama kali diserap dalam bentuk sedutan, tabiat yang dibawa ke Sweden melalui orang Perancis golongan atasan (keluarga diraja Sweden berasal daripada keturunan Perancis). Snus pertama kali disebut di dalam dokumen rasmi Sweden pada tahun 1637.

Tembakau mula ditanam di Sweden dalam skala yang lebih besar pada lewat tahun 1700-an. Pengilangan snus menjadi seni yang diamalkan oleh pakar. Resipi pertama dicipta pada masa itu dan kebanyakan daripadanya seperti Göteborgs Rapé, Röda Lacket, General dan Ettan masih wujud sehingga hari ini. Pada penghujung tahun 1800, pembuatan snus tidak lagi dianggap sebagai seni dan snus dihasilkan menggunakan kaedah industri.

Salah seorang pengilang tembakau, Jacob Fredric Ljunglöf, mencari kaedah bagi menjadikan pengeluaran sedutan lebih cepat dan lebih efisien. Salah satu perkara yang beliau tidak berpuas hati adalah jangka masa yang diperlukan oleh bahan sedutan untuk berpeluh sebelum ia mula menjadi ranum dan mengeluarkan perisanya. Beliau meminta bantuan seorang rakan, Jacob Berzelius, yang merupakan seorang ahli kimia. Dengan bantuan Berzelius, Ljunglöf mula menggunakan kaedah yang melibatkan abu terlarut lesap daripada birch diikuti dengan pemanasan tembakau dengan cepat. Melalui kaedah ini, penyediaan hanya mengambil masa beberapa hari. Penapaian snus Sweden kemudiannya tidak lagi diamalkan.

Snus Ljunglöf dengan cepat menjadi peneraju pasaran. Ia masih boleh dibeli hari ini di bawah nama Ettan.

Snus pada awalnya diambil dalam bentuk serbuk dan ramai orang telah bertukar kepada snus bahagian sejak kejayaan pelancarannya yang pertama pada tahun 1976. Penggunaan snus di kalangan wanita telah meningkat dengan kemunculan snus bahagian (pada masa ini, 23% daripada semua pengguna bahan sedutan Sweden adalah wanita).


Kesan kesihatan sunting

Hubungan antara merokok dan beberapa bentuk barah dan penyakit kardiovaskular telah lama dibuktikan secara saintifik. Bagi snus ini, terdapat tanda-tanda yang amat kurang terhadap penggunaan biasanya yang dikaitkan dengan kesan kesihatan yang buruk. Pakar telah menganggarkan bahawa risiko relatif snus jauh lebih rendah berbanding menghisap rokok dan oleh itu mereka menganggap ia mengelirukan untuk menyamakan sedutan dan menghisap rokok, seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang.

Penyokong prinsip yang dirujuk sebagai "skadereduktion gällande nikotin" [pengurangan kerosakan daripada nikotin] menyokong sedutan sebagai alternatif yang kurang berbahaya berbanding merokok dan menyentil tembakau.

Kajian menyeluruh yang dilakukan ke atas 300,000 orang pekerja pembinaan Sweden antara tahun 1978 dan 1992 tidak menemui hubungan kait yang dapat disahkan antara snus dan barah rongga mulut atau paru-paru. Kajian yang sama mencapai kesimpulan bahawa pengguna snus lebih berisiko dalam menghidap kanser pankreas. Namun begitu, risiko kesihatan dibandingkan dengan merokok adalah jauh lebih rendah.

Nikotin merangsang terutamanya sistem saraf simpatetik, yang menyebabkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat. Orang yang menghidap tekanan darah tinggi seharusnya tidak mengambil snus. Snus juga tidak harus digunakan oleh wanita yang mengandung.

Lebih banyak laporan yang membimbangkan mengenai bahaya yang disebabkan oleh merokok muncul pada lewat tahun 1960. Penggunaan snus kemudiannya mula berkembang di Sweden selepas hampir disingkirkan oleh persaingan daripada rokok sepanjang abad ke 20.

Penggunaan snus telah meningkat dengan stabil sejak perbuatan merokok diharamkan di dalam restoran di Sweden pada 1 Jun 2005. Sebahagian besar penduduk menyokong pengharaman itu.

Perkadaran kaum lelaki Sweden yang menggunakan snus (19%) pada masa ini adalah lebih rendah daripada perkadaran menghisap rokok (10%). Sweden adalah satu-satunya negara Eropah yang mencapai sasaran yang ditetapkan oleh WHO di mana 20% maksimum penduduk dewasa yang menghisap rokok setiap hari. Ramai yang mempertikaikan bahawa hal ini boleh dijelaskan dengan penggunaan snus secara meluas.

Rancangan TV CBS 60 Minutes melaporkan tentang fenomena snus Sweden.

http://www.cbsnews.com/video/watch/?id=6362540n

Pembuatan sunting

Tembakau dari banyak bahagian yang berlainan di dunia digunakan dalam snus Sweden. Tanpa sebarang pengecualian ia dikeringkan melalui udara (tembakau yang dikeringkan menggunakan asap digunakan sebelum ini tetapi telah dihentikan disebabkan oleh aspek kesihatan yang buruk). Semasa pembuatan, tembakau dicampurkan dengan air, garam, natrium karbonat dan air. Perisa seperti minyak bergamot, minyak mawar, likuoris atau rempah juga ditambahkan.

Perbezaan utama antara snus Sweden dan produk tembakau tanpa asap yang lain adalah snus Sweden tidak ditapai. Snus yang ditapai mengandungi tahap nitrosamina berbahaya jauh lebih tinggi berbanding snus dipasteur Sweden yang dipanaskan.

Snus Sweden dikawal oleh Akta Makanan Sweden. Pengeluaran juga dikawal selia oleh keperluan kualiti di bawah Akta Makanan Sweden. Selain daripada undang-undang mandatori, pengeluar terkemuka – Swedish Match – telah membangunkan standard kualiti yang dikenali sebagai GothiaTek yang mengenakan keperluan yang lebih ketat. Swedish Match adalah peneraju pasaran semasa dengan anggaran 85% pasaran snus Sweden.

Snus serbuk sunting

Snus serbuk adalah bentuk asal snus. Snus dijual dalam bentuk serbuk dalam bekas kecil (kira-kira 40 gram). Pengguna kemudian membentuk bahagian dengan jari dan meletakkannya di bawah bibir atas.

Snus bahagian sunting

Sedutan yang telah dibungkus dahulu dalam uncang kecil yang dibuat daripada bahan yang sama dengan uncang teh kecil juga boleh didapati sejak tahun 1973. Setiap bahagian kecil ini mengandungi kira-kira 1 gram snus. Snus bahagian dijual di dalam bekas yang sama seperti snus serbuk. Setiap bekas mengandungi kira-kira 20-25 bahagian.

Beberapa tahun kebelakangan ini, uncang jenis baru telah semakin diterima. Uncang ini dikenali sebagai "bahagian putih" dan mengandungi snus dengan kelembapan yang lebih rendah. Itu bermakna snus tersebut kurang cenderung untuk masuk ke dalam mulut. Nikotin juga dikeluarkan dalam tempoh yang lebih lama.

Penggunaan sunting

Pada masa ini, snus digunakan dalam negara-negara berikut: • Sweden • Norway • USA • Rusia • Denmark • Kanada • Malaysia • Israel

Tanda dagangan sunting

General – resipi telah dicipta pada tahun 1850 oleh Johan A Boman. Jualan berkembang dengan pesat dan tidak lama selepas itu beliau mengambil alih seluruh kilang untuk memenuhi permintaan. Campurannya masih sama sehingga ke hari ini. Ia mengandungi 22 jenis tembakau dan beberapa titik minyak bergamot. Ia adalah salah satu jenama yang lebih eksklusif dan telah mendominasi pasaran Sweden sejak 1995.

Ettan – snus Sweden moden yang dicipta oleh pemilik kilang tembakau Jacob Fredrik Ljunglöf. Dengan bantuan ahli kimia Jacob Berzelius yang terkenal di dunia, masa operasi telah dikurangkan kepada hanya beberapa hari tetapi yang paling penting, snus tersebut mempunyai perisa yang lebih baik dan boleh dianggap sebagai produk segar, yang bermaksud Jacob Fredrik Ljunglöf telah menjadi seorang yang kaya dengan pantas. Ettan menjadi lebih berjaya apabila anak lelakinya Knut mengambil alih perniagaannya. Knut Ljunglöf menjadi salah seorang yang terkaya pada masa itu dan mempunyai gaya hidup mewah. Pada masa yang sama, beliau telah mendermakan sejumlah wang yang banyak kepada rumah orang miskin Stockholm tanpa diketahui oleh sesiapa. Resipinya untuk snus Ettan dikatakan tidak berubah. Sehingga ke hari ini ia adalah salah satu jenama snus yang mendapat jualan tertinggi di pasaran Sweden.

Selebriti yang menggunakan snus sunting

Slash http://legacy.roadrunnerrecords.com/blabbermouth.net/news.aspx?mode=Article&newsitemID=157877 Mickey Dee (pemain dram Motörhead) Ingvar Kamprad, pengasas empayar perabot Sweden IKEA Stonebridge, DJ yang mendapat pencalonan Grammy di Sweden Mathias Dahlgren, cef Michelin 2 bintang Avicii, DJ berbangsa Sweden (menyimpan setin GR bersebelahan konsol adunannya) http://www.youtube.com/watch?v=hAl-ySjX1YU http://gqcom.blogspot.se/2012/08/10-essentials-avicii.html http://www.spin.com/#articles/snus-control-avicii-on-his-favorite-vice Stellan Skarsgård, pelakon (The Hunt for Red October, Good Will Hunting, Pirates of the Caribbean) Benny Andersson, ABBA (yang membawa snus 3:40 ke dalam klip ini, belakang pentas di Majlis Induksi Rock&Roll Hall of Fame).