Soedarisman Poerwokoesoemo

Soedarisman Poerwokoesoemo (22 Oktober 1913 - tidak diketahui) ialah seorang pejuang kebangsaan Indonesia pra-kemerdekaan, serta Datuk Bandar Yogyakarta antara 22 Julai 1947 dan 20 September 1966.

Dilahirkan di Yogyakarta, Soedarisman belajar di HIS, MULO, AMS B, dan Rechts-Hoogeschool  di Jakarta dan memperoleh ijazah Meester in de Rechten.  Sebelum kemerdekaan, beliau menyertai Jong Java (1928), Indonesia Muda (1930), dan Jawatankuasa Bahasa Indonesia pimpinan Mohammad Hatta (1933), serta menjadi Ketua Angkatan Muda Indonesia Yogyakarta (1945), antara lain.

Selepas kemerdekaan Indonesia, Soedarisman mendirikan Jawatankuasa Nasional Indonesia Daerah Yogyakarta (Ogos 1945), serta juga Institut Pendidikan Tinggi Gadjah Mada yang kemudian menjadi Universiti Gadjah Mada pada bulan November 1945. Beliau turut menjadi Ketua DPRD Haminte Kota Yogyakarta (1947) — sekarang pemerintah kota — dan pada 22 Julai 1947, menjadi Datuk Bandar Yogyakarta sehingga 20 September 1966. Pada 7 Oktober 1958, Soedarisman mendirikan Universiti Janabadra Yogyakarta dan kemudian pada tahun 1978, Hamengkubuwono IX melantiknya sebagai Ketua Kumpulan Undang-undang Kraton Yogyakarta. Salah satu karyanya ialah Kadipaten Pakualaman  yang diterbitkan oleh Percetakan Universiti Gadjah Mada.