Soekarno M. Noer (Ejaan yang Disempurnakan: Sukarno M. Noor; 13 September 1931 – 26 Julai 1986) merupakan seorang pelakon dan penerbit filem Indonesia. Beliau berlakon dalam 118 filem dan drama.

Soekarno M. Noer
Sukarno M. Noor pada 1954
Kelahiran(1931-09-13)13 September 1931
Meninggal dunia26 Julai 1986(1986-07-26) (umur 54)
Tebing Tinggi, Sumatera Utara, Indonesia
PekerjaanPelakon, penerbit filem
Tahun aktif1960–1986
PasanganLily Istiarti
Anak-anak6 (termasuk Rano Karno)

Biografi sunting

Ibu bapanya, M. Noer dan Djanimah, berasal dari Bonjol, Pasaman, Sumatera Barat.[1] Pada tahun 1953, beliau memulakan kerjayanya dalam teater dengan karya Runtuhan. Beliau telah dipilih pelakon terbaik di Festival Filem Indonesia untuk peranan beliau Anakku Jinjang (1960), Dibalik Tjahaja Gemerlapan (1967), dan Kemelut Hidup (1979). Pada tahun 1970, beliau mengasaskan PT Kartika Binaprama tetapi menerbitkan hanya satu tajuk, Honey Money dan Djakarta Fair. Pada tahun 1974, beliau telah dipilih sebagai pengerusi Persatuan Artis Filem Indonesia (Parfi).

Beliau telah berkahwin dengan Mai dan mereka mempunyai enam orang anak. Tiga daripadanya mengikuti jejak langkah beliau dan bergiat aktif dalam bidang lakonan: Rano Karno, Suti Karno dan Tino Karno. beliau dan anak-anaknya menubuhkan Filem Karno yang melancarkan Si Doel Anak Sekolahan.

Beliau meninggal dunia pada 26 Julai 1986 di Tebing Tinggi, Sumatera Utara pada usia 54 tahun.[2][3]

Filemografi sunting

  • Tjorak Dunia (1955)
  • Sri Kustinah (1956)
  • Air Mata Ibu (1957)
  • Tjambuk Api (1958)
  • Korban Fitnah (1959)
  • Istana yang Hilang (1960)
  • Pagar Kawat Berduri (1961)
  • Anak-anak Revolusi (1964)
  • Liburan Seniman (1965)
  • Jampang Mencari Naga Hitam (1969)
  • Si Gondrong (1970)
  • Lewat Tengah Malam (1971)
  • Mama (1972)
  • Lingkaran Setan (1973)
  • Senyum Di Pagi Bulan Desember (1974)
  • Tengkorak Hitam (1978)
  • Oma Irama Santai (1979)

Rujukan sunting

  1. ^ Lambert M Surhone, Mariam T Tennoe, Susan F Henssonow, Soekarno M. Noer, VDM Verlag Dr. Mueller AG & Co. Kg, 2010
  2. ^ "Indonesian actor Sukarno M. Noer dies", The Straits Times, 27 July 1986.
  3. ^ "Pelakon Indonesia Sukarno M. Noor meninggal dunia", Berita Harian, 27 Julai 1986.

Pautan luar sunting