Soh Chin Ann

(Dilencongkan dari Soh Chin Aun)

Datuk Wira Soh Chin Ann DCSM DSIS DIMP AMN (Cina ringkas: 苏进安Cina tradisional: 蘇進安pinyin: Sū Jìn'ān; juga dikenali sebagai Tauke oleh peminatnya; lahir 28 Julai 1950) merupakan pemain legenda bola sepak Malaysia, berasal dari Alor Gajah, Melaka. Chin Ann merupakan rakan seangkatan Allahyarham Mokhtar Dahari dan mendiang R Arumugam.[2][3] FIFA, RSSSF dan IFFHS mengiktiraf Chin Ann selaku pemain paling banyak bermain perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.[4][5][6]

Datuk Wira
Soh Chin Ann
DCSM DSIS DIMP AMN
Maklumat peribadi
Nama penuh Soh Chin Ann
Tarikh lahir (1950-07-28) 28 Julai 1950 (umur 73)
Tempat lahir Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Posisi permainan Pemain pertahanan
Kerjaya remaja
1969 Melaka
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1969–1970 Melaka
1971–1978 Selangor
1979–1985 Melaka
1988 Melaka
Pasukan kebangsaan
1969–1984 Malaysia 195[1] (13)
Pasukan diurus
1989 Melaka
2007 Malaysia B-23 (Pengurus)
2008–2009 Malaysia (Pengurus)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya bola sepak sunting

Soh Chin Ann memulakan karier bola sepaknya bersama Melaka pada 1969. Pada 1971, Chin Ann berpindah ke Selangor dan bermain untuk pasukan itu sehingga tahun 1978. Beliau memenangi enam kejuaraan Piala Malaysia sepanjang bermain untuk Selangor.[7] Beliau kembali ke Melaka pada 1979 dan mengetuai pasukan itu menjuarai saingan liga pada 1983. Pada 1985 beliau digantung selama dua tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia dan hanya kembali bermain pada 1988. Tahun 1988 merupakan tahun terakhir beliau bermain bola sepak di peringkat domestik.[8][9]

Pada usia 19 tahun, Chin Ann telah membuat penampilan senior pertamanya di peringkat antarabangsa dalam kejohanan Piala Raja Thai 1969.[10]

Pada tahun 1971, Chin Ann yang baru berusia 21 tahun ketika itu menjadi pemain termuda Malaysia dalam peringkat kelayakan Sukan Olimpik di Seoul, Korea Selatan. Beliau juga terpilih yang mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. Beliau turut bermain dalam kelayakan Sukan Olimpik 1980 dimana Malaysia berjaya layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Chin Ann bersara dari bola sepak antarabangsa pada 1984. Beliau telah beraksi sebanyak 195 perlawanan untuk skuad bola sepak kebangsaan Malaysia.[11][12][13] Konfederasi Bola Sepak Asia mengiktiraf pencapaian beliau dan memasukkan nama beliau ke dalam AFC Century Club pada bulan Februari 1999.[14][15][16] Pada 3 Ogos 2021, FIFA mengiktiraf Soh Chin Ann selaku pemain yang membuat penampilan (caps) antarabangsa terbanyak dalam perlawanan kategori 'A' dengan mengumpul 195 caps sepanjang 15 tahun menyarung jersi Malaysia.[17]

Selepas bersara dari bermain bola sepak, Chin Ann cuba berjinak-jinak dalam bidang politik dengan bertanding pada Pilihan Raya Parlimen Kota Melaka pada 1986 tetapi tewas dengan jumlah besar 17,606 undi kepada Lim Guan Eng.[18] Pada tahun 2007, Chin Ann dilantik sebagai Pengerusi Pengadil Malaysia pada 13 Mac 2007. Beliau kemudian memegang jawatan selaku pengurus pasukan bola sepak Malaysia pada 2007 sehinngga Februari 2009.

Pada tahun 2016, beliau membuat kemunculan khas dalam filem Ola Bola sebagai Chow Kok Keong, watak berdasarkan dirinya sendiri semasa kempen kelayakan Sukan Olimpik Moscow 1980.

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia[18]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undian Prts Pembangkang Undian Prts Buang undi Majoriti Keluar
1986 Kota Melaka Soh Chin Ann (MCA) 16,967 32.92% Lim Guan Eng (DAP) 34,573 67.08% 52,840 17,606 76.54%

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Selangor
Juara (6): 1971, 1972, 1973, 1975, 1976, 1978
Melaka
Juara: 1983

Antarabangsa sunting

Pingat Gangsa: 1974
Juara (2): 1977, 1979
Juara (4): 1973, 1974, 1976, 1979
  • Kejohanan Ulang Tahun Jakarta
Juara: 1970

Individu sunting

Darjah kebesaran sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Malaysia - Record International Players - RSSSF
  2. ^ Nazri Abu Bakar (4 Disember 2016). "Chin Aun, tauke yang garang tapi tenang". Berita Harian. Dicapai pada 4 Disember 2016.
  3. ^ Zahin Zinal (21 Julai 2017). "Soh Chin Aun Tewas Satu Lawan Satu". Orang Melaka. Dicapai pada 22 Julai 2017.
  4. ^ "FIFA Century Club" (PDF). FIFA. 3 August 2021. Dicapai pada 3 August 2021.
  5. ^ Mamrud, Roberto (30 June 2021). "Soh Chin Ann– Double Century of International Appearances". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2021. Dicapai pada 30 June 2021.
  6. ^ "Soh Chin Ann – International Caps". IFFHS. 10 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 June 2021. Dicapai pada 20 June 2021.
  7. ^ Soh not about to call it quits - The Straits Times, 12 November 1980.
  8. ^ Chin Aun returns as captain - The Straits Times, 29 June 1988.
  9. ^ 'Towkay' poser - The Straits Times, 16 January 1986.
  10. ^ The stars to watch. - New Nation, 21 February 1977.
  11. ^ Players with 100+ Caps and 30+ International Goals
  12. ^ The player with the poise - Singapore Monitor - 2nd Edition, 24 October 1984.
  13. ^ COMMITTED TO THE GAME - Dato' Soh Chin Aun di YouTube Retrieved at 8 May 2011
  14. ^ 14 EX-INTERNATIONALS INDUCTED INTO AFC CENTURY CLUB - BERNAMA, 11 February 1999.
  15. ^ National Library of Singapore.
  16. ^ http://chedinsphere.blogspot.com/2013/02/anugerah-kelab-satu-abad-afc-1999-11hb.html [sumber tak boleh dipercayai?]
  17. ^ Tujuh legenda negara dijulang sebagai anggota Kelab Abad FIFA 3 Ogos 2021, Sinar Harian.
  18. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017. Percentage figures based on total turnout.
  19. ^ "นักฟุตบอลเจ้าของฉายา "กัปตันกระดูกเหล็ก" พล.ต.อำนาจ เฉลิมชวลิต" (dalam bahasa Thai). Siamsport. 2020-03-02. Dicapai pada 2022-05-15.
  20. ^ http://chedinsphere.blogspot.com/2013/02/anugerah-kelab-satu-abad-afc-1999-11hb.html
  21. ^ "OLYMPIC COUNCIL OF MALAYSIA/AWARDS/HALL OF FAME: FULL LIST". MOM. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2020. Dicapai pada 5 January 2022.
  22. ^ "AFC ANNOUNCES HALL OF FAME INDUCTEES". the-afc.com. The Asian Football Confederation. 21 Nov 2014. Dicapai pada 21 Nov 2014.
  23. ^ "From Raja Bola to King James, 'Spiderman' to Safiq - The best Malaysia XI of all time". Goal. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2020. Dicapai pada 30 May 2022.
  24. ^ "IFFHS MEN'S ALL TIME MALAYSIA DREAM TEAM - 123". IFFHS. 17 February 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2022. Dicapai pada 29 May 2022.
  25. ^ "KPN, PTD dahului senarai 695 penerima anugerah kebesaran Melaka". Berita Harian. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
  26. ^ "Tengku Permaisuri Norashikin ketuai senarai". Fuad Hadinata Yaacob. MyMetro. 11 December 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-17. Dicapai pada 17 August 2018.
  27. ^ "Datukship for football legend Mokhtar Dahari" (dalam bahasa English). Utusan. 24 October 2000. Dicapai pada 17 August 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting