Solidarność ([/sɔliˈdarnɔɕt͡ɕ/ , so.li.dar.nosy.ts], "Kesepakatan" atau "Setiakawan/Solidariti/Solidaritas"; nama penuh: Niezależny Samorządny Związek Zawodowy "Solidarność"; [ɲezaˈlɛʐnɨ samɔˈʐɔndnɨ ˈzvjɔ̃zɛk zavɔˈdɔvɨ sɔliˈdarnɔɕt͡ɕ], "Kesatuan Buruh Diperintah Sendiri "Solidariti") ialah sebuah kesatuan buruh dari Poland yang ditubuhkan pada 17 September 1980 di Limbungan Kapal Lenin di bawah pimpinan Lech Wałęsa.[1] Ia merupakan kesatuan perdagangan pertama dalam Pakatan Warsaw yang tidak dipunyai sebarang parti komunis, sepertimana yang lazim di Blok Komunis pada ketika itu.

Pada awal penubuhannya, badan ini bertindak sebagai suatu gerakan sosial anti-birokrat yang menggunakan cara tentangan awam untuk menyuarakan hak-hak buruh dan perubahan sosial[2] sehingga turut mendapat perhatian dan sokongan Gereja Katolik (melalui Pausnya Jan Paweł II) dan Amerika Syarikat (melalui bantuan dana signifikan mencecah 50 juta dolar[3]). Keanggotaan kesatuan ini mencapai sebanyak 10 juta orang pada September 1981[4][5] - sekitar satu pertiga penduduk dalam lingkungan umur boleh bekerja di Poland[6] - sangat menggugat Pemerintah Poland yang bertindak balas melaksanakan darurat tentera di Polandia, yang berlaku dari Desember 1981 hingga Juli 1983 dan dilanjutkan oleh represi politik dari 8 Oktober 1982.

Lama-kelamaan, pihak pemerintah Poland akhirnya berunding dengan Solidarność mengenai syarat-syarat yang dikehendaki dan dipersetujui yang membawa kepada pengadaan suatu pilihan raya separa bebas pada tahun 1989. Suatupakatan pembangkang pimpinan Solidarność memenangi pilihan raya ini lalu membentuk pemerintahan baharu pada Ogos tahun sama, Wałęsa terpilih sebagai Presiden Poland pada September tahun berikut.

Sejarah sunting

Sejak tahun 1990-an, Solidarność menjadi suatu kesatuan buruh yang lebih berkecenderungan liberal; jumlah anggotanya turun hingga hanya berjumlah 680,000 orang pada tahun 2010[5] dan 400.000 pada tahun 2011.[7]

Kepimpinan sunting

Pengerusi sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Guardian newspaper report". The Guardian. 7 Jun 2009. Dicapai pada 22 June 2009.
  2. ^ Aleksander Smolar, '"Self-limiting Revolution": Poland 1970-89', in Adam Roberts and Timothy Garton Ash (eds.), Civil Resistance and Power Politics: The Experience of Non-violent Action from Gandhi to the Present, Oxford University Press, 2009, ISBN 978-0-19-955201-6, pp. 127-43.
  3. ^ Tony Judt (2005). Postwar: A History of Europe Since 1945. The Penguin Press. m/s. 589.
  4. ^ "30 lat po Sierpniu'80: "Solidarność zakładnikiem własnej historii" (dalam bahasa Poland). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2013. Dicapai pada 7 Jun 2011.
  5. ^ a b Sandecki, Maciej; Wąs, Marek (24 Ogos 2010). "Duda za Śniadka?" (dalam bahasa Poland). Gazeta Wyborcza.
  6. ^ "„Solidarność" a systemowe przekształcenia Europy Środkowo-Wschodniej" (dalam bahasa Poland). 7 Ogos 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada |archive-url= requires |archive-date= (bantuan). Dicapai pada 7 Jun 2011.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Wyborcza3 tidak disediakan

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting