Sonakshi Sinha (Sebutan Hindustani: [soːnaːkʂiː sɪnɦaː]; lahir 2 Jun 1987) ialah seorang pelakon dan penyanyi India.[2] Beliau ialah anak perempuan Shatrughan dan Poonam. Selepas bekerja sebagai pereka kostum di awal kerjayanya, Sonakshi membuat penampilan sulungnya dalam filem aksi-drama Dabangg (2010) yang menjadikannya pemenanh Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik.[3]

Sonakshi Sinha
Sinha pada 2014
Kelahiran
Sonakshi Sinha[1]

(1987-06-02) 2 Jun 1987 (umur 36)
Mumbai, Maharashtra, India
Pusat pendidikanUniversitas Wanita SNDT
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Penyanyi rap
Tahun aktif2010–kini
Ibu bapaShatrughan Sinha
Poonam Sinha
SaudaraLuv Sinha (adik)
Kush Sinha (adik)

Sinha telah menjayakan peranan kekasih dari protagonis lelaki dalam beberapa filmem aksi-drama dengan keuntungan tertinggi, termasjk Rowdy Rathore (2012), Son of Sardaar (2012), Dabangg 2 (2012) dan Holiday: A Soldier Is Never Off Duty (2014), meskipun beliau dikritik kerana melakonkan watak yang terhad. Ia meraih pujian kritis dengan melakonkan seorang wanita yang pulih dari tuberkulosis dalam filem drama percintaan Lootera (2013), yang menjadikan beliau menerima pencalonan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik pada 2013.[4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ Roshmila Bhattacharya (20 Mei 2014). "Would love to change my relationship status: Sonakshi Sinha". Times Of India. Dicapai pada 29 Mei 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ Joginder Tuteja (31 Disember 2015). "Sonakshi Sinha Turns Singer-Rapper". The New Indian Express. Dicapai pada 3 Januari 2016.
  3. ^ "Salman Khan hosts an impromptu birthday bash for Sonakshi Sinha" (Mid-Day.com). Mid Day. Dicapai pada 3 Jun 2015.
  4. ^ "Sonakshi Sinha: Year since 'Lootera', appreciation hasn't stopped". The Times of India. 5 Julai 2014. Dicapai pada 28 November 2015.
  5. ^ "Shatrughan Sinha breaks down after watching daughter Sonakshi in Lootera". Dicapai pada 3 Oktober 2014.

Pautan luar sunting