Sos epal merupakan sos yang dibuat daripada epal yang direbus dan dihancurkan. Epal yang dikupas mahupun tidak boleh digunakan dan rempah-rempah yang berbeza atau bahan tambahan seperti kayu manis boleh digunakan. Gula atau sirap jagung fruktosa tinggi kadang-kala ditambahkan ke dalam sos epal untuk membuatnya manis. Sos epal boleh kelihatan kasar, dan boleh termasuk potongan besar epal. Amat mudah dibuat di rumah, dan juga dijual separuh siap di pasar raya sebagai makanan umum atau ringan untuk anak-anak dan orang yang memiliki gigi palsu atau masalah giginya. Orang tua sering memberi makan bayinya dengan sos epal. Makanan ini kadang-kala disarankan untuk menyembuhkan diarhea kerana mempunyai serat yang tinggi.

Semangkuk sos epal