Sosioekonomi ialah kajian hubungan antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial. Jurusan ini sering dianggap pelbagai disiplin, menggunakan teori dan kaedah dari sosiologi, ekonomi, sejarah, psikologi, dan banyak yang lain. Ia telah muncul sebagai suatu bidang kajian berasingan pada lewat kurun kedua puluh. Dalam banyak perkara, bagaimanapun, pakar sosioekonomi tertumpu pada kesan sosial sesetengah jenis perubahan ekonomi. Perubahan tersebut boleh termasuk menutup kilang, manipulasi pasaran, menandatangani perjanjian perdagangan antarabangsa, kawalan gas asli baru, dan sebagainya. Kesan-kesan sosial seperti itu dapat menjadi berlingkungan luas dalam saiz, daripada kesan tempatan pada suatu masyarakat kecil ke perubahan pada keseluruhan masyarakat.

Contoh-contoh kesan sosioekonomi termasuk teknologi baru seperti kereta atau telefon bimbit, perubahan pada undang-undang, perubahan pada alam fizikal (seperti bertambah kesesakan dalam bandar), dan perubahan ekologi (seperti kemarau memanjang atau kemerosotan stok ikan).[perlu rujukan] Ini boleh mempengaruhi corak penggunaan, pembahagian pendapatan dan kekayaan, cara di mana orang berkelakuan (kedua-dua dari segi keputusan pembelian dan cara bagaimana mereka memilih menggunakan waktu mereka), dan kualiti hidup yang keseluruhannya.

Sasaran kajian sosioekonomi umumnya untuk membawa pembangunan sosioekonomi, biasanya dari segi pembaikian dalam metrik seperti KDNK, jangka hayat, celik huruf, kadar pekerjaan, dan sebagainya.[perlu rujukan]

Walaupun lebih sukar diukur, perubahan dalam faktor-faktor kurang ketara juga dipertimbangkan, seperti maruah diri, kebebasan berkesatuan, keselamatan peribadi dan kebebasan dari ketakutan kecederaan fizik, dan takat penyertaan dalam masyarakat sivil.[perlu rujukan]

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting