Soumaoro Kanté (atau Sumanguru Kanté) merupakan raja kepada rakyat Sosso pada abad ke-13. Setelah menakluki Koumbi Saleh, ibu kota kepada bekas Empayar Ghana yang baru jatuh, Soumaoro Kanté terus menjajah beberapa negeri jiran, termasuklah bangsa Mandinka yang kini dinamakan Mali. Tetapi, putera Mandinka, Sundiata Keita mengasaskan kerajaan bercampuran terdiri daripada beberapa kerajaan kecil untuk menentang Soumaoro dalam Pertempuran Kirina (c. 1235.[1]), mengalahkan bangsa Sosso dan menyebabkan Empayar Mali baru Sundiata berkuasa di kawasan tersebut.[2]

Soumaoro Kanté dikisahkan sebagai seorang raja sihir durjana dalam epik kebangsaan Mali, Epik Sundiata. Setelah kekalahannya di Kirina, beliau melarikan diri ke pergunungan Koulikoro, di mana beliau "hilang" selepas diserang dengan satu-satunya senjata yang beliau dapat dicederakan dengan - sebatang anak panah dengan jambul ayam jantan putih. Dalam Epic of Sundiata, Soumaoro Kanté dinyatakan mempunyai sepapan balafon (sejenis xilofon Afrika) dengan ilmu sakti, yang dicuri oleh djeliSundiata Keita, Balafasseke Kouyate, dan dibawa ke orang Mande.[3] Inilah asal-usul tradisi djeli Mande bermain balafon. Balafon Soumaoro Kanté dikatakan disimpan oleh keluarga Kouyate sehingga hari ini di perkampungan Niagassola di Guinea.

Nota sunting

  1. ^ Carruth, Gorton, The encyclopedia of world facts and dates, p 167, 1192 HarperCollins Publishers, 1993,
  2. ^ Stride, G. T & Ifeka, Caroline, Peoples and empires of West Africa: West Africa in history, 1000–1800, Africana Pub. Corp., 1971, p 49
  3. ^ Editor: Senghor, Léopold Sédar, Éthiopiques, Issues 21-24, Grande imprimerie africaine, 1980, p 79

Bibliografi sunting

  • Davidson, Basil. Africa in History. New York: Simon & Schuster, 1995.
  • Charry, Eric. Mande Music: Traditional and Modern Music of the Maninka and Mandinka of Western Africa. Chicago: Pendidikan Chicago dalam Etnomuzikologi, 2000.
  • Carruth, Gorton, The encyclopedia of world facts and dates, ms 167, 1192 Harper Collins Publishers, 1993, ISBN 006270012X
  • Stride, G. T & Ifeka, Caroline, Peoples and empires of West Africa: West Africa in history, 1000–1800, ms 49, Africana Pub. Corp., 1971
  • Editor: Senghor, Léopold Sédar, Éthiopiques, Isu 21-24, Grande imprimerie africaine, 1980, ms 79

Pautan luar sunting