Spaoh sebuah pekan perkampungan Kecil yang terkenal dengan TUGU TERABAI, di kawasan tebingannya ialah sebuah pekan dan daerah kecil di Bahagian Betong, Sarawak, Malaysia. Jumlah penduduknya sekitar 14,890 orang. Di bawah daerah kecil Spaoh ini terdapat perkampungan masyarakat Melayu, Iban dan Cina. Majoriti penduduk di kawasan ini adalah masyarakat iban dan melayu.

Ahli Dewan Undangan Negeri dibawah DUN Bukit Saban: Dato Amar Uggah Embas

Antara kampung yang dihuni masyarakat iban dan Melayu yang terdapat dalam pentadbiran Daerah Kecil Spaoh meliputi rumah panjang paku, rumah panjang Luban, Rumah Panjang Nanga tebalau, Rh Panjang Nanga Jitu, Rumah Panjang di Kawasan Serudit, Rumah Panjang kawasan teberu dan munggu gernis, Kampung Spaoh, Kampung Tanjung Assam,Kampung Buda, Kampung Manggut, Kampung Supa dan Kampung Medang. Kawasan ini popular dengan Pesta Ikan Buntal yang diraikan saban tahun kerana terdapat banyak ikan tersebut ditangkap dan cukup popular dijual di pasar-pasar di pekan Spaoh. Ikan buntal tersebut di jual segar dan ada juga yang dijadikan ikan masin apabila jumlah tangkapannya terlalu banyak.

Sejarah sunting

Spaoh Kecil telah ditubuhkan oleh Orang Cina Hakka Chinese pada tahun 1946. Ketika itu, terdapat empat blok kedai, dengan lapan kedai di setiap blok.

Empat blok kedai ini mengepung Spaoh Wharf.[1] Pada masa ini, bandar Spaoh masih terdiri daripada empat blok kedai ini.

Ekonomi sunting

Bandar ini berkembang pesat pada tahun 1960-an berikutan lonjakan harga getah.[1] Produk getah dihantar keluar dari Spaoh ke Kuching melalui penempatan kecil Pusa. Menjelang 1970-an, ekonomi pekan ini mula merosot akibat persaingan daripada bandar dan penempatan lain terutamanya Bandar Baru Debak. Debak merupakan sebuah bandar terdekat untuk mereka yang tinggal di sekitar Kampung Spaoh untuk mendapatkan pelbagai akses perkhidmatan seperti urusan perbankan, urusan membeli barangan keperluan dan mengisi minyak kenderaan bermotor. Spaoh merupakan sebuah daerah kecil didalam sebaran cakupan ekonomi kawasan Bandar Baru Debak. [1]

  1. ^ a b c less-travelled-towns/ "Spaoh, Debak: Tales of 2 less-travelled towns" Check |url= value (bantuan). The Borneo Post. Dicapai pada 23 Jun 2016.