Speaker Parlimen Singapura

rencana senarai Wikimedia

Speaker Parlimen Singapura adalah pegawai pengerusi sidang Parlimen Republik Singapura.

Speaker Parlimen
Republik Singapura
Penyandang
Tan Chuan-Jin, MP
sejak September 2017
GelaranYang Berhormat (Y.B.) Tuan Speaker (Lelaki)
Puan Speaker (Wanita)
Bidang kuasaSingapura Edit the value on Wikidata
PenamaYang Amat Berhormat Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura
Dilantik olehAhli Ahli Parlimen Singapura
Dengan saranan YAB Perdana Menteri
Tempoh jawatanBagi tempoh setiap parlimen; boleh diperbaharui
Penjawat sulungY.B. Sir George Oehlers
Dibentuk5 Jun 1955
Timbalan/naibY.B. Tuan Timbalan Speaker
GajiS$550,000[1]
Tapak webwww.parliament.gov.sg/speaker-parliament
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Rambut palsu dan gaun istiadat Speaker Parlimen dipamerkan di Parliament House. Speaker akan memakai gaun ini semasa upacara Pembukaan Sidang Parlimen, tetapi pemakaian rambut palsu telah dihentikan pada tahun 1993.

Speaker boleh dilantik dari kalangan bukan Anggota Parlimen atau dari kalangan Anggota yang bukan Menteri atau Setiausaha Parlimen. Jika bukan Anggota Parlimen, sekurangkurangnya beliau mestilah layak di bawah Perlembagaan untuk bertanding sebagai Anggota Parlimen. Speaker mengawal perbahasan dalam Dewan dan menguatkuasakan peraturan yang mengatur perbahasan. Beliau memanggil Anggota untuk berucap. Beliau mencadangkan soalan untuk dibahaskan oleh Dewan dan mengemukakan soalan untuk pengundian oleh Dewan. Speaker adalah penjaga hak istimewa Parlimen. Anggota mengharapkan bimbingannya tentang persoalan amalan dan prosedur dan beliau memutuskan perkara peraturan dan membuat keputusan bila perlu.

Speaker menduduki Kerusinya apabila mempengerusikan sidang Dewan, dan turun mengambil tempat duduk paling kanan di Meja Setiausaha apabila mempengerusikan Jawatankuasa seluruh Dewan. Beliau tidak ikut serta perbahasan dalam Dewan atau Jawatankuasa, tetapi boleh menggunakan hak untuk berkecuali atau mengundi menyokong atau menentang sesuatu usul. Namun, jika dipilih dari kalangan bukan Anggota, beliau tidak boleh mengundi. Speaker tidak memegang undi pemutus. Beliau memegang jawatan sejak dipilih oleh Parlimen hingga sidang pertama Parlimen yang baru.

Senarai Speaker sunting

Senarai Speaker Parlimen tertera di bawah:[2]

# Speaker Tahun Berkhidmat Parti Politik (jika ada)
1 Sir George Oehlers[3] 1955–1963
2 Edmund W. Barker 1963–1964 Parti Tindakan Rakyat
3 A. P. Rajah[4] 1964–1966
4 Punch Coomaraswamy[5] 1966–1970
5 Dr Yeoh Ghim Seng 1970–1989 Parti Tindakan Rakyat
6 Tan Soo Khoon 1989–2002 Parti Tindakan Rakyat
7 Abdullah Tarmugi 2002–2011 Parti Tindakan Rakyat
8 Michael Palmer[6] 2011–2012 Parti Tindakan Rakyat
- Charles Chong (Pemangku) 2012–2013 Parti Tindakan Rakyat
9 Halimah Yacob[7] 2013–2017 Parti Tindakan Rakyat
10 Tan Chuan-Jin 2017–kini Parti Tindakan Rakyat

Senarai Timbalan Speaker sunting

Jadual berikut menyenaraikan Timbalan Speaker Parlimen:[2]

Timbalan Speaker Tahun berkhidmat Parti Politik (jika ada)
R. C. H. Lim 1955–1959
G. Kandasamy 1959–1961
John Mammen 1961–1963
Dr. Fong Kim Heng 1963–1965
Punch Coomaraswamy 1966
Dr Yeoh Ghim Seng 1968–1970 Parti Tindakan Rakyat
Tang See Chim 1972–1981
Hwang Soo Jin 1981–1985
Tan Soo Khoon 1985–1989 Parti Tindakan Rakyat
Lim Boon Heng 1989–1991 Parti Tindakan Rakyat
Abdullah Tarmugi 1989–1993 Parti Tindakan Rakyat
Eugene Yap Giau Cheng 1993–2002 Parti Tindakan Rakyat
Lim Hwee Hua 2002–2004 Parti Tindakan Rakyat
Chew Heng Ching 2002–2006 Parti Tindakan Rakyat
S. Iswaran 2004–2006 Parti Tindakan Rakyat
Indranee Rajah
Matthias Yao Chih
2006–2011 Parti Tindakan Rakyat
Charles Chong[8]
Seah Kian Peng
2011–kini Parti Tindakan Rakyat

Rujukan sunting

  1. ^ "Speaker of Parliament accepts salary recommendations". Asiaone. 16 Januari 2012. Dicapai pada 12 December 2012.
  2. ^ a b Speaker of Parliament, Parlimen Singapur, 18 Oktober 2011.
  3. ^ Joshua Yeong Jia Chia (26 June 2006), Sir George Edward Noel Oehlers, Singapore Infopedia, National Library Board.
  4. ^ Joshua Yeong Jia Chia (28 June 2006), Arumugam Ponnu Rajah, Singapore Infopedia, National Library Board.
  5. ^ Bonny Tan (17 April 1999), Punch Coomaraswamy, Singapore Infopedia, National Library Board.
  6. ^ Elgin Toh (11 October 2011), "Debate in right spirit: Different views should not stop MPs from closing ranks, says newly elected Michael Palmer", The Straits Times, m/s. A6; "Michael Palmer sworn in as House Speaker", Today, m/s. 2, 11 October 2011, diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-11, dicapai pada 2015-09-12.
  7. ^ "Halimah Yacob is Singapore's first woman Speaker of Parliament". Channel Newsasia. 14 January 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-18. Dicapai pada 14 January 2013.
  8. ^ Rachel Chang (18 October 2011), "MPs push for change in Govt–citizen ties: It must boost emotional connection in new landscape, they urge", The Straits Times, m/s. A1 & A4 at A4, Before the debate began, two deputy speakers to assist Speaker Michael Palmer were approved by the House. They are Joo Chiat SMC MP Charles Chong and Marine Parade GRC MP Seah Kian Peng.; Esther Ng (18 October 2011), "President's speech sees robust debate: Opposition asks if Government will 'conspicuously focus' on happiness", Today, m/s. 1, diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-18, dicapai pada 2015-09-12.