Speed Racer (filem)

Speed Racer ialah sebuah filem lakonan langsung tahun 2008 yang diadaptasi dari siri anime Jepun 1960-an Speed Racer. Filem ini dikarang dan diarah oleh Adik-beradik Wachowski yang turut menjadi penerbit bersama. Filem ini telah dibangunkan sejak tahun 1992, banyak bertukar penulis dan pengarah sehingga penerbit Joel Silver dan adik-beradik Wachowski berganding bahu untuk memulakan penerbitan Speed Racer sebagai filem yang sesuai untuk seisi keluarga agar dapat mencapai lebih banyak penonton. Emile Hirsch memegang watak Speed, iaitu wira animasi tersebut, manakala Christina Ricci memainkan watak Trixie, teman wanita Speed. Filem Speed Racer dirakam mulai Jun hingga November 2007 di Potsdam dan Berlin, Jerman dan menelan belanja kira-kira AS$100,000,000.[1] Kebanyakan penggambaran dijalankan di Babelsberg Studios di Potsdam, di mana rakaman dilakukan di hadapan layar hijau sepenuhnya.[2]. Adik-beradik Wachowski juga merakam dalam video definisi tinggi buat julung kalinya, iaitu menggunakan kaedah pelapisan untuk meletakkan latar hadapan dan belakang babak-babak dalam fokus untuk menghasilkan pengalaman anime yang seolah-olah wujud. Para pemasar telah menyediakan mainan dan permainan video bersempena pengeluaran filem ini. Tayangan perdana filem Speed Racer adalah pada 3 Mei 2008 sebagai filem penutup Pesta Filem Tribeca,[3] dan dikeluarkan secara umum pada 9 Mei 2008.

Speed Racer
Theatrical poster
PengarahAndy Wachowski
Larry Wachowski
PenulisAndy Wachowski
Larry Wachowski
Dihasilkan olehJoel Silver
Grant Hill
Andy Wachowski
Larry Wachowski
DibintangiEmile Hirsch
John Goodman
Christina Ricci
Susan Sarandon
Matthew Fox
SinematografiDavid Tattersall
Disunting olehRoger Barton
Zach Staenberg
Muzik olehMichael Giacchino
Diedarkan olehWarner Bros. Pictures
Tarikh tayangan
Malaysia 8 Mei 2008
Amerika Syarikat 9 Mei 2008
Masa tayangan
135 min.
Negara Amerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$100 million

Sinopsis sunting

 
Hirsch dan Ricci di tayangan perdana Pesta Filem Tribeca.

Speed Racer (Emile Hirsch) ialah seorang pemuda yang mempunyai naluri berlumba semula jadi yang hendak memenangi The Crucible, iaitu rali lumba kereta merentas desa yang pernah meragut nyawa abangnya, Rex Racer (Scott Porter). Speed setia kepada perniagaan keluarga yang dikendali ibu bapanya Pops (John Goodman) dan Mom (Susan Sarandon). Pops mereka bentuk kereta Speed, iaitu Mach 5. Pemilik Royalton Industries (Roger Allam) menyediakan tawaran lumayan kepada Speed, tetapi Speed menolaknya lalu memarahkan pemilik itu. Speed turut membongkar satu rahsia bahawa kepentingan korporat terbesar, termasuklah Royalton, mengatur perlumbaan dan menipu untuk mengaut untung semata-mata. Oleh sebab tawaran kepada Speed gagal, Royalton hendak memastikan Speed tidak menang mana-mana perlumbaan. Speed meraih sokonhan dari orang tuanya dan teman wanitanya Trixie (Christina Ricci) lalu menyertai The Crucible sambil bekerjasama dengan lawannya, Racer X (Matthew Fox), dengan tujuan menyelamatkan perniagaan keluarganya dan persada sukan lumba kereta.[4]

Barisan pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Box office / business for Speed Racer, dicapai pada 8 Mei 2008
  2. ^ Filming locations for Speed Racer, dicapai pada 8 Mei 2008
  3. ^ Winter Miller (2008-04-03). "'Speed Racer' to close Tribeca". Variety. Dicapai pada 2008-04-03. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ a b "Speed Racer Details Released". Sci Fi Wire. 2007-06-05. Dicapai pada 2007-06-06. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ a b Ben Lyons (2007-05-11). "Extreme Sneak Peek: Speed Racer Is Cast, Gassed Up and Ready to Go Go Go!". E!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-05-12. Check date values in: |date= (bantuan)
  6. ^ Filip Vukcevic (2007-09-17). "Exclusive: Hirsch Talks Speed Racer". IGN. Dicapai pada 2007-09-17. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ a b c d e f g h "Speed Racer - Bios". Warner Bros. Dicapai pada 2007-06-08.
  8. ^ Stacy Dodd (2007-06-03). "Scott Porter". Variety. Dicapai pada 2007-06-04. Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ Shawn Adler (2008-03-31). "Keanu Reeves Says He Turned Down 'Watchmen' And 'Speed Racer' Roles". MTV. Dicapai pada 2008-08-31. Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ Stacy Dodd (2007-07-11). "Nayo Wallace". Variety. Dicapai pada 2007-07-13. Check date values in: |date= (bantuan)
  11. ^ "Rain to star in Hollywood film". Korea Times. 2007-05-16. Dicapai pada 2007-05-17. Check date values in: |date= (bantuan)
  12. ^ "Tuya' actress to join Hollywood action film". East Day. 2007-06-28. Dicapai pada 2007-07-07. Check date values in: |date= (bantuan)
  13. ^ Borys Kit (2007-07-02). "Roundtree is fast friend of 'Speed'". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-05. Dicapai pada 2007-07-02. Check date values in: |date= (bantuan)
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan lohan tidak disediakan
  15. ^ Jeannette Walls (2007-07-02). "PETA not monkeying around with 'Speed Racer'". MSNBC. Dicapai pada 2007-07-03. Check date values in: |date= (bantuan)
  16. ^ Edward Douglas (2007-06-19). "Melvil Poupaud on His Speed Racer Role". ComingSoon.net. Dicapai pada 2007-06-20. Check date values in: |date= (bantuan)
  17. ^ Stacy Dodd (2007-07-08). "Christian Oliver". Variety. Dicapai pada 2007-07-09. Check date values in: |date= (bantuan)
  18. ^ "INDYCAR'S MILKA DUNO HEADS TO BERLIN FOR ROLE IN WARNER BROS.' "SPEED RACER" MOVIE". MilkaDuno.com. 2007-08-09. Dicapai pada 2007-08-10. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar sunting