Spektroskopi /spɛkˈtrɒskəpi/ boleh ditakrifkan sebagai bidang yang mengkaji interaksi antara gelombang elektromagnet dengan jirim. Melalui interaksi sedemikian, seseorang akan berupaya menentukan struktur jirim itu terutamanya struktur molekul. Terdapat beberapa jenis spektroskopi molekul hasil daripada interaksi antara sebahagian spektrum gelombang elektromagnet yang tertentu dan tenaga dalaman yang berbeza di dalam suatu molekul.

Sebaran cahaya apabila ia merentasi prisma sebagai contoh spektroskopi
Animasi sebaran cahaya apabila ia merentasi prisma

Spektroskopi pada asalnya merupakan satu kajian bagi interaksi antara sinaran dan jirim sebagai fungsi panjang gelombang (λ). Malah, mengikut sejarah, spektroskopi merujuk kepada penggunaan cahaya tampak yang disebarkan mengikut panjang gelombang, cth. prisma. Kemudian, konsep tersebut dikembangkan dengan meluas untuk melakukan sebarang pengukuran bagi kuantiti sebagai fungsi panjang gelombang atau frekuensi. Maka, ia juga merujuk kepada tindak balas kepada medan atau frekuensi yang berubah (ν). Yang lain juga melibatkan tenaga (E) sebagai pemboleh ubah, iaitu apabila hubungan yang paling rapat bagi foton iaitu E=hν disedari. Plot tindak balas sebagai fungsi panjang gelombang - atau biasanya frekuensi - juga dirujuk sebagai spektrum; juga garis lebar spektrum.

Spektrometri pula merupakan teknik spektroskopi yang digunakan untuk menilai kepekatan atau jumlah sesuatu spesis. Dalam kes tersebut, peralatan yang melakukan pengukuran ialah spektrometer atau spektrograf.

Spektroskopi/spektrometri sering digunakan dalam kimia fizik dan analisis untuk pengenalpastian bahan melalui spektrum yang dipancar atau diserap.

Spektroskopi/spektrometri juga banyak digunakan dalam astronomi dan penderiaan jarak jauh. Kebanyakan teleskop mempunyai spektrometer, yang digunakan sama ada untuk mengukur juzuk kimia dan ciri fizikal bagi objek astronomi atau untuk mengukur halaju mereka melalui anjakan Doppler dalam garis spektrum.

Spektroskopi Bahasa Inggeris Singkatan (jika ada) Sasaran Bentuk interaksi Frekuensi gelombang / Hz
1 Resonans magnetik nuklear Nuclear Magnetic Resonance NMR Nukleus Perubahan putaran 106 - 108
2 Resonans putaran elektron Electron Spin Spectroscopy ESR Elektron Perubahan putaran 108-1010
3 Gelombang mikro Microwave - Molekul Orientasi atom 1010-1012
4 Inframerah Infra-Red Spectroscopy IR-Spectroscopy Molekul Ayunan dan getaran dalam molekul 1012-1014
5 Ultraungu-nampak UltraViolet-Visible Spectroscopy UV-Vis Spectroscopy Elektron Peralihan elektron 1014-1016
6 Sinar-X X-ray - Molekul Susunan atom dan molekul 1016-1018

Aplikasi sunting

 
UVES adalah spektograf resolusi tinggi pada Teleskop Sangat Besar.[1]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ "Media advisory: Press Conference to Announce Major Result from Brazilian Astronomers". ESO Announcement. Dicapai pada 21 August 2013.
  2. ^ Wang, Xiping; Wacker, James P. (2006). "Using NIR Spectroscopy to Predict Weathered Wood Exposure Times" (PDF). WTCE 2006 – 9th world conference on timber engineering.