SriLankan Airlines

SriLankan Airlines (dipasarkan sebagai SriLankan) adalah pengangkutan kebangsaan Sri Lanka dan ahli perikatan syarikat penerbangan Oneworld. Syarikat penerbangan ini kini merupakan syarikat penerbangan terbesar di Sri Lanka dengan bilangan pesawat dan destinasi. Ianya telah dilancarkan pada tahun 1979 sebagai Air Lanka berikutan penamatan operasi pengangkutan kebangsaan yang asal di Sri Lanka iaitu Air Ceylon.

SriLankan Airlines
Syarikat Penerbangan SriLankan
ශ්‍රී ලංකන් ගුවන් සේවය
இலங்கை விமான சேவை
IATA ICAO Pengenal
UL ALK SRILANKAN
Ditubuhkan1 September 1979; 44 tahun yang lalu (1979-09-01) (sebagai Air Lanka)[1]
Bermula operasi1998; 26 tahun yang lalu (1998)
HabLapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike (Colombo)
Program kesetiaanFlySmiLes
PerikatanOneworld
Subsidiari
  • Sri Lankan Catering[2]
  • Sri Lankan Holidays[3]
  • Sri Lankan Engineering (MRO)[4]
  • Sri Lankan Ground Service[5]
  • Sri Lankan Aviation College[6]
  • Sri Lankan Cares[7]
Pesawat27[8]
24 (jumlah keseluruhan armada untuk semasa)
Destinasi 116[9]

71 (jumlah keseluruhan destinasi)
50 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan) 43[10]
Syarikat indukAviation Board
Ibu pejabatSri Lanka Pusat Penerbangan
Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, Katunayake, Sri Lanka[11]
Orang pentingRanjith Fernando (Ketua Pengerusi)
Suren Ratwatte (CEO)
Ashok Pathirage (Chairman)
Vipula Gunatilleka (CEO)
Pendapatan LKR (Rs 183.531 bilion) (2019)[12][13]
Pendapatan operasi (negatif) LKR −5.167 (Rs −5.167 bilion) (2019)[14]
Keuntungan LKR −44.131 (Rs −44.131 bilion) (2019)[15]
Jumlah aset LKR (Rs 186.428 bilion) (2019)[16]
Jumlah ekuiti LKR −261.173 (Rs −261.173 bilion) (2019)[17]
Pekerja 6,693(2019)[18]
Laman webwww.srilankan.com/en_uk/lk
www.srilankan.com/si_lk/lk
www.srilankan.com/ta_lk/lk

Syarikat penerbangan ini beroperasi ke 43 destinasi dari hab utamanya yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike berhampiran Colombo;[19][20] ibu pejabat syarikat penerbangan ini juga berada di lapangan terbang. SriLankan Airlines menyertai perikatan syarikat penerbangan Oneworld pada 1 Mei 2014.[21]

Status Syarikat dalam Pakatan Oneworld sunting

  • Ahli Penuh

Tarikh Bergabung sunting

  • 1 Mei 2014; 9 tahun yang lalu (2014-05-01) [22]

Data Kod sunting

  • Kod IATA : UL
  • Kod ICAO : ALK
  • Panggilan: SRILANKAN

Slogan Syarikat Penerbangan sunting

  • You're Our World (Anda Ialah Dunia Kita)

Am / Perihal sunting

SriLankan Airlines (diperniagakan sebagai SriLankan) ialah Syarikat penerbangan pembawa Bendera dari Sri Lanka dan merupakan ahli kepada Perikatan penerbangan Oneworld. Ia kini merupakan syarikat penerbangan terbesar di Sri Lanka berdasarkan jumlah pesawat dan destinasi dan dilancarkan pada tahun 1979 sebagai Air Lanka berikutan penamatan operasi syarikat induk Sri Lanka yang asal Air Ceylon. Selepas pemerolehan sebahagiannya pada tahun 1998 oleh Syarikat Penerbangan Emirates, ia telah dijenamakan semula dan livery semasa diperkenalkan. Pada tahun 2008, kerajaan Sri Lanka memperoleh semua saham syarikat penerbangan dari Syarikat Penerbangan Emirates.[23] selepas menamatkan perkongsian dengan Syarikat Penerbangan Emirates, syarikat Penerbangan SriLankan Airlines mengekalkan Nama dan Logo yang telah dijenamakan semula.[24] SriLankan Airlines mengoperasikan lebih dari 560 penerbangan per minggu di rantau Asia.

syarikat penerbangan SriLankan Airlines mengoperasikan 113 destinasi di 51 negara (termasuk destinasi dalam operasi perkongsian kod) dari Hab utama iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike Colombo dekat Bandar Colombo. Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines bergabung kepada perikatan Oneworld pada Tarikh 1 May 2014.[25][26]

Alamat ibu pejabat SriLankan Airlines sunting

  •   Airline Centre,Bandaranaike International Airport, Katunayake, Sri Lanka [27]

Peta Hab sunting

Hab SriLankan Airlines sunting

Ralat Lua pada baris 143 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/Sri Lanka" does not exist.

Sejarah sunting

Air Lanka sunting

 
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Air Lanka dengan armada siri Lockheed L-1011 TriStar di Lapangan Terbang Kebangsaan Brussels.

Syarikat Penerbangan Air Lanka ditubuhkan sebagai kapal induk pembawa Bendera Nasional Sri Lanka selepas pemerintah Sri Lanka menutup Syarikat Penerbangan yang telah bankrap iaitu Syarikat Penerbangan Air Ceylon.[28] Armada awal Syarikat Penerbangan Air Lanka terdiri daripada dua buah pesawat dengan siri Boeing 707, disewa dari Syarikat Penerbangan Singapore Airlines. Satu Boeing 737 disewa dari Syarikat Penerbangan Maersk Air dan dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Air Tara. Pada Tarikh 24 April 1980, pajakan berakhir; Syarikat Penerbangan Air Lanka menerima pengganti Armada siri Boeing 737 yang disewa dari Penerbangan DiRaja Brunei. Pada Tarikh 1 November 1980, Syarikat Penerbangan Air Lanka memulakan operasi seluruh armada yang disewa iaitu Lockheed L1011-1 Tristar dari Syarikat Penerbangan Air Canada.

Pada Tarikh 15 April 1982, Syarikat Penerbangan Air Lanka membeli Tristar L1011 dari Syarikat Penerbangan All Nippon Airways. Dengan pengenalan pesawat Tristar, pesawat Boeing 707 telahpun dihapuskan. Kemudian L1011 lain disewa dari Syarikat Penerbangan Air Canada sementara yang ketiga dibeli dari Syarikat Penerbangan All Nippon Airways. Pada Tarikh 1 Mei 1982, HAECO mengambil alih penyelenggaraan dua Tristar milik Syarikat Penerbangan Air Lanka, sementara Syarikat Penerbangan Air Canada mengekalkan dua buah Pesawat siri Tristar yang disewa.

Pada Tarikh 28 Mac 1980, Syarikat Penerbangan Air Lanka menandatangani perjanjian pembelian untuk dua jenama armada Pesawat yang baharu yang siri Lockheed L1011-500 Tristars, pesawat badan lebar paling maju di dunia pada masa itu. Lockheed L1011-500 pertama dengan Nombor Pendaftaran iaitu (4R-ULA) diterima pada Tarikh 26 Ogos 1982, di Palmdale, California. Ia diterbangkan ke Amsterdam sebagai penerbangan UL 566P. Pada 28 Ogos, 4R-ULA City of Colombo berlepas untuk penerbangan perdana dari Amsterdam ke Colombo sebagai Penerbangan UL566. Ia tiba di Colombo pada 29 Ogos. Ini diikuti oleh Lockheed L1011-500 kedua, dengan Nombor Pendaftaran iaitu (4R-ULB), Bandar Jayawardanapura. Pada Tarikh 8 Jun 1984 syarikat penerbangan menerima Pesawat siri Boeing 747-200B yang pertama Raja Vijaya dan yang kedua bergabung kemudian. Pesawat ini digunakan untuk penerbangan ke Benua Eropah dan beberapa penerbangan ke Rantau Asia Tenggara.

Penjenamaan Semula sunting

 
Sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines, dengan siri A340-300 yang kini telah Bersara.

syarikat penerbangan Air Lanka, yang dimiliki oleh kerajaan, diswastakan sebagian pada tahun 1998, dengan pelaburan oleh Kumpulan Emirates - yang berpusat di Bandaraya Dubai, ketika Emirates dan pemerintah Sri Lanka menandatangani perjanjian untuk - perkongsian strategik dengan masa sepuluh tahun. Perjanjian ini merangkumi hak eksklusif untuk semua pengendalian darat pesawat dan katering syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike Colombo, selama sepuluh tahun. Emirates juga membeli sebanyak 40% saham Syarikat Penerbangan dengan bernilai AS $ 70 juta (yang kemudian meningkat menjadi 43.6%) di Syarikat Penerbangan Air Lanka dan berusaha untuk memperbaiki imej dan armada syarikat penerbangan itu. Kerajaan mengekalkan kepentingan majoriti dalam syarikat penerbangan itu tetapi memberikan kawalan penuh kepada Emirates untuk keputusan pelaburan dan pengurusan. Pada tahun 1998, Syarikat Penerbangan Air Lanka menjenamakan semula kepada SriLankan Airlines.[29]

Syarikat Penerbangan SriLankan memperoleh 6 buah Pesawat siri Airbus A330-200, untuk melengkapkan armada pesawat Airbus A340-300 dan A320-200. Pesawat A330-200 bergabung dengan syarikat penerbangan antara Oktober 1999 dan Julai 2000. dengan Armada siri A340-300 yang keempat telah tiba di Colombo, yang dicat dengan warna korporat baharu kepada syarikat penerbangan itu. Syarikat Penerbangan SriLankan meningkatkan (menaik taraf) armada A340 yang ada menjadi konfigurasi dua kelas (kelas perniagaan dan ekonomi) sambil memperbaiki bahagian dalaman untuk mencerminkan imej korporat baharu.

Syarikat penerbangan itu secara beransur-ansur meningkatkan bilangan destinasi dengan penambahan lebih banyak untuk pasaran serantau, terutamanya India dan (Asia Barat) Timur Tengah. Sementara terus berkembang di rantau ini, Syarikat Penerbangan SriLankan mulai terbang ke Jeddah, yang menjadi destinasi ketiga di Arab Saudi, selepas Riyadh dan Dammam, sehingga meningkatkan jumlah destinasi di Timur Tengah menjadi sembilan. Jeddah menjadi destinasi ke-51 syarikat penerbangan ini secara keseluruhan.

Pada tahun 2008, Emirates memberitahu Pemerintah Sri Lanka bahawa ia tidak akan memperbaharui kontrak pengurusannya,[30] yang kemudian tamat pada Tarikh 31 Mac 2008. Ia mendakwa bahawa Kerajaan Sri Lanka meminta kawalan yang lebih besar terhadap pengurusan syarikat penerbangan sehari-hari.[31][32] Emirates menjual sebanyak 43.63% kepentingannya dalam syarikat penerbangan itu kepada Kerajaan Sri Lanka dalam perjanjian yang dimuktamadkan pada tahun 2010, sehingga mengakhiri setiap hubungan yang dimiliki kedua-dua syarikat penerbangan itu antara satu sama lain.[33][34]

Era Moden sunting

 
sebuah Pesawat dengan siri DHC-6 Twin Otter (pesawat mengapung) digunakan sebagai sebahagian perkhidmatan teksi udara Syarikat Penerbangan SriLankan.

Pada tahun 2008 ketika Emirates menarik diri, keuntungan Syarikat Penerbangan SriLankan yang terkumpul ialah sebanyak Rs. 9.288 bilion pada tahun kewangan tersebut. Dari tahun 2008 hingga 2015, ketika pentadbiran kerajaan menjalankannya, kerugian selama tujuh tahun ialah Rs. 128.238 bilion (AS$ 875 juta).[35][36][37][38]

Selepas pertukaran hak milik, Syarikat Penerbangan SriLankan mengambil keputusan untuk mempromosikan Colombo sebagai hab penerbangan ke Rantau Asia.[39] Destinasi pertama dalam rancangan pengembangan SriLankan ialah Shanghai; laluan tersebut dimulakan pada Tarikh 1 Julai 2010.[40] Syarikat penerbangan itu memulakan penerbangan ke Guangzhou pada Tarikh 28 Januari 2011.[41][42]

Syarikat Penerbangan SriLankan bergabung ke Perikatan Oneworld pada Tarikh 1 Mei 2014. Pada tahun 2014 ia mula memperbaharui dan meningkatkan armadanya, dengan pembelian Pesawat Airbus dengan siri A330 & A350. Pada masa ini, Syarikat Penerbangan SriLankan mengoperasikan armada semua Airbus kecuali perkhidmatan Teksi udara yang telah dihentikan.[43][44] Syarikat Penerbangan SriLankan menghentikan Operasi armada Pesawat yang terakhir iaitu yang bersiri Airbus A340-300 pada Tarikh 7 Januari 2016 dengan penerbangan terakhir yang dijadualkan dari Chennai ke Colombo.

Syarikat penerbangan itu menamatkan tiga laluan ke Benua Eropah - Frankfurt, Paris dan Rom - pada akhir 2016.

Syarikat penerbangan itu menyerap operasi syarikat penerbangan bersama Mihin Lanka pada bulan Oktober 2016, dalam usaha untuk mewujudkan satu syarikat penerbangan nasional yang lebih kuat untuk Sri Lanka. Oleh itu, syarikat penerbangan SriLankan mengambil alih dua pesawat Mihin Lanka dan menyerap semua rangkaian laluannya. Langkah ini menambah sepuluh destinasi baharu ke rangkaian laluan bagi Syarikat penerbangan SriLankan.

Pada bulan Oktober 2017, Syarikat Penerbangan SriLankan melancarkan penerbangan langsung tanpa henti ke Melbourne, Australia, dengan kekerapan harian, laluan itu ialah laluan jarak jauh baharu yang pertama dalam lebih lima tahun dan pengembangan paling bercita-cita tinggi untuk setakat ini. Penerbangan dengan laluan itu, merupakan Penerbangan mengembalikan hubungan penerbangan langsung biasa antara Australia dan Sri Lanka selepas ketinggalan selama 16 tahun.[45]

Syarikat Penerbangan SriLankan Airline telah beroperasi semasa Pandemik COVID-19 membawa kargo dan mengendalikan penerbangan bantuan. Pada Tarikh 1 Februari 2020, ia melakukan penerbangan bantuan keluar dari Bandar Wuhan, Republik Rakyat China.[46]

Syarikat Penerbangan SriLankan telah mencatatkan kerugian (Loss) sebanyak 36.3 bilion rupee Sri Lanka hingga Ogos 2020 dan kerajaan telah meluluskan pakej persaraan sukarela kepada 560 pekerja dengan kos sebanyak 1.46 bilion rupee Sri Lanka.[47]

Urusan Korporat sunting

Ibu pejabat syarikat itu berada di Airline Center, Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike Colombo, Katunayake.[48]

Liveri (Cat Warna) sunting

Cat Warna awal terdiri daripada jalur merah pada badan pesawat putih. Ekornya berwarna merah padat dan memakai logo korporat, vimana yang bergaya yang dikenali sebagai "Dandu Monara" (Tamil: டண்டு மோனரா) (Pesawat Terbang Merak) Raja Ravana dari "Lanka" kuno, Ravana.[49] mengikut mitologi "Ramayana" yang terkenal. Lima (5) 'bulu ekor' mewakili "Lima Ajaran" (Pancha Seela) dari Buddhisme dan tiga (3) 'bulu mahkota' mewakili "Permata Tiga Kali" (Buddha, Dhamma, Sangha) dalam Buddhisme. Warna merah mencerminkan warna yang dominan dalam bendera kebangsaan Sri Lanka yang mewakili kaum majoriti di negara ini, Singhalese. Logo yang bermakna ini direka oleh Encik Shantha Saparamadu, bekas pengiklanan Ceylinco. Ini adalah satu-satunya syarikat penerbangan selama hampir dua dekad, dari Januari 1979 hingga Oktober 1998.

Selepas Air Lanka memulakan perkongsian selama satu dekad dengan Syarikat penerbangan Emirates, nama itu ditukar menjadi Sri Lankan Airlines; warna itu diubah menjadi yang lebih sederhana, dengan badan pesawat putih, ditutupi dengan warna bitu dengan gelaran 'Sri Lanka', dan ekornya dihiasi dengan logo korporat baharu.

Pada bulan Mei 2014, Airbus A330 & keluarga Airbus A320 dalam liveri khas Oneworld khas dihantar untuk memperingati penubuhan syarikat penerbangan itu sebagai ahli Oneworld. Pesawat yang baru dihantar dihiasi dengan bentuk warna yang direka semula dengan slogan biru bawah yang mempromosikan Sri Lanka sebagai destinasi pelancongan.

Anak Syarikat sunting

SriLankan Catering ialah anak syarikat milik penuh kepada Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines, yang menyediakan perkhidmatan katering penerbangan kepada semua syarikat penerbangan yang melayani Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike Colombo.

Perniagaannya yang lain termasuk penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan dan baik pulih pesawat,[50] perkhidmatan pengendalian darat,[51] pakej produk percutian,[52] latihan penerbangan [53] serta perkhidmatan IT.

Destinasi sunting

 
peta destinasi SriLankan Airlines.

SriLankan kini mengendalikan rangkaian dalam talian sebanyak 43 destinasi dan codeshare dengan syarikat penerbangan yang lain untuk memberikan perkhidmatan kepada sejumlah 105 bandar di 47 negara. Perkongsian interline dan keahlian dalam perikatan oneworld membolehkan syarikat ini menawarkan penumpang kepada sambungan ke lebih 1,000 bandar di 160 negara.

SriLankan kini merupakan perkhidmatan operasi syarikat penerbangan asing terbesar ke India, dari segi destinasi dengan menawarkan ke 14 bandar raya. Ianya juga merupakan syarikat penerbangan asing terbesar ke Maldives yang berkhidmat ke 2 bandar raya.

Destinasi Kargo SriLankan sunting

Kargo SriLankan mengendalikan perkhidmatan kargo khusus di laluan berikut:

  • Colombo – Bangalore
  • Colombo – Chennai
  • Colombo – Chittagong – Bandar Ho Chi Minh – Colombo
  • Colombo – Lahore – Dhaka – Colombo
  • Colombo – Malé
  • Colombo – Mumbai
  • Colombo – Visakhapatnam
  • Colombo – Trivandrum
  • Colombo – Kochi
  • Colombo – Gan (Bandar Addu)

Persetujuan Perkongsian Kod sunting

SriLankan Airlines telah membuat persetujuan perkongsian kod dengan syarikat penerbangan berikut:[54]

Destinasi (Versi Lain) sunting

Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines kini mengendalikan rangkaian dalam talian 40 destinasi dan perkongsian kod dengan syarikat penerbangan lain untuk menyediakan perkhidmatan ke sejumlah 42 bandar di 20 negara. Kemitraan antara syarikat dan keahlian dalam perikatan Oneworld membolehkannya memberikan penumpang hubungan dengan lebih dari 1,000 bandar di 160 negara.

Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines kini merupakan perkhidmatan operasi syarikat penerbangan asing terbesar ke India, dari segi destinasi, yang melayani 14 bandar. Ia juga merupakan syarikat penerbangan asing terbesar ke Maldives, yang melayani 2 bandar.

Perikatan sunting

Pada Tarikh 11 Jun 2012, Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines diumumkan sebagai ahli Oneworld yang terpilih, di luar Sidang Kemuncak Pengangkutan Udara Dunia IATA di Beijing. Cathay Pacific melayani Syarikat Penerbangan Sri Lankan Airlines sebagai penaja melalui program pelaksanaan perikatannya. Pelaksanaan keahliannya mengambil masa lebih kurang 18 bulan.[56] SriLankan Airlines bergabung dengan perikatan penerbangan Oneworld pada Tarikh 1 Mei 2014 sebagai syarikat penerbangan pertama dari Anak Benua India (Asia Selatan).[57]

Perjanjian Perkongsian Kod sunting

Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines memiliki Perjanjian Perkongsian Kod dengan syarikat penerbangan berikut:[58][59]

Perjanjian Antara Talian sunting

Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines mempunyai perjanjian antara talian dengan syarikat penerbangan berikut:[60][61]

Armada (Versi Lain) sunting

Armada Terkini sunting

 
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan SriLankan dengan armada siri Airbus A320neo
 
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan SriLankan dengan armada siri Airbus A321neo
 
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan SriLankan dengan armada siri Airbus A330-300

Setakat September 2020, armada Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines terdiri daripada pesawat berikut:[62][63][64][65][66]

Armada Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines
Pesawat Dalam Perkhidmatan Tempahan Penumpang Nota
B E Total
Airbus A320-200 5 __ 16 120 136 4R-ABO dicat dengan liveri (cat warna) Oneworld.
12 138 150
12 150 162
Airbus A320neo 2 12 138 150
Airbus A321-200 1 16 153 169
Airbus A321neo 4 2 12 176 188
Airbus A330-200 4 18 251 269 4R-ALH dicat dengan liveri (cat warna) Oneworld.[67]Akan dihentikan pada akhir tahun 2022, dengan beberapa ada disewa dari Air Belgium [68].
252 270
256 274
Airbus A330-300 7 28 269 297
Airbus A330-900neo 2 TBA
Airbus A350-900 4 TBA Penghantaran ditangguhkan dikeranakan Pandemik COVID-19[69]
Armada Kargo
Airbus A330-200P2F 1 Cargo Diubah dari Pesawat Penumpang dengan armada siri Airbus A330-200 (4R-ALS).[perlu rujukan][[:]]
Total 24 8

Armada Bekas sunting

Armada Bekas Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines
Pesawat Armada Tahun Diperkenalkan Tahun Bersara
Airbus A300B4 1 2000 2000
Airbus A319-100 1 2016 2016
Airbus A330-200 2 2000 2020
Airbus A340-300 7 1994 2016
Boeing 707-320 3 1979 1983
Boeing 737-200 6 1980 1995
Boeing 737-300 1 1992 1992
Boeing 747-200 2 1984 1987
Boeing 767-300ER 1 2010 2010
Lockheed L-1011 TriStar 19 1980 2000

Perkembangan Armada sunting

Syarikat penerbangan itu menerima pesawat siri Airbus pertamanya pada tahun 1992, Airbus A320-200 mula terbang ke laluan wilayah syarikat penerbangan di Maldives, Pakistan dan selatan India. Airbus A340-300 dihantar pada tahun 1994. Syarikat penerbangan itu ialah yang pertama di Asia yang menggunakan A340. Pesawat Airbus A330-200 dihantar kemudian

Pada tahun 2012, Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines bertujuan untuk meningkatkan armadanya menjadi 35 pesawat selama lima tahun ke depan, dan telah mengadakan perbincangan dengan Airbus dan Boeing mengenai perjanjian tersebut.[70] Bekas Ketua Pegawai Eksekutif SriLankan Kapila Chandrasena menyatakan bahawa syarikat penerbangan itu ingin menambah pesawat Airbus A330-300, Boeing 787-8 atau Boeing 777-300ER ke armada untuk menggantikan Armada siri Airbus A340-300, dengan penghantaran bermula pada 2013-2014.[71][72]

Pada bulan April 2013, diumumkan bahawa Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines telah mendapat persetujuan kerajaan untuk memperoleh sebanyak empat Airbus A350-900 dan tujuh pesawat A330-300, dengan penghantaran A330-300 mulai Oktober 2014.[73][74] Penghantaran untuk pesawat A350-900 yang ditempah akan bermula pada tahun 2019. Tiga lagi Airbus A350-900 disewa, dengan penghantaran pesawat ini (A350-900) bermula pada tahun 2017.[75]

SriLankan menghentikan operasi Pesawat siri Airbus A340-300 yang terakhir pada Tarikh 7 Januari 2016, lalu diganti dengan A330-300 dan A350-900 yang akan datang.[76] Pada Januari 2016, pembinaan Airbus A350-900 yang pertama kepada syarikat penerbangan telah dimulakan.[77] Pada Tarikh 23 Februari 2015, Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines menyelesaikan perjanjian dengan Air Lease Corporation dan AerCap untuk memperoleh dua pesawat dengan armada siri Airbus A321neo, satu dari setiap syarikat penyewaan.[78]

Pada Tarikh 10 Mei 2016, kerana masalah kewangan, syarikat penerbangan itu mengumumkan akan membatalkan tempahan lapan pesawat A350. Sehingga Disember 2019, keempat pesawat Airbus A350-900 masih dalam buku tempahan bulanan Airbus, dan belum dibatalkan atau ditukarkan pesanan menjadi A330-900.[79][80]

Pada bulan April 2021, Sri Lanka mengumumkan bahawa ia memiliki rancangan untuk menghentikan operasi 6-7 pesawat dari armadanya. Untuk menggantikan pesawat yang bersara, dan Sri Lanka telah merancang pesawat A350 dan A330neo.[81]

Galeri Armada Pesawat Srilankan Airlines (UL) sunting

Pesawat sunting

 
Airbus A320-200 SriLankan

SriLankan Airlines terdiri daripada pesawat Airbus. Sehingga 21 Mei 2018, pesawat SriLankan Airlines terdiri daripada pesawat berikut:[82][83]

 
Airbus A330-300 SriLankan
Pesawat SriLankan Airlines
Pesawat Dalam Perkhidmatan Pesanan Nota
Airbus A320-200 5
Airbus A320neo 2 4
Airbus A321-200 3
Airbus A321neo 3 1[84]
Airbus A330-200 6
Airbus A330-300 7
Jumlah 26 5

Perkhidmatan sunting

Kabin sunting

 
Tempat duduk kelas Perniagaan dalam Pesawat SriLankan dengan armada siri Airbus A330-200.

SriLankan menawarkan dua kelas perkhidmatan, Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi. Di Kelas Perniagaan, SriLankan menawarkan tempat duduk penuh dengan rata di semua armada jarak jauhnya, dengan kemudahan Video Audio atas Permintaan (AVOD). Tempat duduk dengan katil rata sepenuhnya menawarkan tempat duduk dengan ukuran selebar 19.5 inci yang boleh disandarkan ke tempat tidur sepanjang 180 darjah 79 inci. Setiap tempat duduk mempunyai sistem IFE peribadi dengan ukuran 15 inci. Penambahan armada terbaharu Syarikat Penerbangan SriLankan akan menampilkan Thales Avant IFE, yang menampilkan ciri hiburan moden dan tempat duduk kelas perniagaan yang diperluas. Pada Armada siri A330-300 menyajikan tempat duduk akses semua lorong dalam pengaturan 1-2-1 di Kelas Perniagaan.[85] Pada armada siri A320 dan siri A321, Kelas perniagaan dikonfigurasi dalam tata letak 2-2, menawarkan tempat duduk berbaring tambahan, masing-masing tempat duduk dengan lebar 19 inci dan jarak antara 39 dan 49 inci.[86]

SriLankan menyediakan hiburan di tempat duduk di kelas Ekonomi pada kesemua pesawat berbadan lebar dan sebahagian besar pesawat berbadan sempit. Pada pesawat dengan armada siri A330-300 dan A320 / A321neo, semua kelas kabin disediakan pilihan untuk akses internet berbayar dan perkhidmatan telefon bimbit.

Hiburan sunting

 
Hiburan dalam penerbangan dengan armada siri A320 dan Kelas Perniagaan yang melayani penerbangan dari Mahé.

Syarikat Penerbangan Sri Lanka Airlines menawarkan hiburan penerbangan AVOD di pesawatnya.[87][88] pada armada siri A320, A321 & A330-200 ia dilengkapi dengan sistem Hiburan dalam Penerbangan RAVE ZODAIC.[89] A330-300 baharu mempunyai Program Penerbangan Thales AVANT terbaharu.[90] Syarikat Penerbangan SriLankan menawarkan sambungan WiFi (tanpa wayar) dalam pesawat dengan armada Airbus A330-300 dan A320 / A321neo yang baharu dengan kerjasama pihak OnAir.[91] SriLankan ialah syarikat penerbangan pertama di Asia Selatan yang mempunyai sambugan WiFi (tanpa wayar) dalam pesawat.[92]

Katering sunting

 
depot Katering kepada Syarikat Penerbangan SriLankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.

SriLankan Catering Limited ialah anak syarikat tunggal di Sri Lanka. Habnya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike Colombo (BIA).[93] Talian perniagaan utama SriLankan Catering ialah makanan dalam penerbangan untuk syarikat penerbangan yang beroperasi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike Colombo.[94] Dapur penerbangan canggihnya di BIA mempunyai kapasiti memproduksi sehingga 25,000 makanan sehari.[95] Diperbadankan pada tahun 1979, sebagai Air Lanka Catering Services Limited dengan status BOI, SriLankan Catering memulakan perniagaan sebagai usaha sama dengan Thai Airways International. Pada tahun 1998 ketika perjanjian usaha sama dengan Thai Airways International berakhir, Air Lanka Limited membeli saham rakan usaha sama tersebut dan dengan itu Air Lanka Catering Services menjadi anak syarikat milik penuh kepada Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines Limited. Selepas itu Syarikat menukar namanya menjadi SriLankan Catering (Private) Limited pada bulan September 2000.[96]

Program Penerbangan Kerap sunting

Program kerap terbang pertama SriLankan disebut Serendib Miles dan ditinggalkan pada awal tahun 2000. Ia kemudian menjadi rakan kongsi program Emirates Skywards. Walau bagaimanapun, perjanjian ini tidak lagi wujud apabila kerjasama antara kedua-dua syarikat penerbangan itu berakhir pada Tarikh 31 Mac 2008.[97][98] SriLankan kemudian melancarkan Program Penerbangan Kerap yang baharu iaitu FlySmiLes, yang sejak itu menambahkan pelbagai rakan ganjaran baharu ke programnya.[99][100] Tahap keahlian baharu ditambahkan selepas pendaftaran syarikat penerbangan ke perikatan Oneworld untuk mengakomodasi tingkatan keahlian Oneworld. Mendapatkan keistimewaan yang lebih baik kepada ahli di semua syarikat penerbangan Oneworld.

Terdapat empat tahap keahlian sejak Tarikh 1 Mei 2014. Mereka adalah:

  • FlySmiLes Blue: Tahap asas
  • FlySmiLes Classic: Oneworld Ruby (Delima)
  • FlySmiLes Gold: Oneworld Sapphire (Nilam)
  • FlySmiLes Platinum: Oneworld Emerald (Zamrud)

Rakan kongsi FlySmiles merangkumi semua syarikat penerbangan yang ada dalam pakatan Oneworld seperti, Cinnamon Air dan Etihad Airways dan rakan bukan syarikat penerbangan seperti Abans and Spa Ceylon.

Kemalangan dan Insiden sunting

Lima daripada enam pesawat yang musnah, dan semua kematian yang dilaporkan oleh penumpang dan pekerja Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines, ialah akibat konflik saudara (konflik sivil) di Sri Lanka.

1980an sunting

Pada Tarikh 3 Mei 1986, bom yang ditanam oleh kumpulan pembebasan LTTE meletup di atas Penerbangan UL512 sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike Colombo. Bom itu, yang telah waktunya meletup dalam penerbangan, meletup ketika pesawat dengan siri Lockheed L-1011 'Tristar' berada di darat, menewaskan sebanyak 21 dari 128 penumpang. Pegawai percaya bom itu mungkin tersembunyi di peti daging dan sayur-sayuran yang dihantar ke Maldives. Laporan lain percaya bahawa bom itu disembunyikan di dalam Fly Away Kit pesawat.

1990an sunting

Pada tahun 1992, gear pendaratan yang di bahagian kanan pada pesawat Syarikat Penerbangan Air Lanka dengan siri Boeing 737-200 (dengan Nombor ekor pendaftaran 4R-ULL) di lapangan terbang Madras (sekarang Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai) gagal semasa mendarat dan enjin yang bahagian kanan bersentuhan langsung dengan landasan. Pesawat ditarik ke kanan dan akhirnya berhenti, dengan roda hidung dan sayap kanan di rumput di sebelah kanan landasan pendaratan. Enjin kanan terbakar - dipadamkan oleh perkhidmatan keselamatan lapangan terbang - dan 104 penumpang dan 12 kru mengevakuasi pesawat melalui slaid pengosongan di sebelah kiri tanpa kecederaan. Kerosakan pesawat sangat besar; pesawat itu kemudiannya diperbaiki dan dijual.[101] Direktorat Jeneral Penerbangan Awam India menyimpulkan bahawa "kemalangan itu berlaku akibat kegagalan pada gear pendaratan utama sebelah kanan semasa pendaratan yang berpunca dari retakan kakisan tekanan dan lubang di lubang lengkung dalam dan lebih tinggi daripada beban pendaratan biasa menyumbang kepada kegagalannya".[102]

2000an sunting

Pada Tarikh 24 Julai 2001, LTTE melancarkan serangan sebelum masa subuh di hangar Angkatan Udara Sri Lanka yang terletak di sepanjang Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike Colombo. Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang, termasuk semua 14 Kader LTTE, dua komando tentera dan tiga anggota tentera udara. sebanyak Dua pesawat milik Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines dengan siri Airbus A330 (4R-ALE dan 4R-ALF), sebanyak satu buah pesawat siri A320 (4R-ABA) dan satu diantara pesawat siri A340 mereka (4R-ADD) telah hancur. Dua pesawat lain juga telah rosak iaitu (A340 4R-ADC dan A320 4R-ABB). Sejumlah pesawat tentera juga rosak dan musnah.[103][104]

Kontroversi sunting

Pada bulan Mac 2015, laporan dikeluarkan selepas siasatan Lembaga Siasatan terhadap rasuah di Syarikat Penerbangan SriLankan Airlines pada masa ia berada di bawah kepimpinan Nishantha Wickramasinghe. Lembaga Pengarah melaporkan bahawa rasuah semakin berleluasa dan mengesahkan tuduhan urusan Nishantha Wickramasinghe.[105][106] Namun, Pusat Maklumat Mahinda Rajapaksa menafikan tuduhan itu, dan menuduh laporan itu berat sebelah (bias) dan tidak sah, menuduh ketua jawatankuasa itu secara terbuka menyokong pemerintah semasa dalam pilihan raya dan kurang pengetahuan teknikal mengenai industri penerbangan. Lebih jauh ia mendakwa bahawa dia telah disogok untuk menyerahkan laporan tersebut sebagai aksi publisiti untuk mempermalukan pemerintah sebelumnya dan bahawa kebanyakan perkara di dalamnya ialah tidak benar.[107][108] Perkhidmatan Teksi Udara milik Syarikat Penerbangan itu yang memiliki jangka pendek dan salah urus niaga syarikat penerbangan tersebut telah menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar kepada syarikat penerbangan itu.[109]

Pada bulan Oktober 2015, Suruhanjaya Siasatan Presiden untuk Menyiasat dan Memeriksa Penipuan, Korupsi dan Penyalahgunaan Kuasa, Sumber Daya Negeri dan Keistimewaan (PRECIFAC) yang serius cuba memanggil Wickramasinghe untuk menanyakan pelbagai penyelewengan dalam Syarikat Penerbangan; namun, mereka tidak dapat mengesannya, dan isterinya mendakwa dia tidak pulang selama tiga tahun dan bahawa dia tidak mengetahui keberadaannya. Kemudian dia memberitahu PRECIFAC bahawa dia berada di luar negara dan tidak dapat memberikan kenyataan.[110][111][112][113]

Rujukan sunting

  1. ^ Thiedeman, Roger (7 December 1997). "A foundation in the sky". The Sunday Times. Dicapai pada 11 May 2018.
  2. ^ "Home – SriLankan Catering".
  3. ^ "SriLankan Holidays – SriLankan Airlines".
  4. ^ "SriLankan Airlines – Engineering".
  5. ^ "Corporate Profile – SriLankan Airlines – Ground Handling".
  6. ^ "COURSE FINDER".
  7. ^ "An error occurred". www.srilankan.com. Dicapai pada 14 July 2017.
  8. ^ "SriLankan Airlines Fleet Details and History".
  9. ^ "SriLankan Airlines Flight Routes".
  10. ^ "SriLankan Airlines Flight Routes".
  11. ^ "Contact Us- Contact SriLankan Airlines". www.srilankan.com. Dicapai pada 2018-04-16. Head Office SriLankan Airlines Ltd., Airline Centre,Bandaranaike International Airport, Katunayake, Sri Lanka.
  12. ^ name="slai19"
  13. ^ "SriLankan Airlines Annual Report 2019-20" (PDF). SriLankan Airlines. SriLankan Airlines. Dicapai pada 13 March 2021.
  14. ^ name="slai19"
  15. ^ name="slai19"
  16. ^ name="slai19"
  17. ^ name="slai19"
  18. ^ name="slai19"
  19. ^ "Flight Schedules – SriLankan Airlines flights to London, Colombo, Male, Bangkok, etc". Srilankan. Dicapai pada 11 January 2016.
  20. ^ "Our Airline". Srilankan. Dicapai pada 11 January 2016.
  21. ^ "Our Airline". Srilankan. Dicapai pada 11 January 2016.
  22. ^ https://www.oneworld.com/news/srilankan-airlines-to-join-oneworld-on-1-may
  23. ^ Ionides, Nicholas (22 January 2008). "Emirates walking away from SriLankan". Flightglobal.com. Dicapai pada 15 April 2019.
  24. ^ "Sri Lankan Airlines buys back 43.6 pc stake from Emirates". The Economic Times. Dicapai pada 24 April 2015.
  25. ^ name=":1"
  26. ^ "Our Airline". Srilankan. Dicapai pada 11 January 2016.
  27. ^ https://airlinesoffice.com/airlines/srilankan_airlines.htm
  28. ^ "The pioneering Air Ceylon days". Financial Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 23 December 2015.
  29. ^ "World Airline Directory." Flight International. 14–20 March 1990 "Airlift International" 57.
  30. ^ Reed Business Information Limited. "Emirates walking away from SriLankan". Dicapai pada 24 April 2015.
  31. ^ name="OAG"
  32. ^ Management contract terminated Diarkibkan 28 Januari 2008 di Wayback Machine January 2008, OAG, News briefing
  33. ^ name="ek sale"
  34. ^ Sri Lanka Buys Emirates’ Stake in SriLankan Airlines Diarkibkan 10 Julai 2010 di Wayback Machine Anusha Ondaatjie and Asantha Sirimanne, BusinessWeek, 7 July 2010.
  35. ^ name=":3"
  36. ^ "Sri Lanka's loss-making carrier seeks foreign partner". The Daily Star. Dicapai pada 2016-04-01.
  37. ^ name=":4"
  38. ^ "From paradise to hell: The inside story of how SriLankan Airlines was skyjacked and plundered | The Sunday Times Sri Lanka". sundaytimes.lk. Dicapai pada 2016-04-01.
  39. ^ "Consolidating Colombo, Sri Lanka as an aviation hub". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-03. Dicapai pada 24 April 2015.
  40. ^ Sri Lankan Airlines to fly to Shanghai Diarkibkan 13 Mei 2010 di Wayback Machine, LBO, 10 May 2010
  41. ^ name="expansion"
  42. ^ SriLankan Airlines expands fleet, plans new destinations Diarkibkan 25 November 2010 di Wayback Machine LBO, 20 July 2010
  43. ^ name="airtaxi"
  44. ^ "Weliamuna Report recommends criminal prosecution of SriLankan Chairman, CEO". news.lk. Government of Sri Lanka. 4 April 2015. Dicapai pada 14 April 2018.
  45. ^ "The Sunday Leader Online - Spotlight". thesundayleader.lk. Dicapai pada 2017-10-30.
  46. ^ "Sri Lanka flies out 33 citizens from coronavirus epicenter in Wuhan, China". EconomyNext. Dicapai pada 21 November 2020.
  47. ^ "SriLankan Airlines loses Rs36.3bn up to Aug 2020". EconomyNext. Dicapai pada 21 November 2020.
  48. ^ name=Headoffice
  49. ^ The Rough Guide to Sri Lanka. Rough Guides. 2 November 2015. ISBN 9780241251263.
  50. ^ "SriLankan Airlines - Engineering". srilankan.com. Dicapai pada 2017-10-30.
  51. ^ "Corporate Profile - SriLankan Airlines - Ground Handling". srilankan.com. Dicapai pada 2017-10-30.
  52. ^ "SriLankan Holidays". Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-10-03.
  53. ^ "SriLankan Aviation College". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-31.
  54. ^ "Code shares Partners : SriLankan Airlines". Sri Lankan Airlines. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-15. Dicapai pada 2016-10-29. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  55. ^ "SRILANKAN AIRLINES EXPANDS ETHIOPIAN AIRLINES CODESHARE NETWORK FROM LATE-SEP 2023". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 3 Oktober 2023. Dicapai pada 5 Oktober 2023. SriLankan Airlines since late-September 2023 expanded codeshare partnership with Ethiopian Airlines, covering the latter’s service in East Africa.
  56. ^ "SriLankan Airlines joins oneworld". Cathay Pacific (Siaran akhbar). Dicapai pada 1 January 2016.
  57. ^ name=":1"
  58. ^ name="CAPA SriLankan profile"
  59. ^ "Code shares Partners : SriLankan Airlines". Sri Lankan Airlines. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-15. Dicapai pada 2016-10-29.
  60. ^ name="PIA Codeshare and Interline"
  61. ^ "INTERLINE AND CODESHARE TRAVEL". Pakistan International Airlines.
  62. ^ "Our Fleet". SriLankan Airlines.
  63. ^ "SriLankan Airlines Fleet Details and History". Planespotters.net. 21 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-16. Dicapai pada 16 May 2018.
  64. ^ name="ch-aviation.com"
  65. ^ "SriLankan finalizes A321neo leases with AerCap, ALC".
  66. ^ https://www.srilankan.com/en_uk/flying-with-us/fleet
  67. ^ https://www.planespotters.net/airframe/airbus-a330-200-4r-alh-srilankan-airlines/e5o5xr
  68. ^ "SRILANKAN AIRLINES OUTLINES 1Q24 LEASED AIR BELGIUM A330 OPERATIONS". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 11 Januari 2024. Dicapai pada 16 Januari 2024. SriLankan Airlines earlier this month launched leased Airbus A330-200 aircraft operation, leased from Air Belgium. The leased A330-200 aircraft entered service on 02JAN24, Colombo – Frankfurt route, based on Flightradar 24 data.
  69. ^ https://www.airbus.com/aircraft/market/orders-deliveries.html#down
  70. ^ "SriLankan and Mihin Lanka to acquire 9 more aircraft". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 May 2012.
  71. ^ name="flightglobal.com"
  72. ^ "ROUTES: SriLankan in talks to add six 777s or A330s". Flight International. 3 October 2011.
  73. ^ name="airbus order"
  74. ^ "SriLankan Airlines to get 13 Airbus aircraft with 7 A350s". Dicapai pada 24 April 2015.
  75. ^ name="airbus order"
  76. ^ ch-aviation.com - SriLankan Airlines ends commercial A340 operations 8 January 2016
  77. ^ "Sri Lanka Aviation". airsrilanka.org.
  78. ^ name="ch-aviation.com"
  79. ^ name=":0"
  80. ^ "Orders and Deliveries". Dicapai pada 2020-01-01.
  81. ^ https://simpleflying.com/srilankan-airlines-a350-a330neo-interest/
  82. ^ "Airline Insight: SriLankan Airlines – Blue Swan Daily". blueswandaily.com (dalam bahasa Inggeris).
  83. ^ "SriLankan Airlines Fleet Details and History". Planespotters.net. 21 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-16. Dicapai pada 16 May 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  84. ^ "SriLankan finalizes A321neo leases with AerCap, ALC".
  85. ^ "SriLankan Airlines brings new business class to Melbourne". Australian Business Traveller. Dicapai pada 2018-11-24.
  86. ^ "SriLankan Airlines Planes, Fleet and Seat Maps". seatguru.com. Dicapai pada 2018-11-24.
  87. ^ name="ReferenceA"
  88. ^ "Inflight Entertainment- Inflight Movies". srilankan.com. Dicapai pada 14 July 2017.
  89. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2016. Dicapai pada 2016-01-01.CS1 maint: archived copy as title (link)
  90. ^ "SriLankan Airlines First Worldwide to offer Thales InFlyt Experience Live News & Weather Application".
  91. ^ "Sri Lankan Airlines Brings Mobile and Wi-Fi Access on Board". 11 April 2014. Dicapai pada 8 January 2015.
  92. ^ "SriLankan Airlines flies its first fully-connected aircraft". 13 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 February 2015. Dicapai pada 8 January 2015.
  93. ^ "Accreditation – SriLankan Catering". srilankancatering.com. Dicapai pada 2016-01-01.
  94. ^ "F&B Services for Aircraft Catering – SriLankan Catering". srilankancatering.com. Dicapai pada 2016-01-01.
  95. ^ "Customer Service – SriLankan Catering". srilankancatering.com. Dicapai pada 2016-01-01.
  96. ^ "History – SriLankan Catering". srilankancatering.com. Dicapai pada 2016-01-01.
  97. ^ name=ffp
  98. ^ SriLankan Airlines launches FFP Diarkibkan 8 Julai 2011 di Wayback Machine Business Traveller, 26 March 2008.
  99. ^ ‘FlySmiles’ announces exciting rewards Sunday Times, 25 January 2009.
  100. ^ "FlySmiles". SriLankan Airlines. Dicapai pada 1 January 2016.
  101. ^ [1] Boeing 737 – MSN 20195 – CC-CYR (ex 4R-ULL)
  102. ^ [2] CIVIL AVIATION AIRCRAFT ACCIDENT SUMMARY FOR THE YEAR 1992 (DGCA, India)
  103. ^ "Intelligence failures exposed by Tamil Tiger airport attack". Jane's Intelligence Review. 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 February 2008. Dicapai pada 9 April 2008. Alt URL
  104. ^ "SriLankan Airlines (Aviation Safety Network)". Aviation-safety.net. 4 March 2012.
  105. ^ name="Report"
  106. ^ "Shocking Revelations of Weliamuna Committee on SriLankan Airlines". Asian Mirror. 7 April 2015. Dicapai pada 9 April 2015.
  107. ^ name="ReportBiased"
  108. ^ "Truth about Weliamuna's allegations about air hostess incident (Sinhala)". Mahinda Rajapaksa Information Centre. 10 April 2015. Dicapai pada 10 April 2015.
  109. ^ name="airtaxi"
  110. ^ name="PRECIFAC unable"
  111. ^ "PRECIFAC unable to locate Nishantha Wickramasinghe". dailymirror.lk. Dicapai pada 2015-10-29.
  112. ^ name="PRECIFAC informed"
  113. ^ "Nishantha informs PRECIFAC he is abroad". dailymirror.lk. Dicapai pada 2015-10-29.

Lihat Juga sunting

Pautan Luar sunting