Stadio Renato Dall'Ara

Stadio Renato Dall'Ara merupakan sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Bologna, Itali. Stadium ini kini banyak digunakan untuk perlawanan bola sepak dan merupakan gelanggang rumah bagi kelab Bologna F.C. 1909. Stadium ini dibina pada 1927 dan mempunyai kapasiti sebanyak 38,279. Sebelum itu, stadium ini diberi nama Stadio Littoriale bagi menggantikan Stadio Sterlino.[1]

Stadio Renato Dall'Ara
Nama lamaStadio Littoriale (1927–1945)
Stadio Comunale (1945–1983)
LokasiBologna, Itali
Pecah tanah1925
Dibuka1927
PemilikKawasan perbandaran Bologna
PermukaanRumput
105x68m
Kapasiti38,279
Penyewa
Bologna F.C. 1909

Perlawanan antara England dan Belgium yang berkesudahan England menang 1-0pada 26 Jun 1990 pada pusingan 16 Piala Dunia 1990 merupakan perlawanan terakhir kejohanan Piala Dunia yang berlangsung di Bologna.[2] Stadium ini juga menyaksikan gol terpantas dijaringkan pada aksi kelayakan Piala Dunia 1994 yang dijaringkan oleh Davide Gualtieri dari San Marino dengan hanya mengambil masa 8.3 saat untuk meletakkan pasukannya di hadapan pasukan lawan, England. Perlawanan berkesudahan kemenangan berpihak kepada England 7–1.[3]

Stadium ini juga mengacarakan perlawanan antarabangsa ragbi.

Panorama Stadio Renato Dall'Ara

Piala Dunia FIFA 1990 sunting

Stadium merupakan salah satu venue dipilih bagi mengacarakan Piala Dunia FIFA 1990 yang berlangsung di Itali dan berikut perlawanan-perlawanan yang berlangsung di stadium ini.

Tarikh Pasukan #1 Kep. Pasukan #2 Peringkat
9 Mei 1990   Emiriah Arab Bersatu 0–2   Colombia Kumpulan D
14 Mei 1990   Yugoslavia 1–0   Colombia Kumpulan D
19 Mei 1990   Yugoslavia 4–1   Emiriah Arab Bersatu Kumpulan D
26 Mei 1990   England 1–0 (s.m.t.)   Belgium Pusingan 16

Catatan sunting

  1. ^ "Stadio Renato Dall'Ara".(Itali) accessed 09 September 2015
  2. ^ "World Cup 1990". accessed 09 September 2015
  3. ^ "Davide Gualtieri: The man from San Marino who shocked England". accessed 09 September 2015

Pautan luar sunting

Templat:Bologna F.C. 1909 Templat:Stadium Serie A Templat:Stadium Piala Duna FIFA 1990 Templat:Football in Italy

Koordinat: 44°29′32.33″N 11°18′34.80″E / 44.4923139°N 11.3096667°E / 44.4923139; 11.3096667