Stadium Likas

stadium di Malaysia


Stadium Likas Kota Kinabalu (nama samaran: Rumah Sang Badak) merupakan stadium yang digunakan bagi kegiatan-kegiatan sukan terutamanya bola sepak dan juga pernah digunakan untuk kegunaan-kegunaan lain (stadium serba guna). Stadium Likas terletak di Kota Kinabalu di negeri Sabah, Malaysia.[2]

Stadium Likas
The Home of Sabah
Rumah Sang Badak
Stadium Likas.
LokasiKota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Dibuka1983; 41 tahun yang lalu (1983)
Diubahsuai2001; 23 tahun yang lalu (2001)
2023; 1 tahun yang lalu (2023) (persediaan untuk Asian Football Confederation)[1]
PemilikSabah FC
PermukaanPadang Rumput
Trek Stadium
Papan mataOlympex
(2001-2023)
Video Scoreboard
(2023-)
Kos pembinaantidak didedahkan
Kapasiti22,000 Tempat duduk (anggaran 35,000)
Dimensi padang105 m × 68 m (115 yd × 74 yd)
Penyewa
Sabah FC
KDMM FC
Kinabalu Jaguar FC

Stadium Likas memiliki keupayaan 22,000 penonton dengan 22,000 tempat duduk dan dianggarkan kini mempunyai 35,000 tempat duduk (anggaran 2023).[3]

Sejarah sunting

Stadium Likas ialah sebuah stadium yang terletak di Likas, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Stadium ini rasmi dibuka pada tahun 1983 dengan kapasiti yang rendah dan merupakan sebuah stadium yang tidak serba guna (hanya digunakan untuk kegiatan bola sepak). Stadium ini dibina semula pada tahun 2001 sebagai stadium serba guna selepas tahun 2000 iaitu sebelum tahun 2002 untuk kejohanan Sukan Malaysia dan merupakan yang terbesar di Sabah dengan kapasiti 22,000.[4] Stadium ini pernah digunakan oleh pasukan Sabah FA 1995 hingga 2019 untuk kejohanan bola sepak sebelum pasukan tersebut menjadi kelab persendirian yang dimiliki oleh Sabah Football Club Sdn Bhd pada tahun 2021.[5] Pada tahun 2023, Pihak Sabah FC dan kerajaan Sabah telah mengumumkan untuk menaiktaraf dan mengubahsuai Stadium berkenaan untuk persediaan menghadapi kejohanan AFC 2023.[6]

Acara sukan yang berlangsung di Stadium Likas sunting

  • Sukan Malaysia
  • Kejohanan Bola Sepak Bawah 14 Tahun AFC
  • Piala Malaysia
  • Liga Super Malaysia
  • Liga Perdana Malaysia
  • Kejohanan Kelab-kelab profesional bola sepak AFC (penyertaan Sabah FC)

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.dailyexpress.com.my/news/205918/likas-stadium-to-be-upgraded-for-afc-cup-sabah-games-/
  2. ^ "All Malaysian league clubs complete initial privatisation process, seven receive conditional license | Goal.com". www.goal.com. Dicapai pada 2020-11-25.
  3. ^ [ http://www.worldstadiums.com/asia/countries/malaysia.shtml www.worldstadiums.com (Stadium Likas)]
  4. ^ www.fussballtempel.net
  5. ^ "All Malaysian league clubs complete initial privatisation process, seven receive conditional license | Goal.com". www.goal.com. Dicapai pada 2020-11-25.
  6. ^ https://www.dailyexpress.com.my/news/205918/likas-stadium-to-be-upgraded-for-afc-cup-sabah-games-/